Friday, February 25

Berilah peluang

Artikel ini adalah sumbangan daripada jueeinsyirah

"Semua orang patut diberi peluang kedua..
tapi tak semua perkara boleh diberi peluang kedua "
berbeza tak?

Beza, memang berbeza . . orang dan perkara
adalah perkara yang berbeza.
Terdetik hati nak tulis entry pasal ni ..
ilham nie timbul semasa aku tgh jawap paper sejarah hihi :)

Baik lah..mari kita bincang pasal hal nie. Semua insan kita patut beri peluang kedua. Kerana kita kena percya people would changes. Tak selamanya dia macam dulu. macam yang kita kenal dulu. Insan boleh berubah dan akan berubah mengikut keadaan dan dan arus waktu. Kalaulah suatu saat dulu oarng tu pernah sakitkan hati kita atau buat sesuatu yang tak baik kat kita. Jika suatu saat dia ditakdirkan hadir kembali dalam hidup kita, kita patut beri peluang kedua kepadanya. Berilah peluang untuk dia baiki kesilapan yang lalu. Kita tidak berhak pun nak menghukum orang tu. Kerana kita bukan nya Tuhan untuk menghukum dia. Kata orang,kejahatan harus dibalas dengan kejahatan biar dia tahu rasa pa yang kita pernah rasa dahulu..tapi percayalah sahabat 'saat kejahatan yang orang lalukan kepada kita kita balas dengan kebaikan,disit! ulah terletak nilai ketinggian kita sebagai seorang insan' Seperti Rasullulah sendiri..setiap perbuatan orang tu dia balas dengan kebaikan." Orang baling kita dengan batu, kita balas dengan kapas" comel kan. Jadi berilah peluang kepada setiap orang yang hadir dalam hidup kita kerna mereka berhak mendapatkan nya.


''Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua"

Baiklah sekarang kita berbicara mengenai perkara pula. Berbeza dengan orang..tidak semua perkara layak diberi peluang kedua. Contohnya suatu saat dulu..setiap kali kita sms seseorang, dia buat acuh tak acuh je dengan sms kita. setiap kali kita sms dia,dia balas kalau nak, tak balas kalau tak nak. Padahal kita beria sangat nak sms ngan dia. Kita sedih. Makan hati dengan tindakan dia. Bila dah jadi macam tu. lebih baik kta berpaling je. Kerna tak semua perkara boleh diberi peuang kedua. Perkara yang menyakitkan kita, hati dan perasaan..lebih baik kita yang berpaling. Itu sebagai contoh je, mungkin ada perkara lain lagi yang boleh relate dengan kehidupan kita.Jadi tak semua perkara kat dunia nie kita patut beri peluang kedua. Jika perkara tu bakal buat kita sedih dan sakit hati kenapa kita perlu teruskan? Kenapa harus memilih kesedihan sedangkan kebahagiaan ada dihadapan? Cukuplah apa yang telah kita lalui dulu.Berpalinglah jika itu yang terbaik.

" SETIAP INSAN WAJAR MENDAPAT PELUANG KEDUA ..
kerna mereka berhak mendapatkan nya

&

"TIDAK SEMUA PERKARA WAJAR DIBERI PELUANG KEDUA..
berpalinglah jika itu yang terbaik..

2 comments:

koshary said...

orang boleh berubah, dan mungkin kita rasakan mereka berubah tapi sebenarnya tak. apa pun, laluan hidup tu mematangkan diri, asalkan kita buat macam awak cakap;

"Orang baling kita dengan batu, kita balas dengan kapas"(best quote ni =D)

Semangat maulidur rasul, Nabi SAW pun ada kisah dibaling-baling dengan najis kan dulu, last-last Nabi SAW siap lawat lagi si pembaling tu masa dia sakit =)

Liz said...

i like this entry...like like like...