Friday, February 18

Berguna ke Facebook dengan twitter ni?


Hidup tanpa internet

Semua akan akui, hidup tanpa internet memang menyeksakan. Lagi-lagi orang macam kita yang boleh dikatakan semua  menghidap Facebook Addiction Disorder (FAD) dan Twitter Addiction. Tinggal nak mengaku ataupun tidak sahaja. Pengalaman hidup tanpa internet di Mesir baru-baru ni lain pula perasaannya. Lain kalau internet putus sebab blackout, atau sebab tak bayar bil, atau broadband dah lebih had, lain rasanya jika internet kita sahaja putus dan internet satu Nusantara masih ada, masih di atas garisan (online) berbanding putusnya internet atas kuasa kerajaan setempat 28 Januari lalu, putusnya komunikasi telefon atas dasar mewujudkan kesulitan pada rakyat. Kenapalah kerajaan Mesir dulu tak fikir panjang, bila dah tak ada internet, tak boleh telefon, maka keluarlah segala rakyat jelata berkumpul di Medan Tahrir dan dataran luas di daerah lain, atas dasar ingin selari dengan perkembangan semasa, berita terbaru nasib Negara mereka.

Apabila khabar angin mula bertiup dengan udara sejuk Mesir yang internet dan telefon akan diputuskan kerana esoknya akan diadakan perhimpunan terbesar pertama selepas perhimpunan 25 Januari sempena hari polis Mesir, kami tak percaya. Namun, sejurus selepas tengah malam, tap! Internet hilang. Kami frust, kami resah, kami menonggeng, kami pasrah.


Semua ini berlaku kerana kerajaan Mesir ketika itu sudah mula risau, belum pernah satu perarakan membantah pemerintahan kerajaan mereka berlaku secara terang-terangan, besar-besaran, dan punya momentum padu sebegitu. Semuanya terima kasih pada kuasa group asal mereka di Facebook dan maklumat pantas dan terkini di twitter. Mungkin stratergi mereka dengan memutuskan facebook dan twitter sahaja beberapa hari sebelum itu tidak cukup mematahkan gabungan suara tersebut, dan apa kita lihat sekarang, mereka memang tak pernah berjaya menyekat malah menaikkan semangat hingga berjaya.  Berjaya menjatuhkan kerajaan oppresif yang menindas rakyat sejak 30 tahun lalu. Melalui pembacaan novel bebas berkisar kisah hidup sebenar rakyat Mesir serta polisi tak masuk akal kerajaan mereka, kita pun boleh rasa naik angin dan tak puas hati, mungkin juga cukup untuk bawa kita berhimpun sama di Medan Tahrir bersama, dataran liberasi.

Kuasa Facebook dan twitter

Dan kini, wujud topik perbincangan hangat, bagaimana media baru (facebook, twitter, you tube) membawa kepada revolusi Negara yang Berjaya. Bermula dengan Revolusi Jasmine di Tunisia, di mana media baru sudahpun memaparkan berita dari tengah-tengah rusuhan padahal pemberita media mainstream baru mula membuka mata. Dan apabila Tunisia Berjaya mengusir perdana menteri mereka, rakyat mesir mula mendapat inspirasi, media baru menjadi tapak hubungan, rancangan, sebaran maklumat, pemberi semangat, dan wujudlah tarikh 25 Januari 2011. Ini suara hati seoarang wanita berani, ini suara semangat seorang rakyat sejati. Dengar apa beliau katakan sudah cukup buat aku sedih tinggalkan Mesir waktu pergolakan dulu.


Dan kini, mereka Berjaya. 18 hari bertapak di Medan Tahrir, dihujani batu dan bom Molotov, diselebungi udara musim sejuk, mereka Berjaya. Sorak teruja mereka diluahkan dengan air mata, aku turut tumpang gembira, sahabat di Malaysia yang tak kenal erti to’miyyah dan koshary juga panjatkan syukur, keluarga yang melawat seminggu dan hanya berkurung di rumah juga lega dengan kejayaan mereka.


Persoalannya di sini, mampukah kita sebagai rakyat Malaysia bersatu di bawah lembayung media baru ini, mewujudkan status sosial yang lebih baik, pembangunan yang menyeluruh, pendidikan yang lebih efektif dan perkhidmatan kesihatan yang lebih terjamin?

Dengan naiknya hashtag #harimaumalaya tempoh hari, aku yakin kita juga mampu menggunakan media baru untuk menyatukan jiwa kita sebagai rakyat Malaysia. Dan mungkin satu hari nanti, mewujudkan revolusi sosial pertama di dunia apabila seluruh rakyat di facebook, twitter, you tube dan web social lain bersetuju dan berkempen atas satu suara yang sama, suara perpaduan. Jika rakyat Mesir mampu gulingkan rejim yang dahulunya mereka geruni dan tunduk, kenapa pula kita tidak mampu?

Maka, apa gunanya kita aktif di laman sosial, ber-blog mencatatkan lintasan fikiran. Adakah semata-mata memerhati kisah hidup bekas kekasih di facebook dah move-on atau belum, mengintai senyap-senyap (stalking) lelaki/perempuan yang tak kenal. Meletakkan gambar satu album penuh dengan gaya muka berkata ‘suka lettew’. Kita mampu buat lebih dari semua ni, aku pun baru sedar, terima kasih pada revolusi Tunisia dan Mesir. Malah kini Bahrain, Jordon, Algeria  dan Yemen.

Selesai bab ini. Semoga kita dapat wujudkan revolusi sosial yang baik melalui jaringan laman maya kita ini demi kemajuan masa depan kita sendiri.

Kebarangkalian

Pernah juga terfikir, jika naiknya kerajaan baru Mesir, adakah polisi Pro-Amerika mereka masih dipertahankan? Adakah mereka akan membuka pintu sempadan Rafah? Apa pula reaksi Israel sekutu rapat Mubarak dahulu jika pintu Rafah dibuka dan bantuan kepada rakyat Palestin masuk secara terbuka? Adakah ketegangan Israel-Hizbullah akan meruncing? Adakah Mesir akan mula berpaling tadah pada Israel dan apa pula reaksi Negara Arab lain seperti Jordon dan Arab Saudi, adakah Iran akan mula memihak pada Mesir jika pendirian kini berubah, apa kata rakyat mereka, apa kata kita sebagai umat Islam? Adakah ini permulaan pada bermulanya kebangkitan semula kegemilangan zaman Salahuddin Al-Ayubi dulu, adakah ini permulaan sistem khilafah yang kita nantikan? Ini semua kebarangkalian yang belum pasti. Kita doakan yang terbaik.





Mengenai Penulis Entri Ini :
Koshary juga penulis untuk blog Livingkoshary. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Koshary. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Krisis di Mesir: Kisah aku - "kembalikan hak kami"

6 comments:

K2r~90 said...

ragam dunie skung mcm2 der

nn said...

benda ni selalu dibincangkan dalam kelas. perbincangan selalu berakhir dengan pertikaian pasal ISA. orang Malaysia takut ISA. orang Malaysia juga ramai yang dah tak ambil kisah pasal benda lain sebab yang penting, ada duit untuk makan, teruskan kehidupan.

itu antara apa yang lecturer saya cakap...

Aida Ismail said...

I don't why tapi rasa nak gelak bila baca "suka lettew". =D

Berguna atau tidak laman sosial seperti facebook atau twitter itu mungkin bergantung pada cara individu itu mengeksploitasikan potensi laman tersebut dengan cara yang cukup berhemah. Tapi tak dapat nak nafi kan, addiction to both twitter and facebook itu susah nak hilang =D

therosputih said...

internet hari ini sudah menjadi satu kemestian, kalu takdak tenet susah, ada tenet pun susah jugak...

g0m0k9enDek said...

kalo sehari tak layan, mmg boleh pengsan... hehehe

anyss said...

Salam,
Terima kasih dengan perkongsian suasana sebenar apa yang berlaku di sana...macam2 cerita yang tak boleh pastikan mana satu betul, so, bila ada orang yang betul2 ada sana yang cerita...peratus nak percaya tu tinggi sikit


Terkini di blog saya;

Berapa banyak Cukup Untuk Kita