Friday, February 11

“Awek bagi semangat pun tak larat ke bang?”


Aku mula melangkah keluar dari rumah, terhuyung-hayang di tengah jalan sambil memasukkan earphone ke dalam telinga. Sekumpulan budak sekolah berbasikal melintasi aku, baru pulang dari sekolah agama. Teringat zaman aku bersekolah agama sanggup berjalan kaki dua tiga kilometer nak balik rumah semata-mata nak elak dibuli ditampar dalam bas. Sampai sekarang aku pelik kenapa baru nak buka mulut bagitahu pasal semua ni, dulu tahan telan dengan yakin biasalah kena sikit-sikit. Kalaulah boleh jumpa brother tu lagi sekarang, entah aku lagi tough dari dia kot, mungkin.

Aku tiba di bahagian belakang bukit, tak ramai yang lalu lalang di sini. Angin laut Selat Melaka mula bertiup menyentuh kulit merasakan bahang petang hari, indah. Tak perlu menggigil seperti angin di Mesir.  Aku mula merenggangkan otot badan, bersedia untuk membuat langkah seterusnya, aku mula rasakan otot aku ni dah mula lusuh teruk buat lelaki muda yang sepatutnya sihat bertenaga. Dua kali buku lali bengkak biru terasa sampai sekarang, bahu jatuh nasib tak patah tulang clavicle. Bak kata mak, macam mana lah nak tahan lagi berpuluh tahun kalau dah macam ni?


“Beginning workout”

Aku mula melangkah, mencari kelajuan yang selesa sedikit demi sedikit, lagu 300 orchestra sudah mula berkumandang di telinga menandakan semangat larian harus dibina. Setiap kali aku ke sini bila pulang ke tanah air, memang jelas yang rajin beriadah berjalan berlari di trek ramainya golongan bersara. Mungkin yang muda seperti aku beriadah di tepi jalan lepak bersama rakan dan taulan sambil mengadakan pertandingan siapa boleh terbang atas motor paling laju. Atau bercanda berdua bersama teman sampaikan wujud yang ketiga di awal yang tak dilihat di akhir didukung dibuang. Kadang-kala teringin juga untuk  lebih glamour menghabiskan peluh dan wang ringgit di gymnasium berkelas tinggi, manalah tahu boleh lari treadmill sebelah Diana Danielle. Apakan daya aku miskin di negara sendiri, jadi aku hargai tempat awam indah sebegini.

“Running time 5 minutes, running distance 1.54km, pace 6’24 minutes per kilometre”

Nafas dah mula lari. Jantung dah mula pam darah tak ikut rentak, bukan lagi beat indah rocketeer. Peluh dah mula membasahi setiap sudut badan, baru teringat macam mana rasa peluh berbulan duduk di Negara kering dan sejuk, mahu merekah kulit bagai padang pasir sahara kering sejuk bermandi air panas, kasihan kulit badan. Aku mula perlahankan langkah, perlahankan rentak tak semestinya mengalah. Aku mula perhatikan bapa-bapa muda pimpin anak-anak kecil baru umur setahun jagung entah baru belajar berjalan minggu lepas, comel. Dah naik bayang-bayang nak pimpin anak sendiri, belajar belum tentu habis, jangan kena mula balik tahun satu kerajaan tak bagi balik Mesir. Aku redah, aku tak kisah.

“Running pace 9’30 minutes per kilometre”

Suara awek ipod mula kedengaran, seolah-olah berkata “pak cik tadi yang potong awak tu lari laju lagi”. Boleh dia main perli, orang ambik dia suruh bagi semangat dia perli. Tapi memang pak cik tu lari laju, kita dah slow down dua kali dia boleh potong kita tiga kali, pak cik ni pun tengah main perli jugak ke, insecure betul aku petang ni. Satu kumpulan budak sekolah menengah melintas di tepi, kumpulan berbasikal mungkin, masing-masing punya basikal lumba hasil buatan tangan sendiri. Baguslah, ini perkembangan sihat, mana tahu ada wakil ke olimpik nanti, bangga warga Taman Sri Andalas. Tak kisah lah show-off pada kumpulan wanita seusia pusing dua-tiga kali pun, asalkan semangat naik bukit tu ada. Aku hilang kawalan pernafasan, aku berjalan.

“One kilometre to reach goal, running pace 12’45 minutes per kilometre”

Suara dia bunyi lagi, aku faham ini bukan larian, ini berjalan namanya. Tak apa, sini aku buktikan. Aku mula mengorak langkah, mencari kemampuan diri yang telah lama berkubur tak dicabar. Aku cuba kawal pernafasan, terasa adrenaline mula memancar ke dalam darah, jantung mula bergerak seiring gendang tarian singa.

“500 metres to reach goal, running pace 6’12 per kilometre”

Dia tak puas hati lagi. Seolah-olah berbisik, “awek bagi semangat pun tak larat lagi ke bang? 6’12 je boleh buat?” Ini aku tak puas hati, tak pernah nak puji, cubalah bagi well done atas usaha setakat ni macam junior masterchef Australia tu. Tapi tak boleh jugak aku dah terlalu tua untuk dijaga sebagai junior. Aku perlu buktikan aku mampu, aku kuat. Langkah diambil semakin besar, semakin laju. Pak cik yang potong aku tiga kali tadi mula bertepuk member semangat “you can do it son!” akak amoi auntie uncle semua buka laluan sambil memberi semangat, bertepuk, berteriak kata semangat . Aku lajukan langkah, aku nak pengsan, aku teruskan. Habis. Senyap.

“Goal reached. Running pace 4’32 minute per kilometre”

Hampeh. Bayangan scrubs rupanya. Tinggi sangat imaginasi ni entah siapa yang ajar. Suara awek nike+ipod ni pun boleh buat masalah jiwa ke. Memang dasar suara nada robotic dia tak bagi semangat, dia mencabar menyirap. Mungkin satu hari nanti suara yang betul sebenarnya bagi semangat, yang tu entah boleh lari lagi laju dari Usain Bolt, mungkin.


Iklan tak berbayar ini sedang mempromosikan Nike+iPod yang aku kagumi.

Aku mula berlari kembali, mungkin kerana sedar betapa pentingnya stamina kalau tiba-tiba berada di tengah-tengah kumpulan penunjuk perasaan di Mesir yang sedang dikejar polis ditumbuk diterajang sesiapa sahaja di depan. Kalau tak larat lari dekat mana pulak nak menyorok, bawah kereta kebal? berdegup jantung tengok kereta kebal tepi jalan entah kenapa. Aku tak hidap post traumatic disorder, mana ada. Aku pun bukan antara yang beruntung turun kapal terbang boleh salam dengan Rosmah. Mungkin nanti kita boleh ceritakan. Cuma sekarang ini, semoga selamat sejahtera pada cik Kimmy Ai yang masih merantau, dan juga brother Asada, begitu juga doa tenang hati buat sahabat-sahabat seperjuangan yang masih tersangkut di Jeddah. Semoga dipermudah segala urusan.

***

Maaf lenyap hilang buat seketika, mula-mula krisis hidup kemudian jadi krisis negara. Apa yang perlu anda tahu, 100 penulis teramat dirindui. Selamat berkenalan buat editors dan pembaca baru yang belum mengenali, insyaAllah nanti kita berjumpa kerap-kerap lagi. 


Mengenai Penulis Entri Ini :
Koshary juga penulis untuk blog Livingkoshary. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Koshary. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Krisis di Mesir: Kisah aku - "kembalikan hak kami".

4 comments:

izfanora said...

uit.. bdk andalas.. dekat r kita.. :)

awek auto xsama dgn awek manual.. hehe..

semoga mereka sentiasa di bawah lindungan-Nya.. amin..

Kerana aku perempuan itu

student said...

awek sebenar yang telah dinikahi pasti lagi berpuas hati..:)

UPDATE!
Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung

nn said...

teringin nak ada nike+ipod ni. hehe. selalu dengar lagu je. and perasan, kalau dengar lagu lagi jauh lari and tak rasa berapa penat. :P

anyss said...

Salam,

Glamer woooooo leh salam dengan Rosmah...siap bawak turun sepanduk lagi tu...

Ekceli, menitik gak ayaQ mata nampak hangpa turun kapai. Terharu tau...bukan sedih sebab hangpa salam dengan Rosmah hu hu hu

Terkini di blog saya;

Berapa banyak Cukup Untuk Kita