Saya baru terbaca sesuatu di laman sesawang iluvislam - perihal tentang sabar. Seriusnya, saya memang seorang kurang sabar dan sedar itu memang sesuatu yang tidak elok. Menjadi sabar itu bukan perkara mudah - barangkali ia memerlukan latihan yang konsisten juga.
Saya menjadi marah apabila kerja terlalu banyak dan tekanan akibat daripada kerja-kerja yang banyak itu. Ah, tiada apa-apa yang berinformasi yang dapat saya berkongsi sejak akhir-akhir ini. Terlalu sibuk dengan semua subjek undang-undang.
Ya, kita memang selalu sibuk dengan dunia - kita semua - dunia bagaikan segala-galanya - tapi memang ia bukan begitu. Walaupun begitu ramai yang mengejar dunia seolah akan hidup tidak akan mati dan umpama padanya tiada hari "esok" yang akan kita dihitung padanya.
Kita semua perlu sedikit ruang untuk menilai dan mengubah diri.
Mengenai Penulis Entri Ini :
Fyzal juga penulis untuk blog Fyzal's Territory Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fyzal. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah

4 comments:
GP pon terlepas untuk menulis.. padahal sangat exited untuk mula menulis di 100 penulis! yeahh.. sibuk bagai esok tiada lagi.....
inshaAllah, nanti ada kesempatan lagi =)
pmpuan ni byk terapi2 dia bila jd mcm tu. window shopping pun bleh hehe. lelaki cmna ek.. :)
fyzal:
samalah terlepas dua entri..lepas ni nak berazam tak nak tinggal entri dah huhu..
sabar itu memerlukan niat yg ikhlas.
bila kita ikhlas, kesabaran akan tercipta dengan sendirinya..:-)
Post a Comment