Tuesday, February 1






Assalamualaikum sahabat blogger sekalian. Sihat? Musim hujan sebegini, jagalah kesihatan masing-masing. Kalau dah sakit, susah pula. 

Hari nie, aku ingin berkongsi satu puisi yang aku cipta secara tiba-tiba. Harap dapat berkongsi sesuatu.


Hembusan angin waktu senja,
Menyapa lembut pipi,
Seperti terdengar angin berdesir,
Mengucap sesuatu buat akal berfikir.

Seperti halilintar dentuman berbunyi,
Jantung gugur ke bumi,
Rebah sudah identiti diri,
Hilangnya kini jangan dicari-cari.

Para syuhada,
Kau penyambung nabi,
Gugurmu dalam syahid,
Kasturi menyambut di syurga nanti.

Darah pekat membanjiri tanah,
Bukti kau berani berbakti,
Jasamu tak kan padam di catatan,
Keringatmu sakti kepada pertiwi.

Pergilah,
Pergilah wahai pejuang,
Pergilah wahai bunga bangsa,
Pergilah bertemu Yang Esa,
Semoga engkau terus berbahagia di sana.



Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Doa.

1 comment:

humbleyat said...

wah pandainye izfanora wat puisi..puitis dengan alam;-)