Monday, February 14

Antara Kejujuran Dan Kepercayaan

kepercayaan akan hilang apabila tiada lagi kejujuran dalam perhubungan...

"untuk apa berteman
jika tiada kejujuran
untuk apa bercinta
jika bertemankan air mata
untuk apa bersama
jika pengakhirannya kecewa..."
semalam duk layan lagu achik dan nana tajuk resipi berkasih, tetiba tertaip ayat di atas. hari ni dengar lagu ni pulak:

Sejauh mana ikhlasnya hati
ketika lembut senyum diberi
apakah ada tujuan sebalik senyuman ini
Sejujur manakah kata-kata ketika kita bertentang mata
bolehkah aku percaya ini bukan satu sandiwara
kerana sering pengucapan zahir batin tak seiring
ada rasa ada jiwa terluka hilang rasa percaya

Pengalaman telah mendewasakan
mematangkan fikiran
pahit getir yang pernah dilalui
guruku sejati

Bukan dirimu ku curigai
aku sekadar berhati-hati...
tidak rela bakal ada antara kita yang kecewa...
biar waspada

ini lagu spring. sejujur manakah kata-kata. hurmm... nice song. lagu yang punya maksud mendalam kalau direnungkan dalam-dalam. hehehee [senyum plastik]

p/s: walaupun hatiku kau lukai, namunku masih menyayangi... kerna sehingga waktu ini cintaku masih untukmu

Mengenai Penulis Entri Ini :
puteri_kebayan juga penulis untuk blog HiKaYaT PuTeRi KeBaYaN. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Facebook. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label puteri_kebayan. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Adik Tersayang vs Boyfriend Tercinta.

3 comments:

Fina Sophie said...

apakah dia sesuatu d antara kejujuran dan kepercayaan itu?

tepuklah dada, dan tanyalah kisahnya.

theehehe :)

anyss said...

Salam,
Usah terlalu mengharapkan kejujuran orang lain kerana...kita tak akan capainya dan ubahnya. Kita hanya boleh ubah diri sendiri.

Tak kesahlah orang lain jujur atau tidak, andai kita jujur, lambat laun jujur itu jua yang akan menang. Usah terlalu kecewa dengan realiti dunia...kerana memang sebegitulah keadaannya sejak manusia belum wujud lagi ;)


Terkini di blog saya;

Berapa banyak Cukup Untuk Kita

Nao Mei said...

kejujuran dan kepercayaan perlu ada lah setiap perhubungan...InsyaAllah dengan izin NYA pasti membawa keberkatan..