Friday, January 14

UpGrade Sembang Kopi


Lokasi, di sebuah kedai kopi, selepas waktu pejabat, teh tarik panas dan alunan asapnya menjadi peneman kami pada petang itu.Kami berjumpa untuk bertanya khabar dan cuba membantu menyelesaikan isu masing-masing. Kadang-kadang ada juga luahan geram mereka .Cerita yang berulang kali dan kesimpulan yang sama, kecuali dengan gaya cerita dan watak-watak sahaja yang berbeza.Teringat pula lirik "Cerita Kedai Kopi",


"Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi"

Mungkin masing-masing punya hak untuk meluahkan perasaan masing-masing, masalah dunia dan masalah peribadi mereka.Tapi bagaimana untuk menjadikan luahan masalah peribadi tadi mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah?

Satu sahaja jawapan yang pasti, "Whatever you do, makes it worth in the eyes of Allah". Pastikan setiap perbualan kita walaupun di kedai kopi itu untuk mendapat keredhaanNya. Betulkan niat kita, sebelum melangkah ke kedai kopi.

Walaupun hanya perbualan secangkir kopi, niat yang disertai tadi mempunyai nilai yang amat hebat dan tanpa disedari mungkin Allah s.w.t akan mengurniakan ilham dan jawapan kepada soalan kita yang tidak terjawab pada sebelumnya dan akan mempunyai konklusi yang sangat hebat.

 “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Humbleyat juga penulis untuk blog NALURI KEHIDUPANKU. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Humbleyat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Apabila Mata Lelaki Melihat Keindahan Wanita.

12 comments:

therosputih said...

pendek kata, setting niat sebelum keluar dari rumah...

YOURSCOMMENT said...

skrg lepak kedai mamak dah..x sebut kedai kopi..hehe..

ape2 perbuatan..niat elok2..

d_tieah said...

Suka dok kat fast food tak pun food court..
Haha..
Dok sembang2 je pun..

shandye. said...

ape barang lepak kedai kopi?

McD ar...

dapat topup kopi free sambil layan fesbuk via wifi. hahaha...

humbleyat said...

the ros putih..
betul, perkara kecil dan niatyang baik seperti lepak dikedai juga akan dinila oleh NYA:-)

yourcomments;
tulah,mcm2 namakan..but kopitiam best jugak kan..

betul tu..semuaperkara kena nat elok2 ..:-) baru ada ganjarannya
wakaupun kita tak buat..

humbleyat said...

d_tieah:
uisy..jgn asyik gi fast food..bahaya untuk kesihatan tu..:-) kalu sembang tak pe kot amik mood..

shandye:
kedai kopi sekrg byk dah upgrade..cubalah..nak cerita privacy pun selesa..tapi niat yg baik jgn lupa..worth in the eyes of Allah..:-)

kusut said...

great minds discuss,
ideas average minds discuss events,
small minds discuss people

baru2 ni jugak aku tengok satu video pasal 'great ideas' ceritakan how great minds zaman dulu lepak sama2 over secawan teh dan berbincang ideas.. perbincangan tu la yg lead to inventions dan jugak concept2 baru

anyss said...

Salam,
Sembang kat YM sambil blogwalking hu huhu -----> tetap sambil minum kopi gak ;)

Jom join;
Kontes Cerita Paling Lawak sedunia

r.k said...

Tempat ghua rare sikit kedai kopi ni sebab anak remaja semua dok rempitan je , takkan nak lepak dengan orang-orang tua kot . XD XD

humbleyat said...

kusut:
sentiasa tampil dengan word yg sangat best:-)
tapi tak semua boleh bincang isu totally serius kan?apa kata kita yg mula dulu?

humbleyat said...

anyss:
ho2..minum kopi jarak jauh ye aniyss..nanti kita wat version 3G plak..:-)

humbleyat said...

maybe boleh serve kopi kat mat rempit tu, and bincg isu mcm mn nak stop merempit hehe..:-)