Monday, January 31

Undang-Undang Pelik dan Memelikkan

Isnin dan saya punya obligasi untuk menulis di sini. Lalu saya mesti mencari sesuatu untuk dikongsi. Sebagai penuntut dalam bidang undang-undang, sebenarnya bukan semuanya selalu dalam keadaan serius. Malah ada undang-undang yang membuatkan kita terfikir betapa tidak masuk akalnya ia dan mengapa mereka yang terlibat boleh menggubal undang-undang sebegitu. Ada juga undang-undang yang pelik dan membuatkan kita juga berasa pelik.

Beberapa undang-undang pelik ::


1. Di Thailand, adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang keluar rumah tanpa memakai "underwear".
komen :: ada pula polis yang rajin nak periksa orang tu pakai ke tak?

2. Di Filipina, kereta yang nombor plet berakhir dengan 1 atau 2 tidak dibenarkan berada di atas jalan raya pada hari Isnin, 3 atau 4 tidak benarkan berada di atas jalan raya pada hari Selasa, 5 atau 6 pada hari Rabu, 7 atau 8 pada hari khamis dan 9 atau 0 pada hari jumaat bermula jam 7 pagi.
komen :: makanya hari ini jika kamu berada di Filipina, tiada kereta yang nombor plet berakhir dengan 1 atau 2. rajin pula polis trafik nak tengok satu-satu nombor plet kereta?

3. Di Switzerland, pakaian tidak boleh digantung untuk dikeringkan pada hari Ahad. Tidak boleh membasuh kereta pada hari Ahad. Menjadi kesalahan memotong rumput di laman rumah pada hari Ahad kerana menyebabkan keadaan terlalu bising.
komen :: ahad betul2 hari berehat untuk warga Switzerland. barangkali begitu.

4. Di Australia, kanak-kanak tidak boleh membeli rokok tetapi mereka boleh hisap rokok.
komen :: jadi apa baiknya undang-undang tidak boleh membeli?

5. Di Norway, lesen mesti dibeli jika mahu memiliki TV dan VCR.
komen :: agak-agak radio pun kena ada lesen tak?

Banyak lagi undang-undang tidak masuk akal sebenarnya dan saya tertanya-tanya mengapa ia wujud. Faktor geografi barangkali atau latar belakang sejarah negara itu barangkali. Tidak pasti.

Sumber: http://www.dumblaws.com/

Mengenai Penulis Entri Ini :
Fyzal juga penulis untuk blog Fyzal's Territory Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fyzal. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Tenang By-Election Result: Azahar Defeating Normala

11 comments:

d_tieah said...

Yg lain aku masih boleh terima lagi, tapi yg no 2 dan 3 tu memang gila lah..
Huhuhu..

Fyzal said...

@d_tieah
some laws mmg gila.. hehehe

therosputih said...

haha...memang pelik lah law dia...

Fyzal said...

@therosputih
ada banyak lagi yang pelik2. undang2 kita yg moto kena pasang lampu siang hari pun kategori pelik sebenarnya.

zahidah dihaz said...

rasanya no 3 memang bagi orang berehat sepenuhnya pada hari ahad...yang lain tu agak pelik undang-undang tersebut...

Fyzal said...

@zahidah
bagus kerajaan tu kan. suro citizens rehat betul2 pada hari ahad. hehehe.

Mohamad said...

Undang-undang yang pelik-pelik ini wujud barangkali disebabkan sikap manusia yang pelik-pelik...

Bagi menghalang sesuatu yang pelik berlaku maka ujudlah undang-undang yang pelik-pelik..

wallahuaklam..

chenta said...

bagi kita pelik, tapi bagi diorang tak ^_^

Zulkifly Omar said...

gila kan undang2 ni... haish... lucu pun ada juga

kusut said...

sokong dgn chanta.
undang2 kita pun ade jugak yg orang lain rase pelik kot.

nn said...

ada one US state mengharamkan pemakain high heels. haha


eh eh. yang number 5 tu Malaysia pun pernah buat kan? ingat lagi lesen tu besar ala-ala surat beranak pun iye. siap kena tulis tv berwarna or hitam putih.