Tuesday, January 4

TIPS: Melepasi halangan 'Right-click Disabled' menggunakan Google Chrome.


Saya gemar singgah ke The Big Picture. Dan sebagai seorang penggiat fotografi amatur, saya seringkali mahu memuat-turun gambar-gambar yang dipaparkan di situ sebagai rujukan ataupun sekadar sumber inspirasi.

Mesti anda pernah mahu memuat-turun beberapa gambar dari sesuatu laman sesawang secara pantas tetapi tidak mahu memasang apa-apa perisian. Kalau menggunakan Mozilla Firefox, anda punya pilihan untuk memasang add-on DownThemAll yang membolehkan anda memuat-turun kesemua gambar yang terdapat pada sesuatu halaman laman sesawang yang anda pilih. Walaubagaimana pun, aplikasi sebegitu tidak ada untuk pengguna Google Chrome seperti saya. Tambah mengecewakan kalau halaman tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri ‘Right-click Disabled’ yang tidak membenarkan gambar-gambar dimuat-turun dengan mudah.

Di sini saya akan memberikan tips bagaimana hendak melepasi fungsi ‘Right-click Disabled’ tersebut dengan menggunakan Google Chrome. Oh, sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.


LANGKAH 1: Pergi ke mana-mana laman sesawang yang anda mahu muat-turun gambar-gambarnya. Saya menggunakan contoh laman The Big Picture.



LANGKAH 2: Klik kanan pada mana-mana kawasan lapang pada halaman tersebut. Jangan terperanjat kalau ada pop-up keluar member amaran yang memberitahu bahawa fungsi ‘Right-click Disabled’ pada halaman tersebut. Ulang beberapa kali sehingga keluar pop-up begini:



[Halaman The Big Picture yang saya jadikan sebagai contoh tidak mempunyai masalah sebegini. Saya menggunakan blog seseorang sebagai contoh.]

LANGKAH 3: Pilih opsyen ‘Prevent this page from creating additional dialogs.’ dan klik OK.

LANGKAH 4: Seterusnya klik kanan sekali lagi dan pilih opsyen ‘Inspect element’. Satu menu akan terbit dari bahagian bawah panel Chrome, kelihatan seperti berikut:



LANGKAH 5: Pilih tab ‘Resources’ dari menu yang baru keluar tersebut dan seterusnya pilih opsyen ‘Images’ dari senarai menu yang terpapar.



LANGKAH 6: Seterusnya tekan opsyen ‘Size’ dan semua gambar atau grafik akan disusun menurut hierarki saiz paling besar ke kecil. Klik pada mana-mana gambar yang anda mahu di ruangan ‘Resources’ di bawah opsyen ‘Size’ dan anda boleh klik kanan dan ‘Save image as…’ seperti biasa.



Selamat mencuba! Terima kasih.

Mengenai Penulis Entri Ini :
shandye juga penulis untuk blog Monyet Merah Jambu Menulis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label shandye. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah CerTot #03: Yang Termanis dan Terpahit.

11 comments:

adrinaqamarina said...

dah salu buat cam ne~

terima kasih chrome~

therosputih said...

huhu...bagus2...thanks coz sharing this kind of tips...

una berry said...

kenapa nak kena ada function gelabah tu?
takut org copy entry?
blogger femes pun xde function tu
tp kalau entry poyo n xbest pun wat pe nak glabah cmtu?xde sape pun tringin nak copy
pelik ar

shandye. said...

adrinaqamarina: rsanya klu google chrome boleh pasang plugins DownThemAll, masalah ni tak akan timbul. tp mmg suka pakai chrome sbb laju dn stabil.

therosputih: sama-sama. selalu blog-hopping guna chrome so selalu la explore functions2 dlm chrome tu. hehehe....

una berry: sy faham kenapa ada sesetengah blog atau website yg pasang function tu. maybe sbb gambar atau artikel kat dalam tu yg copyright control ke ape ke... makanya mmg wajar la buat sedimikian rupa... tp yg tak faham tu ada sebilangan blog yg saje je pasang function tu tanak bg org right-click. huhuhu...

una berry said...

I don't mind having this function for that kinda purposes
but cmon la, nak bg ke x org baca previous post mereka2 tuh?
orang kadang2 suka open tabs banyak2 skali gus, xyah nak tunggu loading utk 1 page
so kadang2 function ni xrelevan la
nak lagi blog yg isinya bukan layak jd sumber rujukan ke hapa
xnak org copy gamba suka hati, taruk la watermark sebesar2 alam, xdela org suka hati nk claim tu gamba dia ke ape ke
lagi annoying kalau masa klik tu kuar warning yg kekonon2 cute tp xcute pun

tapi tips yg bagus :D
*sorry, it just my thought*

anyss said...

Salam,
Bagus betul panduan ni...nanti saya acu cuba try test, kalau tak menjadi kena tanya balik tuan tanah ni ;)

Saya nak buat supaya semua benda alah dalam blog macam tulisan, banner, gambar dll tu tidak boleh disalin orang lain, ada cara tak? Nak jaga hakcipta....hampir 95% gambar2 kat blog dan puisi2 yang saya tulis tu haasil kerja sendiri...copyright. Memang tau susah nak kontrol bila dah publish online, tapi paling kurang ada usaha untuk lindungi kan ;)


Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornagrafi

ASaDa RyutaRo said...

itu yang malas nak disable right click.. confirm ade je cara nak ignore benda tu. hahahaha..

Fina Sophie said...

as for me yg suka buka new tab, mmg rasa annoyed sgt2 dkt warning2 mcm ni. nak apsang tu tgok la juga relevan ke tak relevan. enuf said XD

shandye. said...

una berry: setuju bab keluar2 warning bajet cute tuh. kebanyakan blog yg ada feature ni... uhm... maaflh... rata2 semuanya blog yg penulisnya perempuan. hurm....

anyss: oo.... ada caranya... nnt inysaAllah sy akan keluarkan tipsnya utk entri akan datang. thanks for the idea!

ASaDa RyutaRO: sebenarnya tak kisah sangat tentang feature right click disabled ni. cuma rasanya2 feature ni sesuai utk certain blogs yg content dia mmg gambar2 fotografi profesional atau artikel2 ilmiah. tak gitu?

Fina Sophie: setuju. feature ni biar berpadanan dengan content blog tersebut. hehehe...

kusut said...

nifty! tak tau pun chrome bleh buat ni.

aku setuju la utk orang amik preventative measures utk elak karya kene cilok.. tapi disablekan right-click adelah satu lankah orang paranoid aku rase. hehe

humbleyat said...

nice tips..:-)
ada juga ilmu Ict baru hari ni:-)