Monday, January 10

Terkenang Zaman Kenit

 

*kenit = kecik/kanak-kanak

Dunno about you all tp ingatan aku dan PakDin pada zaman sekolah rendah buleh tahan jugakla. Not that kami skul skali tapi some of these habits+myths did lingered back then no matter which school you went to. (Our primary school years around 1984-1993)



Pensel Jatuh
Kalu pensel tulis ke pensel warna jatuh lantai mesti kutip cepat-cepat wooo pastu gentel-gentel batang pensel tu. Dipercayai supaya lead kat dalam pensel tu tak patah akibat jatuh tadi. Konon-konon kalu gentel camtu yang patah buleh bersambung kot? WTF? Mana la mai benda tak lojik tu sampai aku pun terpercaya dan teramalkan jugak. Heheh.



Pensel 'mekenik' @ pensel tittit
Dulu pensel tekan ni antara alatulis mewah yang tak mampu dimiliki ramai. Mind you, aku dan PakDin bukan berasal dari keluarga berada. So benda dulu basic-basic je. Kalau kawan pinjam tulis sampai nak habih 'ubat' pensel, mesti ownernya tarik muka masam seribu. Mau yang emocore terus gesture tangan buat pangkah taknak kawan (tapi esoknya tanpa sedar elok je kawan balik..)



Rubber Ink
Dulu mana la semua orang mampu beli pemadam pen yang seketoi tak berapa det tu. Ok, maybe bukan tak mampu tapi tak diutamakan atau selalu ilang kena kebas ngan kawan. Takpun tertukar ngan sapa-sapa tak sedaq walaupun dah tulis nama atas rubber tu (lawak kan, benda sekecik2 pun dulu nak kena tulis nama, last2 tetap ilang gak). So alternatif kepada rubber ink (lepas darjah 3 da buleh tulis guna pen dah kot, correct me if i'm wrong) ialah rubber biasa yang 'diludahkan' setitik dua. Kadang sampai terkoyak kertas buku tulis tu sebab terlebih ayaq lioq. Genius sangat la tu?


Gam
Agak disgusting. Some students yang guna pendekatan cepat utk alternatif gam : hingus. Well, aku xnak elaborate ni. (Terfikir balik kot2 dulu aku ada terpinjam/terpegang buku kawan yg guna penyelesaian ni untuk mslh xdak gam.. Seram.)


Maero Attack
Admit it, gambaq jepun siot ni betoi-betoi influence kita back then. Masing-masing dan-dan teringin nak main bola tampaq, even tangan pun sentiasa dalam gesture nak servis/sambut bola. Tak cukup tu kalu naik tangga (aku darjah tiga tingkat atas) masih nak squatting sambil lompat. Ala-ala prektis la konon. Bengong right. Summersault berpusing!!!!!!!


Main Getah
Dulu compulsory dak-dak pompan kena ada atleast satu set getah untuk main waktu rehat/balik skola. Lagi colourful atau tebal getah, lagi la nampak mewah. Bila level lompat getah semakin tinggi nak sampai kepala, mesti ada punya yang buat 'gimnastik' konon (cartwheel sampai nampak spender.. nasib bek taim tu kanak2 lagi)


Pensel Takleh Sharp Dua Belah
Mitos lagi. Ntah sapa yang create benda ni. Kononnya kalau sharp pensel atas bawah, macam mintak mak mati. Haiya.


Jangan Bagi Kawan Sharp Pensel Kaler
Again, penselkaler kan alatulis mewah gak. Taim kita dulu mana ada varieties sangat jenama2 Mydin ni. So, kalu pensel kaler tumpoi, asah (or sharp) siap2 kat umah. Jangan percayakan kawan. Kes PakDin misalnya, ntah kawan mana la yang terlebih rajin nak sharp.. last2 sampai kontot jadinya penselkaler. Balik umah mak marah.


Penselbox tekan
Tekan sini, keluaq tempat simpan rubber. Tekan button ni, keluaq sharpener. Gila punya hitech tu. Tak berapa ingat ni sbb aku xpenah ada penselbox mahai. Just envy kat kawan2 yang ada je. Hohoho


Kasut Aliph
Ni pun wajib dibeli dan 'diruntun' suh makpak beli. Mungkin sbb persaingan silence di skolah xpun kejayaan pengiklanan Aliph dulu yang berpengaruh. Aku pun ada gak dulu. Terasa haibat tuh. Rasa cam jadi jantan sat.


Beg skolah
Beg peti design cam kilt tu penting. Beg skolah ijau tali sangkut kat dei/kepala untuk menyerlahkan status kegengsteran. Beg kita dulu mana ada roda-roda, mana ada pemegang nak tarik2. Semua pikul blakang cam kura-kura.


Brick game
Hanya yang mampu je. Kawan aku ada game Western Bar. Punya aku teringin nak main tapi pegang pun dia xberapa nak bagi.



MacGyverisms

Cita-cita terpendam semua skulboiz taim tu kan. Ada ja kekrektipan yang mostly original (gunakan sumber barang terpakai di sekeliling)


Pendekkata, kekurangan kita waktu dulu pun kita still survive lagi sampai sekarang. Tapi napa students sekarang kena ada hempon, kena ada benda2 mahai baru bersemangat p skola? Pi skola pun bukan nak blajaq sangat rite?


Akibat Volunteer jadi monitor class tak rasmi waktu kelas bising dan cikgu takdak, ruler plastik panjang baru beli semalamnya dah patah. Walaupun puas bila dapat tampaq meja dengan ruler tu serentak cakap "DIAM!!!" kuat-kuat tp dalam hati kecut perut sebab lepas tu tengok2 ja ruler tinggai sekerat. Mak mesti marah. Aku hampir-hampir menitiskan airmata. -PakDin

Kawan aku sorang ni ada masalah keluarga, jadi satu hari dia sedih sangat and ajak aku p toilet (da la toilet tu rumor berantu), sebab dia nak end kesengsaraan hidop dia, in other words, munuh diri. Aku pun bengong temankan aje. Method dia : minum ayaq sabun yang dibawa khas dari umah. Niat dia terbantut sebab ayaq sabun tu peit. So, kami masuk kelas balik cam tak dak pa jadi. -Tupaikaran aka keyos_CT



Mengenai Penulis Entri Ini :
Tupai Karan juga penulis untuk blog @hatitupai. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Tupai Karan. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Looking Back Ten Years.

11 comments:

therosputih said...

alahai...tergelak ada, sedih pun ada baca komen si tupaikaran tuh...

teringat kenangan sekolah dulu2, main kejar2, jatuh, terkoyak kain sekolah, dahla time jatuh, kawan yang badan dia berisi sket hempap diri ini, tp alih2, dia yang tak datang sekolah esoknya...dalam ati, aik, bukan aku ke mangsa kat sini, asal lak dia yang tak datang sekolah...

kenangan oh kenangan...

Zaiya said...

hahahahahahahah

gam tu x bleh blah.. euwww... x penah buat...

http://akumezashi.blogspot.com/2011/01/ajl-punya-cerita-yang-sedikit.html

KeCiK said...

Dem true.

Dulu pernah dgr myth yang ada budak mati kena tebuk dengan pensel kat leher dia sebab dia asah pensel dua-dua belah.

Pensel tu kat poket baju so bila dia bongkok pensel tu tercucuk kat kerongkong dia.

LOL.

Kalau gam pulak suka letak kat tapak tangan. Biar kering. Then bila kering leh kupik-kupik gam tu. So cakap kat member "Tangan gua ada sakit kulit dowh"

Brick game yang paling mampu pon beli game Tetris. The best brick game ever is Mickey Mouse, trying to set off the fire. Tak pon pergi kedai runcit, ada satu game gua panggil mesin krek-krek. Masuk seposen then boleh main game tembak-tembak. Lepas habis main sure dapat kacang dua tiga ketul.

Osem LOL.

:)

ch!natsu said...

hehe seyes trkenang blk..
bila bc2 br tringt byk jgk yg dah lupa ms kck2 dulu..
but now tringt blk mmg rs lawak gila~
haha..

shandye. said...

membaca entri ini membuat aku teringat akan ketua darjah ketika aku di darjah tiga.

dia sedikit pelat, makanya kalau dia hendak kawal kelas yang menggila, dia akan jerit:

"SHIAMMLAH KORANG!!"

hahaha... gila comel.

baru-baru ini aku ketemu profilnya di Facebook. sudah bersuami dan punya puteri cantik.

kusut said...

OMG mane dapat gambar penselbox tu?? dgn gamba katun2 jepun zaman dulu. fuhhhhhhhhhhhh

lagi satu teringat kisah beg skolah US Navy yg lagi besar dr badan budak2 yg pikul beg tu. kadang2 senyap2 pegi blakang member yg pikul beg.. angkat beg dia and cepat2 jatuhkan. pastu gelakkan dia sebab hilang balance

good times..

niieza said...

hahah..mmg lawak giler..
secara tak lansung mmg akan teringat balik zaman skolah...
dulu sapa ada pensel kaler 24batang kira mewah arr...so sapa yg ada pensel kaler 12 batang sume nyorok dlm laci...pastu kalu nak guna pun x leh tekan2..kena guna perlahan-lahan...
pastu masa skolah ada pondok telefon...time rehat mesti beratur panjang nak guna telefon..ala bukan tipon sapa pun..tipon mak (xkira la mak kat umah atau pejabat)..sedangkan balik skolah bukan x jumpa pun..huhuh..

maharam said...

Salam,
Ha ha ha...zaman saya beg sekolahnya macam kotak. empat segi. Siap ada kunci lagi...

Jom baca;
Perpindahan Tempat Kuliah

chenta said...

bukan ke pakai pen masa sekolah menengah??

tapi i sekolah tahun 90-an..mungkin tak sama kot..hehehe

humbleyat said...

best2 nak2 part pensil box hitech tu..buka sekolah je, smuanya nak tyg pensil box baru..:-)

tapi dulu semua wajib hafal sifir, tapi budak2 sekarang pakai kalkulatot..tak aci betul..:-)

r.k said...

itu kasut aliph mana available a sekarang , stylo gila !

lagi satu , itu beg navy mana available a ? teringin balik ma .

osem gila zaman skolah kita dulu . peh !

*that glue part , ghua tak pernah hadapi . tapi tak tahu la kalau kawan-kawan ghua ada buat senyap-senyap . cis .
zaman ghua rage bila pakai gam kanji . XD busuk sikit bila dah lama .. haha