Friday, January 28

Tekanan Kerja Plus Darah Tinggi..Isk Isk


Salam sahabat semua.Maaf lambat pula terbitkan entri kali ini.Lantaran terlalu sibuk sepanjang minggu ini, hingga tak sedar hari Jumaat dah sampai.Klien datang tak berhenti-henti, fail bertimbun-timbun, telefon tidak berhenti membuat deringan lagu.Bahagian yang paling tidak menarik, ada di antara kawan-kawan sepejabat saya disahkan ada tekanan darah tinggi!Muda dalam awal 20-an dan 30-an.

Nauzubillahi minzalik.Apa yang penting bagi di sana dalam melaksanakan tugasan,jangan mudah mengerut dahi dan asyik mengeluh, tapi, pandanglah masalah dan beban kerja secara optimis dan positif.Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.Ikhtiar selagi ada.

Impaknya sekarang, mereka ini mula berpantang, membawa bekal sendiri, tidak makan makanan yang menyumbangkan tekanan darah tinggi.Betul, faktor makanan itu penting juga, tapi emosi perlu dijaga. Jadikan kerja itu menjadi lebih sistematik.Yang penting sentiasa senyum.:-)

Nota: 
Alhamdulilah , semalam menang rayuan kes, tak rugi membantu orang yang teraniaya.Berkat ikhtiar yang ada dan doa yang tidak putus,kejayaan itu pasti datang.Amin.

Mengenai Penulis Entri Ini :

Humbleyat juga penulis untuk blog Naluri Kehidupanku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin/Selasa/Rabu/Khamis/Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label humbleyat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Macam Mana Nak Cari Barang Hilang?.

4 comments:

therosputih said...

jaga diri leklok...sebolehnya, hadapi kerja dgn tenang, tp realitinya...tak ramai yang mampu tenang2 bila hadapi ngan kerja...kerja oh kerja...

humbleyat said...

terima kasih therosputih...
yesa..yg penting kita kena positif,,:-)

yahti said...

saya tertarik dengan tulisan ini usah beban kan diri muda-muda dah kene darah tinggi. Cari punca masalah dan keluarkan satu persatu...

humbleyat said...

yahti:
terima ksih..:-)
setuju sgt..jgn jadikan masalah itu beban kita..baru hidup kita takde stress then takde darah tinggi:-)