Tuesday, January 18

Signage dekat escalator?? Perasan ke tak?



Assalamualaikum dan hye! ^_^


Beberapa minggu terlepas peluang post entry. Pastu tak sempat nak jengah entry rakan-rakan yang lain. Maaf ye. Agak busy lately ni sejak-sejak dapat anak buah yang pertama..fuhh~~ Best sungguh ada anak buah ni kan. Macam anak sendiri je...Teheee..


Back to the title...



I percaya hampir semua orang pernah guna escalator. Then setiap orang yang pernah guna escalator tu, mesti tak terkira dah berapa kali dia guna escalator kan?? I pun tak pernah kira berapa kali sebab setiap kali pergi shopping mall, mesti ada naik turun level. So sekali pergi je dah berkali-kali guna escalator.. Now umur i dah hampir 23, so confirm la banyaaaaaaaaaaaaaaaaak sangat!Uols pun sama kan??

Tapi setiap kali kita guna escalator tu, kita alert tak dengan safety signage yang ada kat escalator tu? Kita ambil berat tak tentang tu? Kita peka tak pada gambar-gambar yang ada dan baca apa yang ditulis? Mungkin ada yang baca dan tahu, tapi buat tak? Huhuhu. I pun dulu tak peka sangat. Cuma sekarang memang tersangat peka pasal signage tu.

Meh i tunjuk sedikit signage yang selalu ada dekat escalator..






Semua gambar dari *Google*

I kerja di jabatan yang memang berkaitan pasal keselamatan ni. Baru-baru ni ada kes kaki budak tersepit kat escalator Jaya Jusco Bandaraya Melaka. So i ada juga la tahu serba sedikit tentang kes tu. Rakaman CCTV kejadian tu pun i ada tengok. Bila tengok video tu, memang nampak la siapa yang salah. Tapi i malas la nak ulas sangat hal tu.

I cuma nak minta uols semua alert tentang signage ni dan ikut setiap arahan dalam signage tu. Even kita nampak mudah dan simple, tapi benda ni sangat penting tau. Bila-bila masa kejadian buruk boleh berlaku. Uols pun mesti taknak jadi kaki or kain tersepit dekat escalator kan?

Sekarang bila i keluar, i guna escalator, then nampak orang berdiri kat escalator tu dengan cara yang salah, i rasa nak tegur sangat-sangat! Takut tau i tengok diorang berdiri lebih dari lain kuning tu, berdiri dengan sebelah kaki letak kat bahagian tepi escalator tu. Macam-macam gaya kan ada? I memang nak tegur lagi-lagi budak-budak. Tapi takut plak kena marah. Yelah, bukan senang orang nak terima teguran kan? Tapi uols yang baca entry i ni, beringat sebelum terkena k. ^_^

P/S : I semakin hari semakin alert tentang hal keselamatan ni. Cegah sebelum terkena kan? ^_^






Mengenai Penulis Entri Ini :
chenta juga penulis untuk blog Suka Hati Sya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label chenta. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Signage dekat escalator?? Perasan ke tak?.

12 comments:

kusut said...

crite pasal escalator ni kan, aku lately ni rase geli nak pegang handrail tangga n escalator. mcm benda tu kotor je.. so aku minimizekan masa pegang handrail. OCD ke aku ni? @_@

therosputih said...

bagusla pentingkan keselamatan kan, bagus2

chenta said...

@kusut : hehehe..ade org mmg mcm tu..sy pun kurgkan pegang tepi tu..gelihehehe

chenta said...

@therosputih : u pun mesti pentingkan keselamatan tau!

anyss said...

Salam,
Ramai orang abaikan hal2 sebegini...nampak mudah, tapi hakikatnya sangat susah nak jadi amalan. Tambah gerun kalau tengok anak-anak tanpa kawalan ibu bapa...risau je

Jom join;
Kontes Cerita Paling Lawak sedunia

chenta said...

anyss : betul tu anyss. sebab tu la sy buat entry ni..atleast org yg baca tu, akan beringat. benda simple tp bukan mudah org nk jadikan amalan mcm yg anyss ckp tu..psl budak2 mmg i sgt risau!sebab tu bila nmpk, rasa nk tegur je..

shandye. said...

tips paling penting bila menaiki eskalator ada dua:

1. jangan pakai sari kalau hendak guna eskalator. pernah tengok seorang makcik tersangkut hujung sarinya pada eskalator. agak kelakar dan menakutkan pada masa yang sama. kelakar sebab kain dia masuk dalam eskalator tu dan kalau technician tu lambat sampai sure dah terbogel makcik tu kat situ. menakutkan sebab hujung sarinya itu entah macam mana terbelit dan menjerut lehernya. ok, sumpah takut!

2. pastikan tali kasut anda diikat kemas. ni berlaku pada kawan aku sendiri masa kami jalan-jalan di the gardens. tali kasut dia tersangkut pada eskalator dan kakinya nyaris-nyaris nak tersepit kat celah-celah menatang alah tuh.

p/s: ada orang cakap in case of emergency kalau hendak hentikan eskalator tu serta-merta kena sepak sisi (yg besi tu la kot) eskalator tu kuat-kuat so mechanism dalaman mesin tu akan terberhenti dgn sendirinya. betul ke?

r.k said...

shandye , sekali tertendang kuat langsung roboh , macamana ? hahaha !

safety first yo ! tapi sedar tak sedar ghua selalu gak buat seperti yang dilarang . XD

chenta said...

shandye : ye..sebab tu ada sesetengah escalator tu, ada gambar perempuan pakai dress labuh. dia larang kain yang labuh-labuh tu. takut jadi macam kes sari tu la. tali kasut pun sama. ada sesetengah escalator gak, dia tak bagi kasut yang bertapak lembut sebab lebih mudah untuk melekat pada escalator dan tersepit.

pasal tendang tepi escalator tu..kat tepi tu memang ada sensor la. means kalau ada benda yang tendang or hentak tepi tu dengan kuat,dia akan terstop operation. tapi kira menjahanam la plakkan? perasan tak kat ujung escalator ada button emergency? tekan je button tu, escalator pun akan berhenti. then kalau tersepit dekat nak sampai hujung escalator, escalator pun akan berhenti sebab situ pun ada sensor point..

harap dapat membantu dengan penerangan panjang lebar ^_^

chenta said...

r.k : takkan la roboh..tercabut or kemek je pun..heheheh

so lepas ni beringat sebelum buat k!safety first!

humbleyat said...

oo..baru tau tepiescalator ada button emergency..tapi sy suka pegang tepi, sebab sy gayat T.T

chenta said...

humbleyat : lepas ni naik escalator, cube tgk kat hujung, either kat bahagian atas or bawah..mesti ada button emergency ^_^