Thursday, January 6

. Sebelum dan Sekarang .


........................................
Dulu waktu kite kanak-kanak, setiap pagi merungut kena bangun pagi. Masuk tadika, belajar ABC dengan 123 buat kite bosan sebab nak belajar lebih daripada tu. Hari-hari buat benda yang sama, nyanyi lagu Hujan Rintik-Rintik, lagu Pelangi la, lagu Bintang kecil Bintang Besar la. Tak sabar nak naik Sekolah Kebangsaan...
Bila umur masuk 7 Tahun, masuk sekolah baru. Lagi ramai kawan, sekolah pun besar. Suasana lain tak macam Tadika dulu. Macam-macam ragam boleh belajar, dari budak-budak hingusan Tahun 1 sampailah gelagat budak-budak baru nak UP iaitu Tahun 6. Bestnye tengok akak-akak and abang-abang Tahun 6 nak habis sekolah kebangsaan. Muka pun nampak matang je, tak sabar pulak nak masuk Sekolah Menengah...
Syok giler bila melangkah kaki Masuk Tingkatan 1. Kire dah tahap orang-orang matang, cuma lagi rase matang IF dah Tingkatan 5. Bila umur dah macam tu, mula besar kepala and rase diri tu boleh berdikari sendiri. Bangga je bila gelarkan diri AKU BUDAK TINGKATAN 5. Tak lama lagi habis sekolah, boleh masuk Universiti. Tak ade lagi peraturan dalam belajar. Tak perlu ikut peraturan macam kat sekolah-sekolah. Bila nak masuk Universiti ni....
Sekarang dah bergelar Mahasiswa. Study dekat Universiti, ikut hati nak pergi Kuliah ke tidak. Biasalah, rase diri dah besar kan. Dalam diri sibuk belajar, tarakhal lagi nak enjoy-enjoy keluar lepak dengan kawan-kawan. Kire dah tak ade kawalan tetap dari IbuBapa. Kalau dulu, keluar pergi kedai pun nak bagitahu. Leceh kan? Lepas habis belajar, Yahooooo dah masuk alam pekerjaan. Bestnye!
Tapi sebenarnye, bila kite dah meningkat dewasa. Bekerja dan perlu bekerja tambah pulak pikirkan masa depan, Kite tetap akan rindukan Zaman Persekolahan dulu. Kite akan rase berharganye waktu kite di alam persekolahan. Jadi, Hargailah waktu yang ade sebelum melangkah ke alam yang lebih mencabar.

Mengenai Penulis Entri Ini :
cik ain juga penulis untuk blog Cik Ain Nabila. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan juga di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label cik ain. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Ini Serius!.

9 comments:

therosputih said...

mcm tajuk lagu senario lak...

betul tu, bila kita dah melepasi sesuatu, kita akan merindui zaman tu, mula ah berangan, suma tu dah jadi kenangan dah...

sebab tu ada pepatah
jadikan pengalaman itu satu pengajaran

ch!natsu said...

yup btol.. sgt rindukan zaman sekolah..
apapun jdkan pengalaman itu as pengajaran.. =)

black paper said...

yup,,time travel so quick,,
Rasulullah once said ,(more or less,because i dont remember the exact hadith),

"the most clever among you,are those who always keep remembrance of death,and make preparation for it"

;)

zahidah dihaz said...

rindu nak balik zaman belajar lagi...sekarang ni tengah pening kepala fikir pasal nak cari kerja pulak..


New enter: Dilema

Cik Aien said...

cik ain: Masa tak boleh nk putarkan ke masa lampau. so, kite sndri kena mnghargai masa yang skrg..

nn said...

agreed. bila dah kerja tanggungjawab lagi berat sebenarnya.

shandye. said...

pernah bekerja setahun sebelum sambung belajar.

rasa kekok sangat2.

maybe sebab dah lama sangat tak masuk kuliah dan perah otak utk study, rasa mcm 'rusty' semacam.

haha... but then again, seriously... rasa mcm cepat sangat2 masa berlalu...

rasa macam baru kelmarin mendaftar masuk sebagai student. sedar-sedah dah nak masuk 4th year dah aku. lol...

fariehan ibrahim said...

aah, kalu time kt sklh dlu xsbr nk msuk u, nk kerja,
tp ble da hbis sklh, jd rindu nk blek time sklh plak,
tiap2 hari jumpa kwn, gelak sama2,
adeh, rindu! :)

humbleyat said...

kalau ada rezeki dan sedikit kekuatan, keinginan untuk sambung belajar tetap ada..
tapi zaman sekolah hanya kenangan shj..:-)