Friday, January 7

Sanggup Mati Muda?



Terlalu banyak berita kematian yang mengejutkan termasuk pelakon popular Malaysia, arwah Faizal ( Al-Fatihah).Tapi itu hanya sebahagian sahaja, malah sebenarnya banyak lagi jenis kematian bukan hanya sekadar penyakit, tapi kemalangan, dibunuh dan sebagainya.(teringat pula gambar fail kes bunuh yang saya lihat awal minggu ini di meja kerja saya, mayatnya bengkak digulung di dalam karpet , plus post mortem).



Tambah-tambah kadar jenayah semakin tinggi dan mencacak kebelakangan ini yang majoritinya akibat motif dendam juga merupakan punca kematian tiba-tiba. Berita kematian arwah Faizal juga membuat kita semua terdiam,terpana.Tetapi mahukah semua mengambil iktibar? Bersedia untuk mati muda?Secara jujurnya, saya juga tidak bersedia.

Tahukah kawan-kawan, purata umat Nabi Muhammad s.a.w adalah 60 tahun.Dan jika jumlah itu dibahagi dua ianya bersamaan 30. Maka, pada umur 30 tahun sebenarnya kita sudah memasuki fasa ke dua untuk lebih matang dan bersedia untuk bertenu dengan Tuhan Yang Maha Penyayang.

Mungkin kita biasa mendengar "life begin at forty", tapi ubahlah tanggapan itu.Purata umur sekarang sudah pendek.Apa-apa boleh jadi, hari ini saya berbual dengan anda, mungkin satu jam lagi, atau satu detik lagi, ini adalah entri terakhir saya.Tapi siapa yang tahu kan. Saya masih teringat berbual dan beremel dengan klien saya, ceria dan bersemangat, hanya dua hari kami tidak berjumpa, rupanya pada hari ketiga itu saya menerima berita, dia meninggal kerana tertelan biji durian dalam usia yang muda juga.Allahu Akbar!

Langkah pertama ya, jom dengar audio ini dan kita hayati bersama tau..jangan dengar separuh jalan ye..


Apa yang kita boleh lakukan buat yang terbaik dan terus menerus memburu cinta Ilahi tanpa rasa jemu.

"Tanda-tanda kiamat adalah berleluasanya mati secara tiba-tiba (mendadak)"
Riwayat At Tabrani.



Mengenai Penulis Entri Ini :
Humbleyat juga penulis untuk blog Naluri Kehidupanku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat . Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label humbleyat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Nota Hati Seorang Zaujah

9 comments:

therosputih said...

semoga memberi peringatan kepada kita semua kan...

sume ni milik tuhan...

Mak Su said...

mmg benar ramai ckp ttg life begins at 40, tapi sebenarnya adalah lets begin to realise where we go :)

zacky ~786~ said...

nice entry..

||aLeaSaRa|| said...

trma ksh krana slh ingat-mengingati sesama kita...entri kite pun ada ttg tip mhadapi kematian insan tsayang dan ada juga bkongsikan 1 Hari 1 Doa..smga Allah berkati usia kita semua amin

fariehan ibrahim said...

nice entry,
slg ingt - mengingati, maut blh jemput kita bila - bila masa saja.
xkira tua atau muda. -.-

zahidah dihaz said...

terima kasih untuk entry perkongsian ini...


New enter: Ustaz Amirul

izfanora said...

hurm.. semuanya dalam tangan DIA. kita xtahu bila tiba masa kita.

bila tiba tahun baru, adakah kita semakin bertambah usia atau semakin pendek usia?

fikir-fikir jua renung-renung..

humbleyat said...

therosputih:
Insha Allah, berpesan2 kepada kebaikan..

Mak Su:
setuju sgt2..

zacky:
thank you :-)

aleasara:
amin..Insha Allah, artikel yang baik harus dikongsi kan? terima kasih atas perkongsian artikel..

humbleyat said...

fariehan ibrahim:
terima kasih farihan..
sama2 ingatkan perkara yg baik yerk..

zahidah dihaz:
sama2..terima kasih juga sebb sudi membaca sehingga titik akhir:-)

izfanora:
bila kita tahu nyawa di tangan Dia, harus lakukan sesuatu kan?jgn terlalu mengenang nasib ...:-)