Wednesday, January 5

Perkara Yang Mengundang Kebencian Lelaki

.
Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman..

Asal muka asada je, takde cerita lain, kalau tak pasal jodoh, pasal kawen. haha.. layankan saja. bukan selalu. seminggu sekali. saya bukanlah seorang pakar dalam bidang mencari jodoh. kalau saya pakar, sudah semestinya saya dah dapat cari calon menantu untuk mak. tapi, bak kata ustaz saya dulu, kalau kita ada sedikit ilmu, kongsikan.. insyaAllah ilmu itu bercambah.

Jadi, kali ini saya ingin berkongsi beberapa sikap perempuan khususnya seorang isteri yang boleh mengundang kebencian atau fed up seorang suami. jom.. check it out!

1. Perempuan yang kuat melawan.
pantang ada larangan dan tegahan, nak je melawan. isk.. ini memang derhaka kepada suami. sesungguhnya syurga seorang isteri terletak di tapak kaki suami. maksudnya di sini, taatilah suami.

2. Perempuan yang kuat mencaci, mencela, mengutuk. ketahuilah, apabila keberadaan lelaki dipandang rendah, dipandang remeh oleh seorang wanita, di dalam hatinya akan berbisik kata benci. jadi, berhati-hatilah semasa berbicara. silap-silap ada yang bermadu tanpa sedar nanti. tapi kalau setakat bergurau tu, okay lagi..

3. Perempuan yang curiga melampau terhadap lelaki. janganlah mencurigai keikhlasan seorang lelaki. tapi tak boleh jugak terlampau mempercayai lelaki. hahaha.. so, kena tengah-tengah. kalau bercuriga pun, tanya dengan elok. siasat terlebih dahulu sebelum menuduh melulu.

4. Perempuan yang cemburu buta melampau. haih.. cemburu sememangnya tanda sayang seorang perempuan terhadap lelaki. namun, apabila cemburu diekspresikan secara melampau, ia akan menimbulkan rasa kurang selesa orang lelaki. bayangkan kalau sampai tahap tak boleh tegur orang lain. ya ampunn... take it easy. tak semua perempuan memegang kerjaya merampas suami orang.

Sebenarnya ini adalah apa yang saya petik dari ceramah motivasi Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dalam rakamannya yang bertajuk Menempuh Gerbang Perkahwinan. di sini saya meletakkan empat daripada 15 punca pudar kasih sayang seorang lelaki terhadap pasangannya. untuk membaca kesemua 15 punca tersebut, anda boleh ke Blog Budak Malaysia.

Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada diri untuk berubah menjadi yang terbaik demi insan tersayang. senyum selalu (^^,)


Mengenai Penulis Entri Ini :
ASaDa RyutaRo juga penulis untuk BLOG BUDAK MALAYSIA. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label ASaDa RyutaRo. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 15 Punca Pudar Kasih Sayang Lelaki.

10 comments:

ASaDa RyutaRo said...

1st!!! lalala~

Aida Ismail said...

sangat betul. thank you asada for sharing this =)

syaftome said...

sokong!!!

Chip said...

Sebagai seorang lelaki (dan suami), cepat dan mudah aje kalau aku nak setuju dengan semua point dalam entri nie. Tapi, point #1 tu kena kembangkan sket lagi kot pasal aku rasa tak berapa adil kepada kaum Hawa.

Pada pendapat aku, kalau seorang perempuan tu dah setuju nak berkahwin dengan seorang lelaki, dah memang tersirat yang dia bertujuan untuk mentaati suaminya. Pasal tu time kahwin, yang lelaki je akad, yang pompuan tak payah pasal diorang tau dah tanggungjawab diorang. Dah lumrah diorang gitu kot...

Jadi, dalam kebanyakan kes, bila isteri atau wanita dalam hidup anda mula banyak melawan, adalah sebab tu. Mungkin yang si lelaki nie tak adil. Mungkin yang si suami tak terangkan permintaan/arahan dengan betol membuat si isteri tertanya-tanya. Mungkin yang lelaki mintak yang bukan-bukan. Kesimpulannya, sebelum cepat menyalahkan isteri yang melawan, sebagai lelaki mungkin kita patut sekali-sekala cermin-cermin diri kita dolu...

ASaDa RyutaRo said...

@Chip :
kalau terang tang-tang menyalahi syarak, wajib bagi si isteri membantah. dalam undang2 nikah kawen Islam, apabila berlaku perkara seperti itu, Islam membenarkan si isteri untuk minta fasakh.

akan tetapi, jika tegahan yang diberi oleh suami masih tidak menyalahi mana2 hukum syarak, si isteri wajib taat. :)

*sbb tu guna istilah 'taati suami', bukan 'ikuti suami'..

d_tieah said...

Best2..
Nak ikut tips dr asada ni..
Berbaloi2..
Haha..

therosputih said...

just nak share sesuatu kat sini

"wahai suami, ajarlah isterimu mentaati mu, tegurlah tindakan isterimu yang tidak kena itu sedari malam pertama lagi, kerana selepas itu, susah bagi dirimu juga"

lupa dah ayat penuh dia mcm mana, tp lebih kurang mcm ni dah rasanya

nn said...

nombor 2 tu memang kejam lah. tapi selalu yang cakap camtu perempuan perasan cantik je. hahahaha

shandye. said...

setuju dgn nn. hahahaa...

humbleyat said...

sebab itu penting bg kedua2 pasangan saling bertoleransi dan percaya...:-)

sedih tengok banyak kes cerai, semua ambil mudah tentang ikatan perkahwinan...

ingat kahwin bukan sekadar akad sahaja..:-)