Monday, January 3

perkara pertama yang korang tengok bila,,


Assalamualaikum readers.

Bagi yang tak boleh berjauhan dengan website blog masing-masing, apa perkara pertama yang korang tengok bila sign in dalam website ini?

a) comment- bagi yang setting moderate comment. klik comment sebab nak balas lagi, kesian readers yang komen tu sebab tertunggu-tunggu owner approvekan komen-komen mereka.


b) jumlah follower- mata terus zassss kat followers. kot-kot teruja ke bila tengok jumlah follower yang saban hari semakin bertambah? dialog rekaan; 
'yay! dah bertambah lagi. blog aku femes, aku femes, blog aku hebat, aku hebat. boleh dah nak mengalahkan si tuttt ni' 
situasi lain pulak; 'lahhh, baru 100? bila nak bertambah ni? tak best sangat ke blog aku' [baca dengan nada sedih]

c) terus klik 'view blog' - nak jenguk-jenguk, jeling-jeling post-post semalam ke.

d) cbox @ shout box- nak membalas balik jejak readers yang ditinggalkan.

e) terus klik new post- nak mengeluarkan terus idea yang berlegar-legar dalam kepala. kot-kot kalau lambat nak mengarang, terus hilang idea.

lagi? korang boleh berkongsi di sini ye perkara pertama yang korang tengok bila sign in dalam website ini. 

Maaf, Ini mungkin entry paling ringkas saya. Kesibukan dengan aktiviti mengemas sebab 2hb Januari 2011, balik kolej dan memulakan semester baru. 

HAPPY NEW YEAR READERS.
semoga tahun baru ini menjadikan kita lebih patuh dan taat kepada perintahNya :)


Mengenai Penulis Entri Ini :
afifaa. juga penulis untuk blog .wilayah afifaa.. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label afifaa.. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kesimpulan cuti semester tiga dan berita buat pelajar UiTM.

7 comments:

nn said...

jarang bukak dashboard. kalau bukak pun if dapat email ada comment kena approve. benda first tengok, stats. nak tengok dari mana visitors datang haha


latest entry: California here we come.

shandye. said...

yep.
bukak dashboard, tp terus terjah blog yg di'follow'. bukak multiple tabs sekaligus.

p/s:- selalunya blogs yg aku follow bebas lagu autoplay. kalau dia ada lagu autoplay sekalipun, ada sebab lain knape aku follow blog tu.

syaftome said...

kalau aku...
mesti tgk comment dulu...
so, betul sangatlah tue...hahaha...

anyss said...

Salam,
Hu hu hu memanglah gitu jadinya pada semua orang ek? satu lagi nak check...nuffnang, sennya dah bertambah ke masih statik pada angka 50 sen hu hu hu

selamat tahun baru dan selamat belajar untuk sem baru

Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornagrafi

Fina Sophie said...

apa2 hal, paling penting, emel dulu. situlah smua notification pergi. jrgla masuk dashboard. tp kdg2 g blogwalk bru buka.. :P

afifaa. said...

@ nn; heee. kadang-kadang bukak stats dulu nak tengok dari mana. kot-kot ada yang dari oversea ke. teruja! HAHAHA :D

@ shandye; oooowww. mesti blog yang difollow itu menarik kan? hee. kalau blog yg ada lagu, lagi laa susah saya nak follow.

@ syaftome; mesti laa. nak balas komen pembaca kan? hehe.

@ anyss; erk? lupa lak pasal nuffnang ni. tapi nuff tak pernah naik. tak aktif. HAHA ;P

@ kak fina; lain orang lain cara, kan? ;)

humbleyat said...

adess..semua kena buat tu, termasuk stat..and brp org tgh online hehe