Monday, January 10

Pembeli BIJAK: Ia Mudah!!!




1. Sediakan Senarai
Senarai apa? Mestilah senarai barang-barang yang hendak dibeli. Maka, sebelum hendak keluar membeli-belah, sediakan senarai barang. Ini amat penting. Supaya matlamat anda tidak lari daripada niat asal untuk membeli barang-barang tersebut. Dan, sediakan senarai tempat untuk membeli-belah. Rancang perjalanan anda. Ini penting untuk menjimatkan masa dan kos semestinya.

2. Tetapkan Harga Maksimum dan Kriteria Pilihan
Menurut senarai yang telah anda sediakan tadi, tetapkan harga maksimum untuk barang tersebut. Mengikut kemampuan anda. Dan bukannya mengikut kemahuan anda. Disamping itu, setkan di minda anda, kriteria ataupun spesifikasi barang yang hendak dibeli. Sebagai contoh, kalau anda hendak membeli handphone Nokia dengan kamera 5 Mega Pixel, jangan alihkan fokus anda kepada handphone Sony Erickson dengan kamera 12.1 Mega Pixel. Dengan cara ini, ia akan dapat menjimatkan masa anda.

3. Pergi Survei
Setelah semua tetapan dilakukan. Inilah masanya untuk anda survei barang yang hendak dibeli. Ikuti rancangan perjalanan anda tadi. Dari situ, mulalah buat survei berdasarkan senarai barang yang telah disediakan. Dalam hal ini, jangan terlalu mudah tergopoh-gapah. Terburu-buru untuk membeli. Gunakan masa yang ada untuk mengetahui diskaun yang diberi. Pastikan sekiranya barang yang dibeli mempunyai bonus item atau tidak. Kesimpulannya, banyakkan bertanya, terutamanya ketika anda ingin membeli barang elektronik.

4. Rekod dan Simpan
Semasa anda membuat survei di pusat membeli-belah, catatkan harga barang tersebut dan kriteria-kriteria barang tersebut. Jika ada pakej-pakej menarik untuk barang tersebut, rekodkan juga. Ini bertujuan untuk melakukan proses seterusnya, iaitu apabila membuat perbandingan nanti.

5. Buat Perbandingan
Berdasarkan rekod yang telah anda simpan tadi, inilah peringkat terakhir untuk menjadi pembeli dan pengguna bijak. Buat perbandingan. Dalam hal ini, kos bukan satu-satunya faktor dalam menentukan barang pilihan. Kerana barang yang mahal tidak semestinya berkualiti dan begitulah juga sebaliknya. Kesan dan matlamat jangka panjang juga perlu difikarkan. Kesan kepada alam sekitar juga penting. Saiz juga memainkan peranan dalam penentuan. Dan, bagi sesetengah orang, warna pilihan juga satu faktor besar dalam pemilihan. Maka, dalam hal ini, ianya sangat subjektif. Terpulang kepada individu, berdasarkan kemampuan dan kemahuannya, menentukan pilihan yang terbaik dalam pemilihan barang yang hendak dibeli.

Secara kesimpulan, untuk menjadi pembeli dan pengguna yang bijak, hanya dengan mengikuti 5 langkah mudah ini. Ianya pasti sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam proses pembelian barang keperluan mahupun kemahuan. Di samping mengelak diri anda daripada terjebak kepada masalah kewangan yang diakibatkan oleh pengurusan kewangan yang tidak terkawal.

Nota Kaki:
Jika anda mengalami masalah kewangan yang serius, sila minta bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan kadar segera. Pihak AKPK semestinya akan dapat mengurangkan beban masalah kewangan yang anda hadapi.

syaftome 
"Adakah anda pembeli yang bijak?"

Mengenai Penulis Entri Ini :
syaftome juga penulis untuk blog Tour of My Existence. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label syaftome. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah How Do I Live Without You.

9 comments:

therosputih said...

gile bagus...hahaha...selalu buat list before nak soping, alih2, list tah ke mana, soping memana...adeh...hampeh...

syaftome said...

hahaha...
at least ade buat list...
itu yg penting... :)

kusut said...

lagi satu tips utk elak overspending, jgn shopping masa lapar. bila lapar, tendency utk buat impulse purchase makin tinggi

..dan jugak akan cepat naik darah. kesian husband yg teman shopping.. tak pasal2 kene marah

ztie said...

4 ke atas kmk ekot. Yg lain kmk jrg. Huhu.. Not a smart one la kmk tk kiranya.hehe..always on impulse

syaftome said...

kusut: hmmm...nasib baik aku xpernah buat camtue....
n aku memang xsuke pg shopping lame2...

ztie: ish...bhya ya...
jgn jak beli brg...kakya perasan duit xda...hahaha...

nn said...

untuk certain people, time marah pun tak boleh shopping. sebab ada tendency nak gunakan 'shopping' as tempat lepaskan geram. at the end of the day, duit habis. huhu


btw, nice tips!! :)



--- suci dari make-up

syaftome said...

bila duit habis...
daripada marah kepada geram...
lepas tue hidup merana...
n then marah lg...tiada kesudahan...
hehehe...

humbleyat said...

kalu nak shopping mesti fikir dulu, brg yang nak dibeli kehedak ke keperluan..kalu kehendak, confirm tak beli..:-)

r.k said...

survei , rekod dan simpan .. memang osem kalau dapat buat .
tapi ......


hehehehe