Monday, January 3

Mencari diri


Assalammualaikum & hai....

nak sharing some motivation article...silakan baca...

gambar credit andyp89 deviantart


Mencari diri. Siapakah diri kita yang sebenar?
Orang selalu bertanya akan hal itu dalam tumbesarannya. Dia hendak mencari identitinya yang sebenar. Aku ini sepatutnya macam mana? Siapa yang aku perlu ikuti? Aku perlu jadi apa?
Persoalan ini biasanya muncul di dalam diri.
Tetapi apakah kita berjaya mencari diri kita yang sebenar, atau kita sekadar imitasi sesuatu yang bukannya diri kita yang sebenar.
Maka di sinilah kita perlu mengetahui, bagaimana hendak mencari diri.
Moga artikel ringkas ini membantu kita insyaAllah.

Siapakah yang lebih kenal akan diri?
Ayahkah? Ibukah? Rakan-rakankah? Guru-gurukah? Datukkah? Nenekkah? Abangkah? Kakakkah?
Sebenarnya, walaupun ibu yang mengandungkan kita sendiri, tidak juga lebih mengenali diri kita. Tetapi Yang Mewujudkan Kita di dalam rahim ibu, itulah yang amat mengenali diri kita sendiri.
Semestinya bukan?
Ibu tidak mencipta kita. Ibu tidak mewujudkan kita. Kita wujud bila pun Ibu tidak menjangka. Bahkan Ibu menangis apabila kita terwujud di dalam perutnya. Menangis gembira. Terkejut tidak sangka. Kita adalah anugerah. Bukan Ibu yang mampu mewujudkan kita.
Jadi, Yang Mewujudkan Kita adalah yang mengenali kita sebenarnya.
Dia yang faham, kita ini patut menjadi apa.
Dia yang mengetahui, siapa diri kita yang sebenarnya.
Dialah Allah SWT.
Maka, bertanyalah kepada Dia.
Maka, langkah pertama dalam mencari diri sendiri adalah dengan kembali kepadaNya. Cuba perhatikan apa yang Dia bicarakan berkenaan diri kita.
Di manakah hendak mencari bicaraNya?
Allah telah mempermudahkan manusia, makhlukNya, untuk mencari apa yang dibicarakan olehNya di dalam Al-Quran yang dijaga olehNya.
Tetapi, siapakah antara kita yang mengambil Al-Quran sebagai perlembagaan dalam kehidupan kita? Sebagai rujukan dalam pembentukan diri kita?
Silap kita, kita ikut hawa nafsu dalam pembentukan diri
Manusia menjadi gagal, adalah kerana dia mengikut hawa nafsu dalam pembentukan diri.
Kita melihat satu-satu perkara itu ‘cool’, kita tiru.
Kita nampak satu-satu perkara itu ‘hebat’, kita nak jadi macam itu.
Kita nampak satu-satu perkara itu ‘popular’, kita terus menggerakkan diri kita ke arah itu.
Tanpa kita rujuk kembali apakah sebenarnya yang kita sepatutnya jadi.
Apakah sebenarnya diri kita ini, di atas dunia ini, patut lakukan.
Kita mudah tertipu dengan sekeliling kita. Sedangkan hakikatnya, mereka sendiri tidak mengetahui siapakah diri mereka yang sebenarnya, dan apakah yang sepatutnya mereka lakukan.
Di sinilah timbulnya kekacauan dalam kehidupan insan.
Penutup: Pulanglah pulang.
Mengapa saya tidak memberikan dalil, atau apa-apa daripada Allah SWT untuk artikel ini? Mengapa sekadar sedikit penerangan dan banyak persoalan?
Sebab saya suka kalau kita sama-sama merujuk Al-Quran itu sendiri. Ambil masa, duduk sebentar, cuba cari ayat-ayat yang Allah ceritakan berkenaan kita. Saya berikan beberapa surah untuk anda rujuk.
Surah Al-’Alaq, Surah Al-Mukminuun, Surah Al-A’raaf, dan Surah Al-Hadid. Baca juga Surah Qaaf sebagai tambahan.
Satu demi satu ayat. Helaian demi helaian.
Pernahkah kita menggerakkan diri kita, untuk mengenali diri kita yang sebenarnya?
Atau sebenarnya, kita takut dengan kebenaran, kerana tidak mahu melepaskan keduniaan?
Siapakah yang berani mencari dirinya sendiri, dengan jalan yang membawanya kepada penyelesaian?
Duduk sebentar, muhasabah diri wahai insan.
p/s : ingatkan diri aku sendiri jugak...

5 comments:

therosputih said...

entry yang sangat bagus...insaf sekejap..

shandye. said...

"Pernahkah kita menggerakkan diri kita, untuk mengenali diri kita yang sebenarnya?"

ayat motivasi sempena tahun baru. huhu...

syaftome said...

hmmm...to success...
the only way is to know ourself...

anyss said...

Salam,
Entri ni sangat sesuai untuk muhasabah diri, tambah2 lagi tahun baru macam ni. Disamping azam baru, ini juga kena tilik dan tengok juga ;)

Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornagrafi

humbleyat said...

ramai yg asyik meneyesali diri dan bermuhasabah tetaoi tidak cuba melaksanakannya yakni untuk berubah:-)