Monday, January 10

Masih Setia

untuk post kali ni, puteri_kebayan nak review novel yang puteri_kebayan suka baca. puteri_kebayan memang minat ngan penulis ni, Aisya Sofea. okey, jom baca~
masih setia mengisahkan miera yang akan dijodohkan dengan rudi oleh unyang. ini kerana miera dan kakaknya waris minang yang masih ada. adat minang, lebih mementingkan kaum wanita. atas permintaan unyang, miera dan keluarga balik beraya di Bukit Tinggi Sumatera sekaligus diperkenalkan dengan rudi. namun, hati miera masih tidak dapat menerima rudi walaupun lelaki itu cukup sempurna pada pandangan keluarga.


selepas 2 minggu, keluarganya pulang ke malaysia sementara miera masih di sana untuk menyesuaikan diri dengan rudi. selepas miera menghantar keluarganya sehingga ke lapangan terbang, miera pulang ke rumah om fakhri di Padang.

tanpa dijangka, satu gempa bumi berlaku di Padang. dipendekkan cerita, beberapa sukarelawan Yayasan Nur Karangkraf dari malaysia dihantar untuk memberi bantuan. dari situ, miera mengenali Dr.malik melalui kak bib kerana miera juga salah seorang sukarelawan. malik berjaya membuka pintu hati miera tapi bila mendapat tahu malik telah bertunang, rasa cinta itu disimpan. namun, malik juga sukakan miera. perhubungan mereka berakhir di lapangan terbang apabila malik dijemput oleh tunangnya, mia. malik sempat memperkenalkan miera dengan mia.

di kuala lumpur, miera terserempak dengan mia bersama lelaki lain, fendi yang juga sahabat karib malik dan rakan sekelas kakak miera. miera menghubungi kak bib untuk mendapatkan no telefon malik. miera memberitahu malik tentang apa yang dilihatnya namun malik tetap mempercayai mia dan menganggap miera hanya ingin merosakkan perhubungannya denga mia.

part yang last2 memang saya menyampah sikit. ada jugak manusia senget cam malik ni. percaya sangat kat tunang sampai tak siasat apa yang tunang buat. dah hidup2 kena tipu pun, masih nak percaya. sepatutnya bila orang bagitahu, siasatlah sebelum tuduh. sebab tak semestinya orang yang memberitahu tu, nak rosakkan hubungannya tapi mungkin kerana tidak sanggup melihat seorang kawan ditipu. dah ada bukti berserta saksi pun, si malik ni masih nak percaya lagi. konon masih setia dengan tunang. sedangkan si tunang hampeh! langsung tak hargai kejujuran dan kesetiaan malik.(bila baca part last ni, teringat kat seseorang. dia pun setia buta cam malik gak. hihihiii) tapi walau macam mana pun, kebenaran akan muncul walaupun lambat. itu pasti. tuhan akan menolong insan2 yang teraniaya.

sedikit komen, rasanya selepas malik tahu kebenaran, ending cerita ni cepat sangat. ada kisah yang tergantung bagi saya. macam mana malik boleh sedar tentang kecurangan mia. kisah rudi pun macam tergantung. nak tahu, adakah rudi dengan dania? hurm...

papepun, novel aisya sofea kali ni sangat membuai perasaan. semua perkatan yang menjadi ayat, dan di ITALIC memang indah. sangat2 puitis. ini novel pertama aisya sofea yang memang saya suka setiap ayat yang di ITALIC itu. nak tahu, kena baca. serius~! best sangat ayat2 tu:)

sinopsis belakang buku: klik sini

Mengenai Penulis Entri Ini :
puteri_kebayan juga penulis untuk blog HiKaYaT PuTeRi KeBaYaN. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Facebook. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label puteri_kebayan. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kaca Jendelan Ainnur.

5 comments:

therosputih said...

lama tak bace novel, ni yang teringin nak bace jugak nih...

maharam said...

Salam,
Dah lama juga tak baca novel cinta, kena baca semula...baru hati sentiasa berbunga-bunga bak taman

Jom baca;
Perpindahan Tempat Kuliah

humbleyat said...

same2x..lama tak baca novel..tapi baca sinopsis pun jadilah...komen puteri kebayan pun dah best hehe:-)

r.k said...

waktu bosan ghua selamba je sebat baca .. dah tak ada apa nak buat .. tapi cintan sangat tak rage la ! haha

zahidah dihaz said...

lama juga dah tak baca novel sebab asyik layan drama korea je...saya minat norzailina nordin & ramlee awang murshid....


New entry: Terima kasih kawan