Friday, January 7

Masa Hadapan Dalam Tangan Anda


Assalamualaikum...

Hari ini Si Tukang Tulis nak berkongsi sedikit tentang membuat keputusan. Pasti ramai di antara kita sering membuat pilihan atau keputusan yang susah sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain, untuk keluarga atau untuk syarikat? Kita risau sama ada pilihan atau keputusan yang dibuat membuahkan hasil ataupun menemui jalan buntu. Kita resah bila memikirkan sama ada orang lain berpuas hati atau tidak suka dengan keputusan yang kita ambil...lebih-lebih lagi bila kita menjadi ketua.


"Betulke keputusan aku ni???aku risau apa orang akan kata..."
"Bolehke buat macam ni? Takut tak jadi lak kalo buat tak ikut resipi"
"Aku dah buat keputusan tetapi kenapa aku masih tak yakin dengan keputusan yang di buat?

Situasi seperti di atas hanya contoh kecil yang Si Tukang Tulis boleh fikirkan. Memang tak dinafikan kita akan merasa risau dan resah apabila kita membuat keputusan yang akan mempengaruhi masa hadapan kita terutama dalam perkahwinan ataupun perniagaan. Walau bagaimanapun, jika kita tenggelam dalam lamunan kerisauan terhadap hasil yang akan diperoleh, kritikan, cakap-cakap belakang...maka kita hanya akan jadi orang yang biasa saja...Ya! hanya orang biasa yang tak memberi apa-apa impak kepada persekitaran!

Kita mesti tanam keyakinan bahawa kita bukan Orang yang Biasa! Si Tukang Tulis bukan orang biasa dan anda yang membaca juga bukan orang yang boleh dipandang rendah! Tapi bagaimana untuk menjadi orang yang luar biasa? Untuk merealisasikannya, kita perlu memilih 'jalan-jalan' yang belum pernah orang terokai. Atau kita upgrade 'jalan' tersebut supaya ia lebih baik dari sebelumnya.  Barulah orang lain mendapat manfaatnya. Kita juga perlu membuat keputusan dengan bijaksana dan berani melangkah melaluinya dengan pendirian yang teguh.

Sekiranya hasil keputusan atau pilihan tersebut tidak memberansangkan, jadikan ia sebagai satu lagi anak tangga untuk mencapai kejayaan. Jadikan sejarah yang lalu sebagai pengajaran dan bukan igauan ngeri yang datang menghantui kita. Kita perlu terus maju ke hadapan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Biarkan orang cakap-cakap di belakang kerana mereka hanyalah 'orang yang biasa-biasa' sahaja. Lupakan mereka kerana mereka akan lupa kegagalan dan kesilapan kita selepas kita berjaya. Jangan buang masa dengan orang yang tidak menghargai usaha kita. Tapi ingatlah mereka apabila kita berjaya kelak. Kerana mereka antara yang mendapat manfaat darinya.

Semoga bahagia :)



Mengenai Penulis Entri Ini :
Si Tukang Tulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin/Selasa/Rabu/Khamis/Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Si Tukang Tulis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.

9 comments:

therosputih said...

persoalan yang menarik...selalu tertanya2, boleh ke aku buat mcm ni, nnti apa orang kata, last2...amek je tindakan pas bincang ngan mereka yang berpengalaman...

papehal, kita yang menentukan haluan hidup kita...

zacky ~786~ said...

nice entry ..~
suke ayt terakhir nie..

"Jangan buang masa dengan orang yang tidak menghargai usaha kita. Tapi ingatlah mereka apabila kita berjaya kelak. Kerana mereka antara yang mendapat manfaat darinya"

best... :D slmt pg

FareedSairi said...

betul, tepat sekali :)

shandye. said...

keputusan peperiksaan semester lepas agar kurang memberangsangkan. mungkin sebab salah percaturan: tarik byk sangat subjek tahun akhir sumbat masuk ke tahun tiga. fyi, semester lepas aku ambil 26 jam kredit dan memang terasa agak lemas dan terkejar-kejar. makanya tak dapat nak berikan fokus kepada kesemua subjek yg diambil.

semester ni aku nk play it cool. ambil kurang daripada 20 jam kredit sahaja (sebab dah tak boleh ambil lebih sebab dah tak ada kertas yang boleh diambi! LOL!) dan nampaknya jadual kelas pun selesa. insyaAllah semester ni mahu pulun habis-habisan. aku letakkan motivasi cuti panjang hujung semester ni sebagai ganjaran untuk aku selepas aku berhempas-pulas untuk semester ni.

gambatte!!

hahahaha...

syaftome said...

hmmm...aku suka subjek nie...
n memang betul...
hidup adalah mengenai membuat percaturan...
percaturan untuk berjaya dengan pilihan yang betul...
dan tidak semestinya pilihan yang salah itu menjurus kepada kegagalan...
seandainya tidak diulangi selalu...

Life is all about choices.
and to change is a choice.
but to lead ourselves for a change is always the hardest part...

kusut said...

So, gather round I'm here to say. You'll never make everybody's day. But while you're around you might as well
Catch the tiger by it's tail

tau tak lagu ni? aku suke mesej dia..
kita takkan bleh please semua orang. so jgn takut ambik risiko

FareedSairi said...

@Shandye
Apa yang kita tak dapat tak semestinya benda tu baik untuk kita. mungkin ada yang lebih baik Allah nak berikan. Apa yang penting, berusaha dengan bersungguh-sungguh

@syaftome
yap. agree with u :)

@kusut
uih, lagu ape ni?lum penah dengar. macam best je :) btol, jgn takut ambil risiko

humbleyat said...

sebab itu perlu kita beristikharah dan beristisyarah supaya kita lebih yakin dengan keputusan yang telah dibuat kerana kita tahu Dia pasti ada di samping kita.:-)

buat keputusan perlu guna bicara akal bukan ikut hati, kerana hati itu sangat lemah..:-)

humbleyat said...
This comment has been removed by the author.