Thursday, January 20

Lelaki dalam hidupku

Powered by BannerFans.com
Assalamualaikum.
Apa khabar kawan-kawan semua? Semoga sentiasa sihat dan bahagia selalu. Dan semoga sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat oleh Allah. Hari ini terasa ingin berkongsi dengan kawan-kawan lelaki yang ada dalam hidup saya. Siapakah mereka? Mereka? Macam agak ramai bunyinya. Sememangnya lelaki dalam hidup saya bukanlah hanya seorang tetapi lebih. Dan yang pastinya bilangan mereka akan bertambah.

Yang pertama, dan pastinya tiada siapa yang dapat menggantikan beliau. Tanpa beliau tiadalah saya di muka bumi ini. Dia adalah bapa kesanyangan saya iaitu Tuan Haji Wahid. Dia membesarkan saya dengan penuh kasih sayang, memberikan pendidikan yang sempurna untuk saya sehingga berjaya bergelar siswazah, memberi segala makan pakai dan keperluan.

Sepanjang 23 tahun, tidak pernah sekalipun saya ditinggikan suara, apatah lagi untuk dipukul. Saya bersyukur kerana dianugerahkan seorang bapa yang penyayang. Dia juga seorang yang "sporting". Kalau dulu, semasa masih di zaman sekolah memang agak strick untuk keluar bersama kawan-kawan. Tapi sekarang saya bebas. Walaupun diberikan kebebasan saya menyalahgunakan kebebasan yang diberi.

Lelaki kedua dalam hidup saya hadir pada saya berusia 1 tahun. Dia adalah adik lelaki pertama saya. Nama diberi Zulhelmi. Dialah adik, dialah kawan, dari dulu sehingga sekarang. Tetapi sekarang ini selalu sahaja disalahanggap sebagai kekasih saya. Yang pastinya dia lebih tinggi dari saya. Dan mungkin juga dia kelihatan lebih matured dari saya.

Kalau biasa orang lain akan pelik dan merasa aneh melihat lelaki membaca novel ataupun menonton drama-drama korea. Tapi bagi saya itu adalah perkara biasa. Sebab adik saya ini memang suka membaca novel + menonton drama korea. Sebenarnya semua drama korea yang saya tonton saya dapat dari dia. Tidak semestinya lelaki yang membaca novel + menonton drama korea adalah lelaki lembut sebab adik saya adalah lelaki sejati. PALAPES lagi tu. Sekarang dia tengah melanjutkan pelajaran di UTM Skudai dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal Marin di tahun akhir.

Lelaki ketiga dalam hidup saya adalah adik keempat. Namanya Muhammad Hanif. Baru selesai menduduki peperiksaan SPM. Sekarang ini tengah menjalani latihan Khidmat Negara di Kem Serian. Bercerita tentang dia, dia adalah paling poyo dalam keluarga kami.

Dia sangat glamour di sekolah, di kalangan pelajar-pelajar perempuan. Boleh dikatakan seluruh sekolah mengenali dia. Dari pelajar hinggalah ke guru. Itu kerana dia adalah pelajar yang cemerlang dan dia adalah pelajar harapan sekolah. Dia boleh dikatakan sebagai "genius".

Kegemarannya menonton kartoon dan melukis kartoon. Selepas menonton dia akan melukis kartoon-kartoon tersebut. Tetapi ada satu perangainya yang agak tidak berapa elok iaitu kasanova. Perempuan keliling pinggang. Biasalah, pelajar pandai. Mesti ramai yang minat. Tetapi yang tak tahannya, dia layan semua. Kalau tengok handphonenya, kebanyakan adalah nama perempuan. Bermsg pun 24/7 tetapi semuanya dengan perempuan.

Setakat ini baru ada TIGA lelaki dalam hidup saya. Entah bila lelaki keempat, kelima, keenam dan seterusnya akan muncul. Dan terfikir juga, berapa orangkah lelaki yang akan hadir dalam hidup saya?



Mengenai Penulis Entri Ini :
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Ustaz Amirul

7 comments:

Nurul Baiti said...

seronok baca..rasa tenang je :-)

*like*

Fina Sophie said...

awwww.. apsal rasa macam entri ni comellll je ek.. hahahaha.. :)

therosputih said...

lelaki keempat coming soon...

shandye. said...

wanita pertama yang hadir dalam hidup saya: semestinya mama tersayang yang mengajar saya masam masam manis kehidupan duniawi (oh, dan juga seorang cikgu masak yang handal!)

wanita kedua yang hadir dalam hidup saya: oh, yang ini belum cukup umur hendak diklasifikasikan sebagai wanita kerana dia baru sahaja berusia 13 tahun. dia adalah adik bongsuku, satu-satunya puteri dalam keluarga. orangnya comel, petah dan banyak bertanya. kuriositinya mengagumkan dan aku bangga kerana dalam usia semuda itu dia mahu hidup berdikari di sekolah berasrama penuh. haha... tak dapat bayangkan dia basuh kasut sendiri dan gosok uniform sendiri kerana sebelum ini abang-abangnya yang sediakan semuanya untuk dia!

wanita ketiga yang hadir dalam hidup saya: sahabat paling akrab saya, SK. oh, kemungkinan besar hidupku di bumi ukm akan bosan tanpa kau yang gila-gila wahai SK! kau bakal bergraduasi tahun ini, makanya tahun akhir aku di ukm bakal sepi tanpa sesi makan malam dan mengumpat pensyarah denganmu lagi!

r.k said...

Eleh , Papales pun ada je yang lembut . aww ! hehe

jaga la tiga-tiga ni baik-baik kerana tanpa mereka hidup pasti tak sempurna . sampaikan salam yo !

humbleyat said...

setuju sgt dengan nurul baiti, rasa cool sgt bc entri ni..

jaga pahlawan tu elok2 yer zahidah:-)

zahidah dihaz said...

@nurul baiti: thank

@fina sophie: comel ke? hehehehe

@theroseputih: dalam proses mencari

@shandye: wanita yang bakal menjadi isteri??

@r.k: lembut ke gay?? insya allah saya akan jaga mereka...

@humbleyat: insya allah akan jaga elok-elok...