Monday, January 3

Kesibukan Yang Mencengkam Kita

Saya tidak pasti jika ia sesuatu yang "appropriate" untuk menulis sesuatu yang bersifat personal di blog 100Penulis ini. Tetapi saya harap entri ini tetap boleh menjadi sesuatu yang bermanfaat.

3,4 hari ini saya "menderita" kesibukan yang melampau. Apabila sibuk kita mula merindu masa-masa lapang yang kita pernah lalui. Tetapi apabila terlalu banyak lapang pula kita tidak tahu apa perlu dilakukan untuk mengisi masa-masa itu yang akhirnya terbuang begitu sahaja.

Saya sibuk menguruskan urusan memindahkan barang ke rumah sewa yang baru. Semester baru akan bermula. Ya saya sibuk, tetapi saya tidak akan lupa komitmen kepada blog 100Penulis ini. Ah, saya pun baru menulis 2 entri untuk blog ini dan perjalanan bersama blog ini, saya percaya, masih panjang lagi.

Mengurus masa itu bukan perkara mudah. Lebih susah untuk mengurus masa antara dunia ini dan dunia satu lagi. Malah ramai orang lupa tentang dunia satu lagi. Yang lebih teruk ada yang tidak percaya dengan dunia yang satu lagi itu. Pengurusan masa terpenting ialah bagaimana untuk memastikan kita punya masa untuk mempersiapkan diri berjumpa Dia nanti.

Saya tau entri ini nada nya serius dan ramai orang tidak suka perkara bernada serius kerana bagi kebanyakan orang mengapa mahu serius sedangkan kita punya banyak masa untuk bersuka-suka. Ya, itu pun kalau kita punya banyak masa. Bagaimana jika kita sebenarnya sudah kesuntukan masa.

Masa pergi laju sekali dan ia tidak memandang ke belakang dan dia tidak akan memberitahu kamu yang dia akan pergi dengan laju. Masa, masa, masa dan kita berjalan menuju ke penghujung masa kita. Soalnya BERSEDIAKAH kita?


Mengenai Penulis Entri Ini :
Fyzal juga penulis untuk blog Fyzal's Territory Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fyzal. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Walaupun Baru 3-4 Hari, Sudah Rindu Pada Dunia Blog

8 comments:

therosputih said...

entry ni mengingatkan diri ini juga...sama2 kita kejar dunia ini dan dunia sana...insyaallah...

selamat memulakan sem baru...

Fyzal said...

@therosputih
insyaAllah. kita org muda ni kadang2 lambat sikit mahu beljar dan insaf. tetapi lebih baik lmbt2 daripada tidak langsung :)

shandye. said...

pejam celik, pejam celik...
dah masuk 4 januari.

tutorial hari jumaat lepas masih belum dibereskan.

masih terkebil-kebil tengok soalan.

ya, semester ini, walaupun jam kredit sejemput, subjek2nya semuanya membunuh!

selamat maju jaya good luck utk tahun baru semua!

Fyzal said...

@shandye
beginilah kita student2 U.. hehehe. tapi perjuangan tetap mesti diteruskan. saya juga semester ni barangkali kelas sampai ke malam.

anyss said...

Salam,
Belum terlambat untuk ucapkan selamat datang n join 100 penulis.

Fyzal baru je sibuk 3-4 hari, saya dah sibuk sejak awal tahun lepas lagi dengan kemuncaknya bulan disimber lepas. Jadi, bijak-bijakkan diri uruskan masa.

Selagi kita tak sibuk, lagi tu suka tangguh kerja kan? itu hikmahnya sibuk. lain kali, boleh buat terus apa yang perlu disiapkan tanpa tangguh sebab risau tak sempat buat bila musim sibuk tu datang ;)

Selamat jalani sem baru


Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornagrafi

Rabia Sensei said...

Ya, kamu memang serius tapi saya suka. Keep it comin' bro!

I Forgive You, Karam Singh Walia

Fina Sophie said...

i love hectic life. kalo awak dah terbiasa life mcm tu, bila dah hbs campus life nti sure rindu punya. ;)

humbleyat said...

teringat surah Al-'asr= demi masa..