Sunday, January 30

Keinginan Zaman Kanak-Kanak


Zaman kanak-kanak adalah zaman paling ringan dalam hidup. Gua rasa macam tu la. Masalah utama bagi seorang kanak-kanak hanyalah mainan.

Gua rasa terimbau sedikit sebanyak zaman kanak-kanak gua.

Kali ini gua lebih tekankan kepada material yang gua inginkan ketika gua kanak-kanak dahulu.

  1. Basikal
  2. Kereta Dash (gua senyap-senyap beli sendiri pakai duit raya)
  3. Gasing
  4. Layang-layang
  5. Model aksi Ultraman (ni gua tak dapat, bapak gua marah gua pasal barang ini mahal waktu tu.. tahun 1993 or 1994 harga patung ni dah mencecah RM25.. kalau sekarang tak tahu gua)
  6. Jam tangan yang boleh bercakap
  7. Baju ada gambar Thundercats
  8. Mercun (gua selalu tak dapat kecuali gua pergi black market rumah kawan gua.. bapak gua memang tak kasi main mercun dia kata, "jangan meniru adat kaum bukan Islam".)
  9. Kereta control (gua main kawan-kawan punya je)
  10. Kasut yang ada lampu kat tumit
  11. Pistol mainan yang ada kertas belerang warna merah
  12. Glider yang bentuk kapal terbang Perang Dunia Ke-2
  13. Boomerang plastik
  14. dan banyak lagi


Tiada satu pun yang bikin heavy kat kepala bila jadi kanak-kanak. Semua perkara yang gembira. Tiada fikir tentang pinjaman bank, tiada fikir tentang keganasan bos yang tidak mengenal erti kehidupan, tiada tugasan, tiada fikir mengenai menukar minyak hitam, tiada fikir mengenai kekasih, tiada fikir mengenai fesyen rambut, tiada masalah.

Dan gua berharap orang dewasa juga perlu cari jalan hilangkan tekanan yang wujud bemula disebabkan ada sistem yang mengarut di sekeliling kita. Kasta, wang kertas, fesyen, bank, bunga pinjaman, rokok, kenderaan bermotor, makanan mahal, dan penghawa dingin. Semua itu yang telah membutakan kehidupan kita. Apa kanak-kanak kenal erti prejudis? Apa kita tidak pernah jadi kanak-kanak?  Cukup-cukup la jadi orang dewasa yang angkuh. Semua orang di dunia sekarang angkuh, Presiden angkuh, driver angkuh, operator angkuh, fotografer angkuh, penjual kereta angkuh, tukang sapu angkuh, sehingga wujud pak imam yang angkuh. Teruk. Gua tak mahu duduk diam lihat saja. Celaka la kalau gua demikian.

Tiada salah jika kita berfikir cara kanak-kanak berifikir. Sekali sekala.



p/s: Sedikit quote dari filem Trainspotting  lakonan Ewan McGregor yang gua masih terngiang-ngiang:

Choose Life. Choose a job. Choose a career. Choose a family. Choose a fucking big television, choose washing machines, cars, compact disc players and electrical tin openers. Choose good health, low cholesterol, and dental insurance. Choose fixed interest mortgage repayments. Choose a starter home. Choose your friends. Choose leisurewear and matching luggage. Choose a three-piece suit on hire purchase in a range of fucking fabrics. Choose DIY and wondering who the fuck you are on Sunday morning. Choose sitting on that couch watching mind-numbing, spirit-crushing game shows, stuffing fucking junk food into your mouth. Choose rotting away at the end of it all, pissing your last in a miserable home, nothing more than an embarrassment to the selfish, fucked up brats you spawned to replace yourselves. Choose your future. Choose life... But why would I want to do a thing like that? I chose not to choose life. I chose somethin' else. And the reasons? There are no reasons. Who needs reasons when you've got heroin?
-Mark Renton






Mengenai Penulis Entri Ini :
Pert Doherty juga penulis untuk blog Otak dan Jantung. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label PERT DOHERTY. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah LomograPERT: 1st Fisheye One trial.

4 comments:

kusut said...

oh yes bile pikirkan pasal hidup memang boleh buat mood hilang dan menjadik depressed. and future yg tak certain tak membantu lah

i hope that thinking-abt-all-the-good things-in-life-and-all-the-person-important-to-me trick will still make life feel worthwhile lah.

dan jugak.. stay off drugs!

humbleyat said...

suka part, kdg2 kita perlu berfikiran kanak2 means sentiasa ceria dan boleh awet muda hehe:-)

chenta said...

selalu berharap mempunyai kehidupan seperti kanak2 yg tidak perlu berfikir semuanya..hahahah

mohd zaid said...

ye gak kan..jadi kanak2 happy,,ble buat salah org akan kata "biasalah 2 kanak2,,,dosa pon x der