Monday, January 17

Kalau Otak Manusia Ibarat Komputer

Kalau otak manusia ibarat komputer, pastinya kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik.
Lebih sempurna. Betulkah begitu? Mari lihat.

Kalau otak manusia ibarat komputer, pastinya otak kita terdiri daripada perisian(software) dan perkakasan(hardware) komputer. Dan pastinya kita boleh masukkan apa sahaja "program" di dalam minda kita. Jika anda minat memasak, dengan hanya satu klik sahaja, beribu-ribu resipi malah berjuta-juta ramuan dapat disimpan di dalam otak kita. Jika kita minat menari, dengan hanya satu klik sahaja, otak dan minda kita boleh disetkan untuk menentukan tindakan refleks terhadap seluruh tubuh badan kita untuk bergerak dan menari seterusnya. Dan jika berpendapat bahawa kita ada bakat dalam nyanyian, dengan hanya satu klik sahaja, pastinya tiada apa yang berlaku. ^_^ Kerana ia terpulang kepada kemerduan dan alunan suara kita. Melainkan kita menukar peti suara, ia mungkin akan berhasil. Kesimpulannya di sini, dengan kelebihan ini, semuanya pasti akan menjadi mudah. Siapa yang hendak pergi ke kelas? Jika semuanya dapat dipelajari dalam masa beberapa saat sahaja.

Kalau otak manusia ibarat komputer, pastinya semua bibit-bibit memori dapat diakses dengan mudah. Pastinya apabila kita berjumpa seseorang, semua informasi mengenai mereka dapat disimpan di dalam minda. Nama dan wajah mereka. Nombor atau alamat juga pasti mudah untuk diingati. Dengan itu, kemudian harinya, pasti mudah untuk kita mengingat kembali mereka. Walaupun begitu, kadangkala pasti ada kita terfikir untuk melupakan memori silam. Kenangan pahit yang menghantui sehingga kini. Dengan adanya sistem yang mudah, memori tersebut dapat diakses dan dipadamkan buat selamanya. Supaya hidup dapat diteruskan tanpa imbauan kembali sebarang salah dan silap di masa lampau. Dengan menggunakan teknik yang sama, perlajuan salah para banduan dapat dihapuskan dari ingatan memori mereka untuk mengelakkannya daripada berlaku pada masa akan datang. Bukankah ini bagus untuk mereka mulakan hidup mereka kembali dengan peluang kedua?

Namun begitu, dalam hidup, seperti mana yang kita lalui sekarang ini, tiada perkara yang mudah dan sempurna. Semuanya rumit dan menyusahkan. Dalam kes ini, sebagaimana minda dapat dimanipulasi ke arah kebaikan, ia juga akan dapat digunakan untuk menuju ke destinasi kemusnahan dan kehancuran. Untuk itu, apabila manusia dapat diprogram untuk mengendalikan apa-apa jenis senjata dan ilmu mempertahankan diri, ianya pasti akan membawa kesan buruk kepada alam sejagat. Peperangan di sana sini dan semestinya keamanan dan harmoni tidak akan mungkin dapat digenggam sepertimana kini. Dalam konteks pembelajaran, apabila manusia boleh diprogram begitu sahaja, manusia tidak akan dapat belajar salah satu perkara penting dalam pelajaran. Yakni kepentingan untuk merasai susah, penat dan peritnya usaha dalam menguasai satu-satu ilmu pengetahuan itu. Dan manusia juga tidak mungkin akan dapat merasai kepayahan dan kesusahan yang dialami untuk membentuk sebuah negara yang aman dan  merdeka, yang didorong dengan semangat perpaduan dan kerjasama.

Lebih-lebih lagi, manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Andainya memori yang salah dihapuskan, dimana ingatan yang bagus dihapuskan, dan bukannya memori silam yang menyakitkan, pastinya ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada orang tersebut. Dalam hal ini, apabila ingatan tersebut telah dihapuskan untuk selamanya, pastinya tiada cara yang dapat digunakan untuk mengembalikannya kepada ruang minda kita.

Di sinilah masanya, ingin saya nyatakan betapa indahnya minda manusia yang sebegitu indah dicipta oleh Tuhan. Ianya begitu mudah rapuh, tetapi dalam masa yang sama, ianya juga amat penting dan berkuasa dalam segala aktiviti manusia. Ini kerana ia berfungsi dalam menentukan suatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Ianya juga menentukan segala pergerakan dan cara pemikiran kita. Percaya atau tidak, segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi selama ini pastinya tersimpan di segenap ruang dalam otak kita, biarpun masih lagi banyak tempat kosong untuk diisi.

Jadi, disini, jika otak manusia ibarat komputer, dan anda berkeupayaan untuk mengubah segala memori silam anda dengan hanya satu klik sahaja, adakah anda akan melakukannya? Ambil masa sejenak, sebelum muncul dengan jawapan.

syaftome
"pastinya tidak akan ubah memori silam walau sedikit sekalipun"


Mengenai Penulis Entri Ini :
syaftome juga penulis untuk blog Tour of My Existence. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label syaftome. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Pāto 30 ~ Nadya Bubble Give Away.

9 comments:

therosputih said...

taknak ubah!!biarlah seadanya, pahit ke, payau ke, masin ke...biarlah...

syaftome said...

baguslah tue...
ada jgak orang yg sama pendapat dengan aku rupanya... Heeee....

kusut said...

heh. kesilapan tu yg mematangkan fikiran. kalau semua memori pahit tu dibuang, jadilah dia sorang yg super tak matang. lagi teruk, tak matang tapi banyak pengetahuan. pasti annoying.

bayangkan kalau semua manusia mcm tu. eh.. dah takde lagi lah humanity kan?

syaftome said...

that is so true...
if that's so,
human will be call as robots... :)

chenta said...

bila kerja dgn komputer ni, langsung tak terasa nak jadi komputer!

syaftome said...

memang pun...
kalau dah sumer jd komputer...sapa nak jd orang...
yang buat komputer...:)

anyss said...

Salam,
tak mau jadi komputer...kena virus! hu hu hu

Jom join;
Kontes Cerita Paling Lawak sedunia

r.k said...

jika kita delete memori silam , dari mina kita kan dapat memori kesusahan dan kepayahan . memories are something we cant buy . :) tetiba ghua terasa jiwang . XD

humbleyat said...

tak naklah jadi computer, takde perasaan la plak nanti huk2..

yg penting sy tak nak klik memori silam tu.sayang sgt, walaupun ia sgt tak best:-)