Friday, January 21

Jangan dijolok sarang tebuan .


Rohidin menarik dalam asap rokok daunnya . Dari celahan tingkap biliknya dia melihat jauh kelangit , memerhati gelap yang dihurung bintang . Tiada sedikit pun riak gusar di wajahnya . Hinggar suasana di ruang bawah rumahnya . Teman-teman rumah sewaannya sedang galak berkaraoke walaupun malam sudah terheret ke pagi . Rohidin menuruni anak tangga perlahan dan meyertai teman-temannya membuat bising tanpa menghiraukan tindakan tersebut akan mengganggu penduduk lain yang sama-sama menetap di flat kediamannya .


Pagi ini tugas Rohidin untuk membawa sampah rumahnya ke kawasan sampah yang disediakan . Dengan wajah yang yakin Rohidin melangkah keluar untuk ke tempat kerjanya sambil membawa bungkusan sampah . Sampai di kawasan parkir motor , Rohidin tanpa rasa bersalah melempar bungkusan tersebut di satu penjuru . Perasaan malasnya diagungkan tanpa menghiraukan kesan dari pembuangan sampah tersebut . " Ah , sudah tiga tahun ghua disini , Tiada apa yang perlu ditakutkan . " Bentak hatinya .

Malamnya , Rohidin dan teman-temannya sedang menuruni anak tangga flat untuk turun menjamu selera . Jika tidak bersembang dengan nada yang kuat , bukan Rohidin lah namanya . Satu suara menegur mereka supaya memperlahankan sedikit suara . Rohidin yang merasa berang dengan teguran itu telah berkonfrontasi dengan empunya suara terbabit . Dengan tiada riak wajah takut Rohidin membentak dan menunjukkan samsengnya . Mujur empunya suara tersebut berada di dalam rumah , jika tidak tak tahu apa nasib gadis comel tersebut . Penghuni-penghuni lain yang dikejutkan dengan bentakan Rohidin hanya melihat dari dalam rumah  .

Semenjak dari peristiwa itu , Rohidin bertambah berani . Ada saja masa terlapang , dia akan membuang angin tayar motor yang dipilih secara rawak . Setiap hari pasti ada saja sungutan yang kedengaran . Malah ada juga yang memasang hasrat untuk membelasah empunya angkara . Tetapi Rohidin lebih bijak untuk membuat kerenah tanpa disedari .

Semakin hari , perangai Rohidin makin menjadi . Kini dia mula mengambil tanpa rela komponen-komponen motorsikal penghuni lain . Kadang-kadang ada yang hilang cermin sisi , kabel brek , lampu signal , lampu brek , malah ada juga yang kehilangan no plat . Hasil aktivitinya pula hanya disimpan tanpa dibuat apa-apa . Rohidin sekadar ingin suka-suka . 

Teman-temannya yang bimbang dengan kelakuan Rohidin yang menjadi-jadi sering menasihatinya supaya berhenti melakukan kerja-kerja tak senonoh tersebut . Rohidin hanya membidas yakin dan padu , " tak puas hati marilah cari ghua . Biar ghua tunjuk siapa Rohidin ! " .

Seberapa lama melakukan aktiviti mengenakan orang lain secara rawak , Rohidin kini lebih fokus . Sesiapa saja yang beliau rasa melanggar peraturan ciptaannya akan menjadi mangsa . Hari ini , sampah akan dibuang di bakul motor , esoknya pula tayar belakang pancit , lusa pula sampah kembali dibuang di bakul motor dan hari seterusnya komponen-kompenen mula hilang . Rohidin melakukan kerja dengan begitu tersusun . 

*******

Rohidin bergegas menuruni anak tangga . Dia sudah lambat untuk ke kerja . Sampai saja di motornya , Rohidin lihat ada sebuah bungkusan sampah yang berair dan berulat didalam bakul motornya . " Celaka ! " Bentak hatinya tetapi segera dilupakan kerana dia perlu segera ke pejabat . Bungkusan tadi diangkat dan dilemparkan bersahaja .

Rohidin membuka kunci motornya dan menekan brek kaki . Sreeet ! . Kakinya terguris oleh besi yang terkeluar . Brek kakinya telah hilang . " Celaka Celaka ! " Kali ini Rohidin benar-benar memaki hamun . " Tak pa , brek tangan ada lagi . " Pujuk Rohidin kepada dirinya .

Enjin dihidupkan dan pencekik minyak dipulas , motornya dirasa hilang kawalan . Rohidin memandang ke arah tayar depan dan belakangnya . Kedua-duanya tiada angin . Rohidin mencapai telefon bimbit dari saku seluarnya dan mendail nombor pejabat menyatakan beliau tidak dapat datang kerja hari ini . Akibatnya mudah , gaji bersih Rohidin di potong 10 peratus .

Kejadian tersebut betul-betul membuatkan Rohidin berang . Hatinya kerap kali mengulang kata-kata bak pendekar bahawa betapa beraninya orang lain membuat perkara tersebut kapada dirinya . Mereka tak kenal siapa Rohidin ! 

*******

Serpihan mayat pemuda terbabit masih dicari . Sebahagiannya sudah dibawa ke makmal siasatan untuk disatukan . DNA yang diperiksa sah milik Rohidin . Kecoh satu Malaysia tentang pembunuhan kejam ala penjajah . Tubuh seorang pemuda dicincang-cincang dan dicampakkan ke lima lokasi berasingan . Di setiap lokasi pula disertakan kad yang menunjukkan 2 lokasi yang lain . Seperti mencari harta karun , cuma hartanya adalah serpihan daging yang busuk dan dihurung pelbagai serangga .

Di kad itu juga terlukis karikatur seorang orang tua berkain pelikat kotak-kotak sedang tersenyum yang berkata , " Jangan dijolok sarang tebuan ! "

Cerita berterabur , ayat pun tunggang-langgang .. lama tak menulis , macama ni lah . XD enjoice !

Mengenai Penulis Entri Ini :
jack 'r.k' raven
r.k juga penulis untuk blog Separuh Hayat. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label r.k. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Morty-bus : kaedah 'lu kena' yang betul.

7 comments:

therosputih said...

wow...god job...best bace entry nih...

pasni takmo carik pasal ngan sesape dah, nak duk senyap2 je...

syafiqsulaiman said...

pandai buat cerita ar..
klo asah lagi ni..

memang bleh pegi jaoh..

100penulis said...

whoa thriller nih.. hukum karma.. bt jahat dpt balik jahatnya

r.k said...

therosputih : orang tak kacau kita , kita jangan kacau orang .. :)

syafiqsulaiman : thanx for reading and dropping comments mate . boleh pegi jauh sampai mana tu ? XD

Admin : Kalau dah kepala batu sangat , balasannya macamtu lah . Jangan diganggu orang yang tak menggangu kita . :)

humbleyat said...

wah, ending yg menarik dan lain dr lain..best sgt:-)

shandye. said...

pembunuh tu mesti seorang pelukis sambilan yang suka lepak kat chow kit, kan?

sila sambung! best ni kalau ada sekuelnya...

r.k said...

humbleyat : ending kena extravaganza . XD

shandye : sambung ? tak kot , semua cerekanyawa ghua yang ada kat 100p ni semuanya satu episod je . macam siri Kisah Benar (credit:tv3).
sebab satu episod , satu (dua secara tersirat) pegajaran yang ghua letakkan .
..lagipun , watak UTAMA , Rohidin dah mati . nak sambung apa lagi , ye dak . XD XD XD

dan , oh ye . pembunuh tu bukan seorang pelukis sambilan yang suka lepak kat chowkit .