Wednesday, January 26

Jangan Buat Boifren Korang Marah (+__+")










Salam...hai korang!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ehem....ehem....pernah tak korang tetiba je kena marah ngan boifren korang? Soalan-soalan yang mencabar kewibawaan diorang yang selalunya membuatkan diorang melenting dan marah. Korang boleh bertanya tapi elakkan lima soalan macam kat bawah ni:




  • "Sayang, adakah sayang pernah tertarik dengan gadis lain?"

Nasihat: Jangan sesekali tanya soalan macam ni...takut nanti boifren korang tu betul-betul cari yang lain. Kan ke cari susah namanya tu!

Si Dia: "Hek'eleh....takkan tanya pun tak boleh....setia sangat la tu!"


  • "Sayang, apa pendapat sayang tentang hubungan kita?"

Nasihat: Lelaki memang tak suka dipaksa atau didesak. Walaupun korang gemar memikirkan status hubungan korang dengan dia....boifren tak suka bercakap mengenai perkahwinan lebih-lebih lagi jika hubungan tu baru berputik.

Si Dia: "Kot baru berputik tu boleh la I terima tapi ni separuh abad menunggu nak suruh we all jadi andartu ke?"


  • "Kenapa sayang putuskan hubungan dengan teman wanita yang dulu?"

Nasihat: Jangan sesekali lakukan ini kerana ia akan menimbulkan satu perasaan kurang senang terhadap dirinya dan silap-silap dengan korang pun lepas tu dia putuskan hubungan.

Si Dia: "Orang tanya jawab je la...mana tau kot we all yang perempuan ni boleh perbaiki diri"


  • "Apa yang sedang sayang fikirkan"

Nasihat: Wanita selalu berpendapat bahawa lelaki hanya akan memikirkan tentang diorang apabila berada di tempat tidur. Itu silap, sebenarnya lelaki tidak akan menunjukkan sikapnya pada korang biarpun boifren korang tu memikirkan tentang korang setiap masa.

Si Dia: "Nak kelas apa ye diorang ni? Haa...ego la tu."


  • "Sayang sering bersama kawan-kawan dan tidak pernah fikirkan tentang saya?"

Nasihat: Sesetengah wanita suka mengongkong boifren diorang. Jika boleh diorang ingin tahu apakah yang dilakukan oleh boifren diorang setiap saat. Ini akan membuatkan boifren korang rimas dengan korang. Apa salahnya beri sedikit kebebasan.

Si Dia: "Abis tu yang dia dok kongkong we all macam mana pulak? Haa...jawab le"



Kesimpulan:

Percaya antara satu sama lain tu penting. Tapi jangan la khianati kepercayaan tu pulak. (Betul ke apa yang aku simpulkan ni? Ahh..lantak la...bye korang...ekeke) :p


Mengenai Penulis Entri Ini :
Azrul Hisham juga penulis untuk blog Azrul Hisham - My Real Life. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label azrul hisham. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Motor Kapcai Dibaiki | Selamat Tinggal Ku Ucapkan.

8 comments:

una berry said...

kadang2 bila terlalu percaya, kepercayaan tu dikhianati pula. so it depends la kan

therosputih said...

a'ah, betul...setuju ngan entry ni...selalu kena marah ngan si dia bila aju soklan2 mcm ni...adeh...tp nasib la tak marah betul2, cuma nampak la ketidakselesaan dia di situ...

ezzu said...

btol3...kepada perempuan2 yg kat luor tu ikut lh nasihat yg nie...bgus jgak tu...hehehe

Clarky Afif said...

dan aku pun tak suka kalau ditanya mcm tu. hm.

Aziah said...

soklan yang merimaskan

kusut said...

betul tak kalau aku kata..
perempuan, kadang2 bila diorang tanya benda2 camtu bukan sebab syak wasangka buruk atau apa. tapi nak bermanja and nak dengar kata2 mcm tu keluar dr mulut pasangan dia

mungkin aku tak betul. tapi skarang ni kalau kena tanye camtu. walaupun sikit rimas, aku selalu pikir cam tadi la.

Cik Safiey said...

lelaki kan ego...tol x

chenta said...

setuju dengan kusut!weols tanya sbb nak bermanja dan perhatian je la..hehehe