Sunday, January 30

Jalan-Jalan di Bangladesh?

Assalamualaikum. Entri ini akan menjadi panjang. Sila bersedia fizikal dan mental untuk berdepan dengannya.


Bulan Disember 2010 lepas, aku terlepas untuk terbitkan artikel di beberapa kali. Bulan paling penat untuk tahun itu. Lompat sana sini…akhirnya landing di Dhaka, Bangladesh. Bangladesh? hu hu hu selama ni kita hanya tengok berapa ramai warga negara ini bersepah di tempat kita. Pernah tak terfikir untuk tahu macam mana rupanya negara mereka?

Untuk pengetahuan semua, bandaraya Dhaka dihuni oleh 24 juta penduduk, lebih kurang sama macam penduduk Malaysia, dengan jumlah penduduk keseluruhan negara ini adalah 150 juta orang. Negaranya kecil, tetapi penduduknya sangat padat (paling padat di dunia). Kejutan demi kejutan aku terima sepanjang perjalanan dan tiga hari berada di tengah negara terpenuh manusia ini. Seawal dalam penerbangan, macam-macam pengalaman baru aku jumpa.

Sebahagian besar penumpangnya perlu dibantu untuk duduk di bangku yang betul. Suasana memang bingit sebab mereka ini bercakap menggunakan speaker bervolume tinggi macam dalam filem Hindi…Oppppssss! Tukar! Bukan Hindi, tapi Tamil. Usah ditanya apa hidung anda akan nikmati aromanya. Macam-macam bau ada. Nasib baik pramugari Airasia yang comel-comel tu, bila sesekali melintas memberikan aroma yang agak menyegarkan hidung. Pengalaman luar biasa dalam penerbangan tersebut anda boleh baca di Penerbangan Ke Dhaka, Bangladesh.

Sebelum mendarat, kabin akan disembur dengan sejenis cecair atas arahan lapangan terbang tempatan. Kalau tak sembur, tidak akan dibenarkan mendarat. Jejak sahaja di lapangan terbang, kami dihurung nyamuk. Pelik awalnya, bukan ada hutan keliling lapangan terbang tu.

Di Dhaka, semua kenderaan pengangkutan awam tersangat uzur. Basnya bukan sahaja pudar atau tanpa warna, tetapi juga penuh dengan kesan kemek dan calar seperi tin biskut yang sudah terlalu banyak kali dikemekkan, kemudian dibetulkan semula. Selagi boleh bergerak, tetap digunakan. Begitu juga teksi. Hanya sekali sahaja nampak teksi paling cantik di sini (sama seperti teksi paling tak cantik di Malaysia), selebihnya teksi di sini umpama kereta Tiara yang hampir roboh.








Malam itu kami keluar sekejab ke jalan raya yang terletak 100 meter di hadapan hotel. Nak tengok suasananya macam mana. Kalau siang, penuh dan sesak dengan segala macam kenderaan (macam-macam ada. Kalau nak tengok benda-benda pelik, datanglah ke sini. Ada lori kecil telah diubahsuai menjadi bas mini, ada juga kenderaan angkut barang yang turut sama mengangkut orang. Materialnya diperbuat daripada builuh kecuali tayar.

Bila malam, jalan lengang sedidit dengan kereta, bas dan kenderaan besar, tetapi masih meriah dengan beca, tut-tut dan segala macam kenderaan yang kecil. Walaupun kecil, laju pulak tu (termasuk yang tarik menggunakan orang seperti di atas). Laju semuanya. Orang yang menarik kenderaan itu pula berkaki ayam. Bayangkanlah kalau berkaki ayam di atas jalan raya...tapak kakinya tentu dah tebal. Tak rasa sakit lagi. Baca selanjutnya tentang Dhaka: Padat, Sesak, Penuh.

Jam 9 pagi esoknya, kami turun ke bawah dan jalan-jalan ke sekitar mencari sarapan. Kedai-kedai masih tutup. Jalan raya masih lengang. Yang banyak lalu lalang adalah tut-tut, beca dan kenderaan kecil yang lain memunggah barang-barang ke pasar. Kalau tengok sayur dan buah yang mereka angkut, huh! Rasa nak angkut bawa balik Malaysia sahaja. Besar. Segar.

Kami naik tut-tut ke pusat beli belah di bandar. Kalau naik teksi, lambat sampai. Tambangnya 1000 taka sahaja. Maknanya hanya 50 sen. Huh! Macam hidup tahun 80-an sahaja.

Pusat beli belah ini ada kawalan keselamatan yang ketat. Kena scan badan segala, macam kat airport tu. Aku punya handbeg ciput beli masa potongan harga 70% tu pun nak digeledahnya (macam tak logik je...nak mintak angpaulah tu!). Nasib baik kami bawa pekerja hotel yang sangat suka mengulangi ayat “have a problem, please call me...24 hour” huh! Dia punya motto tu diulang-ulang hingga kami pun dah hafal. Asal sahaja dia sebut “have a problem...”Kami pun terus sambung ayat dia hu hu huhu...entah berapa ratus kali dia sebut. Ikuti suasana beli belah kami di Bangladesh di entri Beli Belah Sakan di Tengah Dhaka.

Saree untuk pengantin
Model sukarela


Kami juga berpeluang untuk jalan-jalan dan menjelajah kesesakan kota Dhaka. Tempat pertama kami pergi adalah Kubu Merah, seterusnya ke bangunan parlimen. Kami sempat bersarapan di restoren yang dianggap mewah di Dhaka, tetapi suasananya dan keselesaannya macam kedai mamak di Malaysia. Seterusnya kami singgah seketika di bazar yang lebih murah harganya berbanding di kompleks beli belah yang pernah kami pergi. Namun, disebabkan sudah kehabisan Taka dan suasana yang sangat padat, kami hanya berada di sana selama beberapa minit sahaja. Sangat sesak. Pengalaman berkenaan saya titipkan dalam entri Jalan-jalan Keliling Dhaka.
Bangunan parlimen
Makan pagi di restoren mewah
Bazar yang sesak...nak masukpun payah!

Banyak perkara yang aku belajar sepanjang berada di Dhaka. Antaranya, hidup kita di Malaysia sangat beruntung dengan segala kemudahan yang ada. Golongan wanita mendapat hak yang sama dengan lelaki dalam pelbagai perkara termasuk mendapat pendidikan dan berkerja. Status sosial wanita di negara kita juga berada pada tahap yang membanggakan. melihat kekurang orang lain, dapat dirasakan betapa bertuahnya diri. Orang kata Melihat dengan Hati.

Kat sana juga aku rasa aku telah menjadi antara wanita yang cantik. perasan kan? apa-apalah, asalkan aku berpeluang untuk jadi wanita cantik itu kerana Bukan Selalu Jadi Perempuan Cantik.

Banyak perkara menarik yang boleh kita lihat bila berada di tempat orang. Menginsafkan. Membuat kita faham mengapa mereka mampu bertahan walaupun kerja keras di negara kita kerana di negara mereka, mereka perlu berusaha sangat lebih keras dengan pendapatan yang tidak seberapa. Lalunya, bersyukurlah dengan segala apa yang kita ada. Nak tahu dengan lebih terperinci tentang perjalanan kembara istimewa ini, silalah ke Saat Kau Sentuh Hatiku. Banyak perkara tidak dicatat di sini ada di sana kerana entrinya sangat terhad di sini. Percayalah…hatiku memang tersentuh sepanjang berada di sana.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Anyss juga penulis untuk blog Saat Kau Sentuh Hatiku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Anyss. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Mek, Bukan Tak Nak Balik Cuti Raya Cina Nanti

4 comments:

therosputih said...

besnye cari pengalaman di tempat orang...

nzayanah soulmate said...

kene apply visa ke ?

mysmallgarden said...

nzayanah, kena apply visa. Yang nak tergelak dlm visa tu ada tulis ' tidak dibenarkan bekerja'. Husband saya kata siapalah nak minta kerja kat Bangladesh, dia pergi sana atas urusan kerja.

zubzeera said...

Mcmmne n kat mne nk apply visa ? Berapa RM? Berapa hati dpt visa ... Terima kasih