Sunday, January 16

Isu Halal di Malaysia


Isu ini saya kaji untuk subjek Independent Studies di UiTM dan menggabungkan halal dengan kebersihan makanan dan kualiti makanan. Tak dinafikan kesedaran tentang isu halal di kalangan Muslim Malaysia sudah meningkat. Tapi masih ada lagi yang keliru atau mungkin tidak tahu apa kriteria sesuatu makanan itu untuk mendapat status halal.

Ramai yang masih menanamkan mentaliti “Tak mengandungi khinzir, boleh dimakan” jadi mereka masih rasa senang untuk makan di restoran non-muslim. Tak keterlaluan jika aku katakan mereka ini pathetic, dan perlu difahamkan lagi tentang halal.

Dibawah Perinta Perihal Dagangan (Akta Perlabelan Halal) 1972 dinyatakan bahawa ‘Halal’ merujuk kepada makanan yang:
  1. Bukan binatang atau bahagian binatang yang tidak dibolehkan dari segi syarak, serta perlu disembelih dengan cara yang mengikut syarak.
  2. Diproses menggunakan peralatan dan perkakas yang bersih serta tidak digunakan untuk memproses makanan yang tidak dobolehkan mengikut syarak
  3. Tidak mengandungi bahan tambahan yang tidak dibenarkan mengikut syarak
  4. Tidak disimpan atau dihidangkan bersama atau dekat dengan makanan yang tidak diblehkan mengikut syarak.

Sedihnya banyak pengilang makanan yang mendapat sijil halal melalui pemeriksaan yang bagai melepaskan batuk di tangga. Penguatkuasaan untuk sijil halal di Malaysia adalam lemah jika berbanding dengan penguatkuasaan sijil Kosher di mana rabbi yang membuat pemeriksaan akan memantau selama beberapa hari proses pengilangan makanan dari langkah pertama sehingga produk makanan itu dimasukkan ke dalam lori untuk tujuan penghantaran.

Lebih membuatkan kita sebagai Muslim terkejut lagi ialah dengan kajian beberapa pihak yang membuktikan makanan da bahan kegunaan harian kita kebanyakannya mengandungi produk khinzir. Bila dibelek nampak status halal. Waktu saya membuat latihan industri di sebuah hospital swasta di Ampang ada saya bertanya kenapa mereka tak mendapatkan status halal untuk dapur. Kata mereka untuk mendapat status halal ialah amat rumit sebenarnya kerana setiap bahan walaupun seremeh garam dan gula haruslah dalam keadaan halal ‘dari ladang hingga ke pinggan’.

Rasionalnya Islam menghalalkan atau mengharamkan sesuatu makanan ialah kerana faktor-faktor kesihatan fizikal serta rohani. Halal itu sendiri bersih, suci dan menyihatkan. Jadi kenapa Malaysia masih gagal melaksanakan penguatuasaan status halal?

Education. Pelajaran dan pengetahuan. Penguatkuasa sijil halal harus pakar dalam dua bidang iaitu syarak dan bidang pemakanan. Kalau tahu agama saja tapi tak tahu gelatin itu dari sumer mana, tak lengkaplah ‘tools’ anda sebagai seseorang yang bertanggungjawab memberikan status halal, dan sebaliknya.

Tanggungjawab itu besar, tapi ramai yang tak guna seeloknya. Haih!


Mengenai Penulis Entri Ini :
Clarky Afif juga penulis untuk blog Naked Eccentricity. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Clarky Afif. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Speaking Broken London: What Is This Bingka Ubi Doing In My Plate?.

8 comments:

therosputih said...

isu yang menarik...

kalu ada logo halal, tapi sebenarnya tak halal, itu sangat2 dikesali, sebab mcm mana nak tau tak halal, perlunya masyarakat berilmu zaman ni...

clarky said...

@therosputih: betul, sekarang banyak betul logo halal palsu! hemph!

nn said...

kengkadang faktor corruption juga kot. pegawai jakim tu sendiri yang buat kerja sambil lewa.

and betullah. memang kurang kesedaran pasal kebaikan bila dapat status halal ni. diorang patutnya fikir jauh macam one of the shipping companies kat Malaysia ni. pasal nak bersaing dengan shipping company lain, diorang apply for status halal. kiranya, ada edge lah eventho sekali lalu nampak macam leceh sebab tak boleh ship benda2 haram and kena pastikan tempat kerja sentiasa bersih.

humbleyat said...

teeingat pula satu rancanagn agama, antara kata-katanya, bagi org yg warak dan berilmu ,andai ada perkara syubhah, 50:50 tinggalkan aje perkara tersebut

tapi kebanyakannya mengambil remeh perkara syubhah ini dan tidak mengambil kira sbg perkara yang penting..wallahu alam..

Clarky Afif said...

@therosputih: ya, ambil kesempatan je tu

@nn:sekarang application for halal cert dah macam trend je, bukan betul2 ikhlas nak tolong muslim jd pengguna bijak.

@hunbleyat: semoga ada pihak yang tampil buktikan perkara tu. tak elok untuk muslim yg terus2 guna benda syubhah.

Chip said...

Bila kita di Malaysia, kita selalu take for granted yang makanan semua halal. Yelah kan, negara Islam takkan tak halal kot? Time dudok overseas nie, baru teliti dan cerewet sket tang makan-minum, kononnya pasal dudok negeri bukan Islam.

Nampak gayanya kalau balik Malaysia nanti pun kene sama je berhat-hati jugaklah kan...

kusut said...

aku rase, negara msia yg ada jabatan yg dipertanggungjawabkan utk pantau benda2 mcm ni, yg ada sistem utk pastikan apa yg halal dan ape yg tidak, patutnye pastikan sistem tu dikuat kuasa betul2.

kalau boleh, as rakyat, aku nak la letak trust yg tinggi pada jabatan agama kita. tapi kalau ada proof yg diorang tak competent.. camne ye?

r.k said...

sebagai pengguna , kita beringat lah ya . walaupun kalau kita terambil yang haram kerana kita tak tahu , jangan jadikan ia alasan untuk terus menjadi tidak tahu .

sekurang-kurangnya pilihlah tempat makan yang diyakini dan pilihlah ramuan yang diakui .

kalau ramuan yang diakui tu sebenarnya haram , tetapi dilabel halal atas kapasiti 'materialistik' , biarlah pegawai terbabit yang uruskannya dengan Allah . :)