Friday, January 7

Impian memerlukan kesabaran



Dahlia ditarik keluar dari plot drama tidurnya ikuran pukulan bertalu-talu yang sekata dari besi jam tidurnya . Nafsu tidurnya tercabar tatkala hari ini adalah hari Sabtu , hari cuti buat negara Malaysia kecuali mereka yang berkhidmat dalam urusan perniagaan 24 jam ataupun kedai-kedai minum . Tengahari itu menyimbah terik yang sempurna bagi Dahlia .
Dahlia bingkas bangun dan membersihkan dirinya dengan percikan air pancur sejuk dan belaian aroma spa dari susu kambing .

Dahlia duduk kemas di depan komputer mejanya dan memulakan agenda setiap hari perlawanan . Terpapar sahaja skrin hadapan sistem operasi komputernya , mata Dahlia pantas menangkap fail yang berisi gambar bekas kekasihnya yang terbaru-yang ke24 . Tetikus ditarik rapat dan fail tersebut diheret masuk ke fail tong sampah tanpa ragu-ragu oleh Dahlia . 

Berumur 24 tahun dan mempunyai 24 bekas kekasih bukanlah rekod yang dibanggakan . Namun Dahlia sedikit pun tidak kesal kerana 23 orang bekas kekasihnya hanya inginkan kepuasan fitrah bukannya percintaan sebenar . Dahlia tetap dengan prinsip dan pegangan hidupnya untuk bersih dari segala gejala . Dahlia tetap bersabar .

Jemari Dahlia kini ribut menaip kata-kata sembang dengan rakan-rakan di atas taliannya yang tidak sabar menunggu waktu petang . Hari ini , hari perlawanan penting kerana pasukan Senawang City akan bertemu dengan seteru sepanjang zaman , Tumpat Wanderers . Bukan seteru setempat yang hanya menaruhkan maruah , tetapi seteru kali ini menentukan samada Senawang City mahupun Tumpat Wanderers yang akan menerajui Liga Super sebelum menutup tirai perjalanan separuh liga . Atau mungkin Kulai Kencang FC yang akan naik memintas kedua-dua pesaing itu . Sungguh sengit .

Sesekali Dahlia membuka laman berita perpindahan pemain , khabar angin dan juga berita-berita dari laman utama Senawang City . Sejak 14 tahun lepas , Dahlia setia mengikuti perkembangan tentang pasukan bolasepak kesayangannya itu . Dahlia juga ligat muat naik status dan membakar-bakar semangat rakan-rakannya yang lain di laman sosial Latbis .

Saat dinanti tiba , Dahlia bersedia untuk berjalan ke Stadium Kesatria Rusa . Jiran-jirannya yang lain juga ada yang baru keluar dari rumah . Selalunya Dahlia akan pergi bersama bapaknya namun hari ini bapaknya tidak sihat . Setelah mendapat kata-kata nasihat tentang penjagaan diri dan restu kedua mama dan bapaknya , Dahlia melangkah keluar sambil menghirup nafas dalam-dalam melalui hidungnya . Adiknya hanya memandang dari tirai dapur , dihukum tidak boleh keluar rumah kerana gagal dalam dua mata pelajaran semasa peperiksaan pertengahan tahun yang terbaru .

Dahlia yang berjersi biru gelap bercorek kuning , dengan skaf bertulis Permainan Bermutu , kini sedang berdiri di hadapan kerusi nombor 19 baris 5 di sudut keramat dipanggil Hujung Peperangan . Perlawanan bermain di minit-minit kecederaan separuh masa pertama dengan Senawang City ketinggalan 1-4 . Stadium bergema dengan laungan ejekan dari penyokong pasukan pelawat dan rata-rata peminat muda Senawang City sudah hilang semangat . Dahlia masih diposisinya .

Separuh masa berakhir dengan 1-4 . Dahlia berasa dahaga dan keluar dari kawasan tempat duduk untuk membeli minuman . Riak kecewa tampak jelas di wajah-wajah peminat Senawang City . 

" Bangun Kesatria Senawang City ! " 

Tempikan tersebut memecah suasana . Pemain-pemain Senawang City menoleh kearah Sudut Hujung Peperangan . Dahlia yang berada di situ juga hampir terjatuh akibat tempikan tersebut . Lebih kurang 100 pemuda bermula di baris 34 berdiri dan menggenggam penumbuk didada masing-masing . Dahlia kenal benar dengan susuk-susuk tersebut , mereka adalah peminat sejati Senawang City , bukannya sekadar lalang . Dahlia tersenyum dan memekik kearah padang , " Kami tetap bersama Kesatria ! " dan berpaling kearah susuk-susuk tadi sambil menghulurkan genggaman keras . 
Perlawanan bermula semula dan telefon bimbit Dahlia bertubi-tubi dihujani mesej sindiran terhadap pasukan kesayangannya . Semuanya tidak diendahkan , Dahlia tetap bersabar .

***********

Dahlia sedang bersiap untuk ke Stadium Tanah Bernilai , Port Dickson   Memori 20 tahun lepas masih tersemat di mindanya . Senawang City tumpas kepada Tumpat Wanderers 5-6 . Tetapi tahun tersebut mencipta sejarah apabila Senawang City merangkul kejuaraan berganda dua tahun berturut-turut . Tahun selepasnya , Senawang City menghadapi masalah dan hanya menamatkan tempat di tempat ke 9 dari 20 pasukan bertanding .

18 tahun berlalu , Senawang City semakin lama semakin kurang menjadi sebutan . Tumpat Wanderers masih lagi seteru sepanjang zaman namun tiada saingan yang dapat ditunjukkan . Rata-rata peminat muda bola sepak tanahair tidak mengenali Senawang City . Acap kali Dahlia disindir kerana hanya beliau sahaja yang tampak menyokong Senawang City . Majoriti mulut akan berbicara mengenai , Gombak Gantang United , Temerloh Terror , Kulim Raw dan Besut Besi FC . Dahlia tetap bersabar .

Tetapi tahun ini , Senawang City kembali di puncak . Hari ini akan berlangsung perlawanan akhir Liga Super . Senawang City akan bertemu dengan seteru setempat , Portland FC . Perlawanan yang akan menentukan samada Senawang City menjuarai liga ataupun terpaksa memberi ruang kepada penyandang juara , Kampar Kebal FC . Kejuaran berganda-ganda di cari Senawang City setelah berjaya membawa pulang Piala Liga dan akan bertarung di perlawanan akhir Piala FA dua minggu dari sekarang .

Kereta Proton Jebat yang dinaiki Dahlia memimpin konvoi dari Port Dickson . Suaminya tenang membawa Dahlia dan 4 orang anak mereka pulang ke rumah . Konvoi yang menghimpunkan lebih 60 biji kenderaan itu dilihat gah meninggalkan lokasi perlawanan . Dahlia tersenyum girang sambil anak-anaknya menyanyikan lagu rasmi kelab kesayangan mereka . Senawang City menang , 7-0 . Tangan Dahlia perlahan menggenggam tangan kiri kekasih ke 49 nya yang sedang memegang gear . Pandangan mereka bertaut dan senyuman mesra dilemparkan . Dahlia puas . Berkat kesabarannya terbalas .


Mengenai Penulis Entri Ini :
jack 'r.k' raven
r.k juga penulis untuk blog Separuh Hayat. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label r.k. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Morty-bus : kaedah 'lu kena' yang betul.

6 comments:

fariehan ibrahim said...

wahhh, cerpen yg best.
de maksud yg ingin dismpaikn. :)

therosputih said...

mula2 baca tak bape nak tangkap maksud entry nih, tp bace lagi sekali, kali ni slow je...

hahaha...dalam sungguh maksudnya...

izfanora said...

sangatlah unik perkataan yang digunakan.. tahniah..

KeCiK said...

Sebagai Senawangers, hidung gua kembang bertalu-talu tatkala membaca entri ini.

Dulu Senawang banyak lombong, sekarang Giant ngan Taipan dah ambik alih :)

Off topic tapi still dlm skop bola:
Kerol Fahmi orang kenal. Safee Sali pon orang kenal.

Chanturu?
Gurusamy?
Muslim?

p/s: Senawang FTW.

humbleyat said...

wah..mendlam betul ceita ni..baca dua kali bru dapat kaitkan semua tu..T.t

mmg impian itu perlukan kesabaran:-)
Just belive in Allah and yourself..:-)

r.k said...

fariehan : thanx love .

therosputih : kena bersabar baca baru boleh paham . :)

izfanora : thanx love .

kecik : sekaram astro dah taja liga , ada la peluang sikit-sikit orang nak kenal . senawang ftw yo .

humbleyat : believe !