Tuesday, January 11

'I Love You'; Bila, Krusialkah Ia & Sekerap Mana Ia Perlu Dilafazkan?



Bilakah waktu yang paling ideal untuk seseorang lelaki atau perempuan melafazkan kata-kata ‘I love you’ kepada pacarannya?

Sedang aku duduk semeja dengan rakan-rakan sejantina seusia denganku di Old Town Kopitiam Bangi, salah seorang daripada kami bertanyakan soalan itu. Kami serta-merta saling berpandangan. Aku pandang sekeliling, ada lima jejaka mengelilingi meja bulan itu. Satu daripadanya sudahpun bergelar bapak orang. Pada usia suku abad, tiada yang mustahil. Empat lagi masih lagi bujang. Dua daripadanya pula sedang berada dalam hubungan yang stabil. Yang tinggal hanyalah aku dan tuan empunya soalan.

“Kau hanya boleh lafazkan ‘I love you’ pada dia bila kau sudahpun ketemu mak dan ayahnya!” Ujar Rashid, si bapak orang. Kami semua pergi ke majlis akad nikahnya dua tahun lepas. Dia bertemu jodoh di tempat kerjanya. Dia sang jurutera, dan isterinya kerani di jabatan lain. Mereka sering bertengkar kerana berebut ruang parkir redup di bahagian belakang kilang. “Bagi aku, lepas kau jumpa mak dan ayah teman wanita kau, baru kau akan tahu bahawa hubungan itu sudah masuk ke fasa serius. Maksud aku, kau serius mahu menikahi wanita itu, kau serius melihat berkongsi masa depan dengannya, kau serius mahu mempunyai anak-anak dan bahagiakan hidupnya. Tiada yang lebih sesuai dengan mengunci kepastian itu dengan ucapan ‘I love you’”.

“Bekas kekasih aku sebelum ini tergesa-gesa mahu putuskan hubungan hanya kerana aku enggan ucapkan I love you kepadanya. Aneh, bukan? Maksud aku, mengapa harus kita lafazkannya kalau kita tidak benar-benar bermaksud sebegitu?” Arman yang duduk menghadap aku mencelah. Kami semua sedia maklum sebelum ini dia ada bersama seorang gadis yang dianggap paling istimewa dalam hidupnya. Perempuan itu seorang graduan ekonomi yang bekerja di bank, padan benarlah dengan dia yang mengendalikan jual-beli insurans yang kebetulan di syarikat yang sama. Hampir enam bulan mereka bersama dan aku hampir yakin mereka akan bakal menginjak ke pelamin. Tetapi Disember lepas aku dengar dia telahpun ditinggalkan ketika ulang tahun si gadis gara-gara dia tidak melafazkan kata-kata I love you kepada perempuan itu. Namun sekarang Arman bersama gadis lain, dan tidak sampai tiga bulan mereka berpacaran, dia tidak teragak-agak untuk lafazkan kata-kata ‘I love you’ kepada gadis tersebut.

“Walaupun hakikatnya aku belum bersedia untuk berkata sedemikian!” Arman mempertahankan dirinya. “Aku cuma cakap macam tu sebab aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Lambat cakap I love you tak pasal-pasal awek lari.”

Persoalan lain pula timbul: penting sangatkah ayat ‘I love you’ itu untuk para gadis?

Aku kira tahap kepentingan ayat ‘I love you’ itu sebenarnya tiada beza seperti suatu ‘safety net’ atau selimut kepada para gadis untuk memberikan mereka suatu rasa pasti dan keyakinan bahawa lelaki itu milik mereka. Tak gitu?

“Tapi tak semestinya tak cakap I love you, tak bermaksud kita tak sayang padanya. Kadang-kadang, actions speaks louder than words!” Celah Kay. Dia dan Hana sepupu kepada Arman sudah setahun berpacaran. Bagi aku, Kay dan Hana merupakan pasangan yang santai. Masing-masing duduk di kejauhan. Seorang di Pulau Pinang dan seorang lagi di kota singa. Mereka bertemu hanya jika ada cuti panjang. Namun mereka selalu berjanji temu atas talian. Skype dan BBM menjadi teman setia. Kay pula sejak di UiTM lagi terkenal dengan sifatnya yang gemar memberikan kejutan kepada pasangannya. Dia pandai memasak dan membuat kek (bakat yang dipelajarinya secara tidak sengaja oleh arwah ibunya) dan dengan cara itulah hati Hana ditawan. “To be honest, aku tak pernah,well… jarang la ucap I love you pada Hana. Dia tahu aku sayangkan dia dari cara aku layan dan beri perhatian kepadanya. Mesti pernah dengar kata-kata ‘The way to a man’s heart is through his stomach’, bukan? Well… I guess the rules works both ways in my opinion. Ucapan I love you ni selalunya aku reserved for special occasions. Birthdays and whatnots.”

Persoalan terakhir yang bermain di benakku ketika itu: sekerap mana perlu sang arjuna lafazkan kata-kata I love you ini kepada puteri hatinya?

Mengenai Penulis Entri Ini :
shandye juga penulis untuk blog Monyet Merah Jambu Menulis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label shandye. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah S'petang Bersama Kamu: Bab 17

11 comments:

DIRIKU said...

hohoo..like this entry..heee...

tengok pasangan masing tu jugak...cakap iloveu pun..tindakannya bercanggah..tak leh pakai...ala..just dengar lagu bruno mars tu..JUST THE WAY YOU ARE..lebih kurang macam tu la..perempuan nak dihargai..:D

http://aniesandyou.blogspot.com said...

sbnr nyer terpulang kpd org pompuan yg anda syg. jika dia jenis yg byk ckp, maka anda perlu kerap mengucapkannya. jika dia jenis pendiam, sesekali perlu anda luahkan. tapi yg PENTING: LUAHAN TU MESTILAH IKHLAS. BKN ADANYA NIAT LAIN.

ch!natsu said...

yup2 setuju ngan diriku.. eh? hoho..
gurl cuma nak rs dihargai..
tp xperlula smpai nak ucap stiap kali..
ckup pd ms2 tertentu yg membuatkan dia rs sntiasa disayangi..

kusut said...

aku rase bila ayat hikmat tu boleh mula diguna bukan bleh diukur guna masa. tapi ukuran yg padan adalah kematangan hubungan tu sendiri.

zaman sekarang, mungkin ramai guna ayat tu as alasan, bukan luahan perasaan. mcm 'cinta pada aku sebab aku cinta pada kamu'.. instead of 'aku cinta kamu sebab aku cinta kamu'

bila dah berumahtangga nanti.. mcm mana caranya nak guna ayat hikmat tu pada orang yg sama sehingga akhir hayat.. tanpa dia bosan mendengar?

ztie said...

kalau dh selalu dengar pun org boleh naik bosan, pernah terjadi dengan teman saya sendiri pabila dia bosan sebab bf dia asyik ckp i love u... Nak ckp action speaks louder than word, tindakan dia sama sekali bercanggah dengan 'i love u' ermm.. Paham tak ni? Hahaha

therosputih said...

bergantung pada individu itu...tp kalu diucap tetiap ari, nnti rasa macam takde nilai plak, entah...bergantung pada hak individu...

maharam said...

Salam,
Setiap manusia berbeza. Ada orang nak dengar setiap saat, ada orang kalau kerap sangat jadi "sakit telinga", lemas, rimas dll.

Kalau tak pernah cakap pun susah juga sebab pasangan tidak tahu apa perasaan sebenar si dia. Tetapi kalau lain ucap lain yang buat...tak ada maknanya juga.

Jom baca;
Perpindahan Tempat Kuliah

cKyN WaN said...

kadang-kadang kita dah boleh nampak cara dia care tu menunjukkan perasaan dia. tapi perempuan selalunya nakkan kepastian.sesuatu yang nyata. so sekali sekala kena cakap jugak lah. tapi xperlu la setiap saat dan ketika kot. xkn setiap akhir sms nak kena letak i love u. kalau byk2 sgt kang nmpak mcm x ikhlas lak hahaha

shandye. said...

konklusinya:

apa-apapun kena sebut dengan ikhlas.

tak gitu?

humbleyat said...

isu yang komplicated ni antara ucapan dan perbuatan..

cuba bandingkan kisah cinta kita dengan Allah, ucapan atau perbuatan yang lebih utama?T.T

r.k said...

ghua agree dengan rashid tapi bukan part yang dah jumpa mak ayah tapi bila dah rasa inilah dia insan yang ingin ghua bersama sehingga ke syurga .

ghua kenal dengan hati lepas dua tahun setengah baru ghua lafaz , ghua cinta sama lu . XD