Monday, January 3

Hujan Itu Rahmat

Hujan, adalah satu anugerah. Ia membawa kepada kesejahteraan dan keharmonian ke atas muka bumi kita. Percaya atau tidak, ia membawa lebih kebaikan daripada keburukan. Tetapi perasankah kita akan kebaikan itu? Kalau perasan, syukur Alhamdulillah, dan kalau tidak, kita mesti renung kembali dan mula memerhati keajaiban tuhan ini.

Saya pasti, apabila hujan, pasti akan ada mereka yang mula mengantuk dan segera mencapai bantal untuk tidur diatas katil yang empuk. Dan akhirnya, itu dijadikan suatu alasan. Alasan untuk tidak datang ke kelas. Dan saya pasti akan hal ini, kerana ia juga pernah berlaku kepada saya. Suatu masa dahulu. Dan itu, saya tidak dapat nafikan.

Tapi, ada pula mereka yang memerhati hujan dengan pandangan yang negatif. Ada dikalangan kita yang bencikan hujan. Hujan membawa musibah bagi mereka. Contohnya, bagi mereka yang menunggang motosikal ataupun berjalan kaki tanpa berbekalkan payung, pasti kedatangan hujan adalah suatu perkara yang mereka tidak inginkan. Suatu perkara yang mereka ingin mereka hindari, andai sebolehnya. Walaupun begitu, hujan muncul juga. Kunjung tiba.

Sesetengahnya pula, berasa takut dan khuatir dengan kedatangan rahmat tuhan ini. Kerana kadangkala rahmat boleh menjadi suatu malapetaka bagi mereka. Ia mendatangkan banjir dan akhirnya memusnahkan harta dan juga nyawa. Akhirnya, mereka takut apabila munculnya hujan. Tetapi, golongan ini tidak pernah berfikir. Kenapa ianya terjadi? Kenapa banjir itu berlaku? Jawapannya. Itu semua salah kita sendiri. Yang begitu angkuh, hingga memakan diri.

Maka, mari kita lihat kenapa "Hujan Itu Rahmat";
1. Ia menyuburkan muka bumi
Bagi mereka yang bekerja sebagai petani atau pekebun atau mana-mana pekerjaan yang memerlukan tanah yang subur, hujan sangat membantu dalam pekerjaan mereka. Dan seperti yang kita tahu, sayur-sayuran dan buah-buahan sangat penting dalam mengorak langkah kepada hidup yang lebih sihat. Jadi, untuk hidup sihat, kita memerlukan sayur-sayuran dan buah-buahan. Untuk tanam sayur-sayuran dan buah-buahan, kita memerlukan tanah yang subur. Untuk mendapat tanah yang subur, kita memerlukan air, yakni hujan.

2.  Ia sumber air bersih
Seperti yang kita sedia maklum, hujan merupakan salah satu sumber air bersih. Dan sesetengah penduduk dunia sangat bergantung kepada hujan untuk sumber air, termasuklah di Malaysia. Ini berlaku apabila mereka tiada loji penapisan air di kawasan tersebut, ataupun perkhidmatan bekalan air bersih tidak sampai ke kawasan mereka. Oleh itu, hujan adalah sumber air utama bagi mereka, untuk minum, mandi ataupun untuk memasak. Air hujan juga berguna untuk pelaut ataupun nelayan yang sudah kehabisan air minuman. Mereka boleh bergantung kepada air hujan untuk minum, kerana air laut sudah semestinya sangat masin.

3. Ianya sebagai peringatan
Tidak dapat dinafikan, hujan juga membawa bencana, seperti banjir di Kedah dan Perlis pada penghujung tahun lepas. Tetapi, bencana yang datang, bukan hanya membuat duka semata-mata. Ianya membawa mesej seribu makna. Dan kita manusia biasa, dapatkan kita membuka mata dan membaca? Jika tidak, mari saya terangkan. Bila berlakunya banjir, ianya menunjukkan bahawa terdapatnya masalah di tempat tersebut. Mungkin kawasan tersebut rendah dan mudah banjir. Mungkin juga disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak teratur dan masalah sampah yang berleluasa. Maka, di sini, dapat kita lihat, berlakunya banjir, ianya bukan salahnya hujan, tetapi kita sendiri. Yang tidak pandai melaksanakan pembangunan. Yang tidak ambil endah tentang kelancaran sistem perparitan.

Jadi, Ingat!!! Jangan ambil mudah tentang hujan. Kerana kita tidak tahu dan tidak pasti akan kemunculan semula nikmat hujan. Dan apabila berlakunya kemarau yang panjang kelak, di saat itulah baru kita hendak menghargai hujan. Betapa pentingnya hujan pembawa rahmat. Betapa pentingnya nikmat tuhan yang dinamakan hujan.

syaftome
"nampak tak hujan itu suatu rahmat"


Mengenai Penulis Entri Ini :
syaftome juga penulis untuk blog Tour of My Existence. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label syaftome. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah The New Resolutions of 2011.

7 comments:

nn said...

setuju. hujan tu memang rezeki. tapi kalau manusia tak jaga bumi, boleh bawa bala.



latest entry; California here we come.

syaftome said...

jd..sama2lah kita indahkan muka bumi...
gunakan teknologi hijau...
dan amalkan 3R, reduce, reuse and recycle...:)

therosputih said...

setuju...bila hujan turun, sebenarnya ia adalah masa utk kita sebagai manusia utk merenung kembali kehidupan kita...

anyss said...

Salam,
saya suka main ujan...jom!!!!!

Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornagrafi

anyss said...

Salam,
saya suka main ujan...jom!!!!!

Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornagrafi

syaftome said...

therosputih: bukan waktu hujan pun kena pikir jgak...sediakan payung seblom hujan...

anyss: xbleh dh maen2 ujan nie...
time kecik2 dulu blehla...hehe...

kalau dh besar nie...
cepat demam n batuk...

humbleyat said...

waktu hujan saya suka doa byk2..:-)