Thursday, January 6

Entry pertama di tahun 2011

Powered by BannerFans.com

Assalamualaikum.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah kerana kita masih dipanjangkan usia dan masih diberi kesempatan utuk bertemu lagi di tahun 2011. Semoga semuanya akan selalu sihat dan bahagia disamping insan tersayang. Setiap kali masuknya tahun baru, pasti perkara pertama yang akan dibualkan adalah mengenai azam. Dan saya percaya setiap anda pasti mempunyai azam untuk tahun 2011 ini. Ini entry pertama saya di 100penulis untuk tahun 2011 walaupun agak terlewat. Almaklumlah, publish ikut giliran hari masing-masing.

Saya agak sedih kerana azam untuk 2010 tidak tercapai. Dan sekarang ini bukan masanya untuk mengenang lagi kisah yang lepas. Ini adalah waktu kita untuk membuka lembaran baru, catatan buku baru. Untuk kali ini saya ingin berkongsikan dengan kawan-kawan azam saya untuk tahun 2011.

Azam saya pada tahun ini adalah untuk menukar cara penulisan saya di blog peribadi iaitu kepada penggunaan bahasa melayu standard, mengurangkan penggunaan perkataan singkatan dan kalau boleh akan menggunakan tatabahasa yang betul. Tapi rasanya untuk bahagian tatabahasa saya perlukan seorang guru bahasa melayu untuk menyemak sebab tatabahasa saya agak tunggang-terbalik.

Azam saya yang kedua adalah bekerja. Sejak bulan Disember 2010 saya sudah menghantar resume ke beberapa buah syarikat. Tapi satu pun belum memberikan maklum balas. Dan saya masih bersabar menunggu dan tetap menghantar resume ke syarikat lain jugak. Saya berharap agar akan mendapat pekerjaan sebelum berakhirnya bulan Januari 2011 ini.

Setelah mendapat pekerjaan, saya perlu menggumpul duit untuk membayar balik pinjaman PTPTN sekurang-kurangnya RM100 sebulan, kemudian saya perlu menyediakan duit untuk membayar yuran untuk majlis konvokesyen nanti. Selain itu, saya perlu menabung untuk membeli kereta, rumah dan membawa ibu bapa saya pergi bercuti ke luar negara.

Disebabkan tahun ini saya akan berumur 24 tahun, rasanya saya perlu meletakkan azam untuk mencari calon suami. Tapi kalau saya tidak berjumpa, saya akan meminta bantuan daripada ibu bapa saya. Dan saya akan berkahwin dengan pilihan mereka. Walaupun pada asalnya saya bercadang untuk berkahwin pada usia 25 atau 26 tahun, tidak salah rasanya kalau saya mencari calon pada usia 24 tahun kan?

Rasanya itu sahajalah azam saya untuk tahun ini. Sebab kebanyakan azam itu adalah azam untuk jangka masa panjang. Adakah azam kawan-kawan pada tahun lepas tercapai? Dan apakah azam kawan-kawan untuk tahun ini? Jom kongsikan bersama.





Mengenai Penulis Entri Ini :
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Entry pertama di tahun 2011.

6 comments:

therosputih said...

tak sangka, kita seusia...=)

selamat mencari kerja...kita pun dah almost setahun, lagi bape bulan genap setahun meng"anggur" kat umah...

tp ada income sendiri, bisnes craft...

selamat berkenalan

Liz said...

semoga cepat dapat kerja yer... ^^

azam ku yg dulu pun xsemua setle lagik hikhik..topup ke tahun ini lalala~

syaftome said...

good luck...
keep on finding the job...
and so, keep sending the resume...

and never ever give up...

ps: kalau masuk training program pun apa salahnye...

shandye. said...

selamat mengotakan azam tahun baru!

hehehe...

zahidah dihaz said...

therosputih: semoga cepat mendapat kerja jugak...

Liz:thank...semoga azam tahun ini akan tercapai...

syaftome:ada jugak dah minta untuk training program...

shandye: semoga azam awak tercapai jugak...

humbleyat said...

alhamdulilah, azam tahun lepas ada yg tercapai,..cuma harus berusaha kuat untuk 2011, semoga sentiasa ada khabar gembira:-)

semoga berjaya zahidah:-)