Tuesday, January 11

CINTA MATERIALISTIK

Sebagai manusia di muka bumi ciptaan Allah ini, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada.
Tetapi ramai yang masih bersifat kebendaan atau lebih sinonim dengan “materialistic”. Perlukah kita menjadi materialistic semata2 untuk memenuhi kehendak duniawi???apakah itu akan menjanjikan kita sebuah kebahagiaan yang tidak berpenghujung..?? Apa yang ingin aku bicara kan disini adalah mengenai Cinta Materialstik…percayakah kamu bahawa ramai di dunia ini terlalu mengejar kekayaan dan kebendaan..sehingga sanggup berpura2 mencintai insane lain dengan alasan untuk hidup mewah…malah ada yang sanggup menggadaikan maruah tetapi persoalannya adakah mereka akan terus bahagia dengan cara sebegini??Tidak kira tunang orang,suami orang ataupun sebaliknya,ada sesetengah manusia ini tidak segan silu merengek, menggedik tidak tentu hala dengan mereka hanya kerana satu sebab… “Mahu Hidup Senang Lenang dan Mewah”….
Mereka yang aku maksudkan adalah orang2 yang suka mempermainkan perasaan orang lain semata-mata untuk mendapat apa yang dikehendaki. Tetapi berbaloikah begitu?? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Cinta sesuatu anugerah yang terindah. Dikasihi dan mengasihi tidak memerlukan sebab. Jangan terlalu mengejar keduniaan, kelak binasa diri. Disini aku ingin berpesan, janganlah mempermainkan hati dan perasaan oranglain kerana kita juga yang bakal terluka. Walau sebanyak mana harta yang dikumpul, hanya amalan yang dibawa sampai mati.

Cintailah seseorang itu dengan hati yang tulus. Jangan kerana tidak mendapat sebuah beg Gucci, sebuah kereta BMW dan jam tangan Swatch..anda terus meninggalkan sidia..fikir sedalamnya..cinta lahir dari hati..merupakan kurniaan Ilahi yang terindah. Ambillah peluang untuk dicintai dan mencintai dengan seikhlas hati.

9 comments:

Rebelle said...

dunia dah moden.. fikiran pun nak moden.. tu yang jadi camtu kot..

therosputih said...

susah nak komen...zaman sekarang, mmg materialistik duk no satu dlm list...

ch!natsu said...

dlm2 byk2 yg mencari cinta materialistik tapi ada jgk yg mgharapkan cinta sejati..

hope kite dpt yg bnr2 cintakan kite n bkn kebendaan semata2~

Yutaka Mushimura said...

emmm..memang pernah jumpe kawan yg terluka.....

:)

bila tgk kawan tuh, terus aku rease hiba...huhuhu

syaftome said...

wang dan kemewahan bukan segala-galanya...

walaupun hidup mewah...
tetapi hati merana dan jiwa sengsara...
apa gunanya...

FareedSairi said...

dalam satu perbincangan, kami menanyakan bagaimana kaya itu? dan rakan kami menjawab, kaya itu bila kita rasa cukup dengan apa yang kita ada

cKyN WaN said...

kadang2 x paham ngan org y materialistik nih.

ade y memang dah hidup kaya raya nk materialistik tu kira ok la sebab mampu kan, n dah biasa cmtu

tp cmne ngan org y perasan je then tetibe nk materialistik. agak kesian jugak la. harta benda x bwk ke mana kot

humbleyat said...

betul2..dah ramai org yang materialstik..terlalu kejarkan wang dunia..dan akhirnya hidup anak2 dan keluarga pun tak teratur, akibat didikan yang tidak sempurna..sebab tu masalah sosial makin menjadi2..:-)

r.k said...

materialistik is always suxx . ask everyone theyll agree but we are one of them unconsciously . beware mates and loves . dont let it ruin your beautiful life .