Thursday, January 6

Cinta Alam Maya...



hai..hai..hai... zul sekali lagi... hehehe.. thx kepada semua yang komen entry aku sebelum ni. aku tak menyempat nak reply.huhu... btw ni entry kedua aku di sini.oklah..tajuk kali ni 'Cinta alam maya'. pasal apa ni? pasal cinta yang kenal dalam internet larr (aku ni entry cinta ja semangat aku wat..).. tak kira larr myspace, facebook, ym atau apa-apa website lagi.. yang penting kenal melalui internet. huhu
ada antara kita macam ni kan?? ada kawan aku macam ni juga... hehe... jadi ok ka kenal di alam maya ni?? ada dua jenis hubungan macam ni:


  • kenal di internet dan tak pernah jumpa 
  • kenal di internet dan lepas tu jumpa. 


ok cerita yang pertama dulu...
kenal di internet dan tak pernah jumpa.
ada orang yang kenal di internet.. kemudian declare bercinta.. couple suma.. janji segala-gala... tapi
sebenarnya tak pernah jumpa pun. paling advance dorang buat pun bergayut berjam-jam di telefon. huhu.. ada orang yang macam ni. bagi aku larr kan hubungan macam ni takda masa depan. huhu cuma mengisi masa lapang ja kot. atau ayat lain nya buang masa dan buang duit. menghabiskan segala-gala untuk sesuatu yang takda kepastian. jadi kalau korang ada hubungan macam ni hentikan larr k. teringat aku pernah terbaca yang ada orang kena tipu gara_gara hubungan macam ni. apa taknya, jumpa tak pernah tapi bagi duit beratus-ratus... kan ka bodoh tu.

cerita kedua.
kenal di internet lepas tu jumpa.
ok kalau ni bagi aku logik sikit. ada kawan aku yang macam ni. dorang kenal di facebook. tapi lepas tu dorang jumpa. walaupun terpisah sebab jarak dan juga tanggungjawab, tapi dorang tetap usaha jumpa masa ada peluang. aku respek juga orang macam ni. lagi pun kalau dah jumpa tu taklah jadi cinta alam maya kan... hehe... dah jadi cinta realiti larr... cuma kalau kenal macam ni kena la jujur kan. lepas tu kena betul-betul selidik.. jangan sampai kena tipu pulak... huhu... nanti masa kenal dalam internet dia kata dia tu pegawai or ketua jabatan.. sekali  rupanya office boy ja.. nah kan ka naya... haha

p/s: komen ok.. apa pendapat korang???


Mengenai Penulis Entri Ini :
Zulkifly Omar juga penulis untuk blog Dariku Zulkifly. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Zulkifly. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Tentang Berkasih: "saya masih sayang awak.."Episod6

14 comments:

Amy Syaquena said...

story dua tue setuju sangat..

ザ-sylver-shooter said...

tp , tk best aa flirting2 kat alam maya nih

therosputih said...

kalau kenal kat tenet, pastu jumpa...lain cite la kan, pastu dah boleh kenal lebih lanjut...

kalau dah kenal, pastu terpisah dek jarak...bercinta melalui tenet...cinta alam maya jugak ka? hehehe

d_tieah said...

Kdg2 terjerat gak bila dah jumpa tu, sbb antaranya maybe akan berlaku kes jenayah seperti rogol dll..
Sebaiknya selidiki dulu..
Aku tak nafikan cinta internet ni sbb aku jugak mengalami dan ada baik dan buruknya..
Taubat aku tak nak wei!
Tapi nak aku cte kat sini pjg plak kan, So konklusinya, jgn risau sbb jodoh kita sudah Allah pilih siap2..
Doa je byk2..

Anonymous said...

ermm no komen..
sbb ramai gak yg bercinta di alam maya..akhirnya ke jinjang pelamin..
sbb ada kawan aku tu..bercinta selama 2thn tak pernah jumpa,x pernah bg no.hp dan x pernah tgk pic..puas kita org pujuk suruh putus sbb hubungan yg tak pasti..apapun kawan aku tu bg masa sampai 2thn..kalu xde juga..tekad nak putus..dalam masa yg sama, kawan aku sentiasa berdoa pd allah dan doanya termakbul..apabila lepas je 2thn dan mahu memutusnya..akhirnya bf dia tu mahu berjumpa..dlm tahun sama juga..bf dia menyatakan hasrat untuk menikahi kawan saya itu sebagai isteri yg sah

Fina Sophie said...

so far, sy masih berpegang teguh yang sy tidak percaya pada cinta alam maya. i dun like smthing yg x pasti, cinta alam maya is one of it.

Zulkifly Omar said...

kalau terpisah jarak.. tp ada masa jugak jumpa... (yg kes kawan aku tu.. stdy tpt lain2.. tp tiap kali cuti dpt jumpa).. ok larr.. atleast jadi cinta jarak jauh..

yg masalah n bahaya tu.. yg memang xjumpa langsung... haish... bahaya!!

nn said...

macam bahaya kan. tak berani. tapi member selalu memang dapat boyfriend from social network. ada dua, tiga dia couple and then jumpa. ada kuga dengar cerita dia tak couple kot tapi macam contact-contact lah... tapi tak jumpa.

sekarang dia dah ada steady boyfriend. rasanya jumpa thru internet juga. dah siap jumpa family. Alhamdulillah.

my cousin pulak jumpa suami thru chatting. now dah anak dua.

so, benda ni depends juga kat orang yang terlibat. kalau salah kenal... habislah. tapi doa tu penting kan. jodoh dimana-mana. hehe

humbleyat said...

cinta alam maya..still kena hati2..
zaman2 sekrg tak boleh main..silap sikit, simbah asid bagai...
bahaya tu...T.T

nak bercinta internet pun kena ada rule juga..tapi menanti benda yg tak pasti ,part paling sukar..cewah..
tgok pengalaman org aje la..:-)

Aida Ismail said...

tertarik dengan cerita anon bagi. subhanallah. akhirnya mereka dapat cinta yang halal, cinta yang diredhai Allah walaupun 2 tahun ambil masa =)

syaftome said...

hmmm...pernah rasa dua2 tue...

yg first tue...bnyk sngt jumpe org baru...tp xpernah jumpe...
akibat jaraklah semestinya...

utk kes kedua...
pernah jgak kapel ngan awek dr internet nie...pakai MiSc plak tue...haha...

tp xlamer lepas first date...
pakse b'pisah sbb jarak jugak...
n sebab dua2 tgh blajar di tpt2 yg jauh...

so, skunk nie...malas nak cari lagi...hahaha...

Zulkifly Omar said...

syaftome: huhuhu tu larr biasa org yg kenal on9 ni mesti jauh..

shandye. said...

ini kisah agak peribadi:

aku kenal dia on9. masa tu masing-masing jauh. dia kat johor, aku kat penang. masa tu zaman kegemilangan friendster. tiap-tiap hujung minggu akan berbalas-balas komen. lepas tu siap berjanji nak on9 pada pukul berapa, hari apa.

lepas tu berpindah ke ym plak. chatting bagai nak rak. aku siap bg jadual waktu kuliah (masa tu tengah buat foundation course kat uitm) dan inform awal2 masa aku ada kuliah kat computer lab (sebab leh curi-curi ym dlm kelas! hahaha).

aku habis foundation course, dia buat kejutan drastik. dia nak jumpa aku. aku slumberkodokz je jemput dia datang masa raya (sbb kebetulan tahun tu family aku tak balik kelantan).

dia akhirnya datang. what a small world after all. dia sebenarnya member kepada abg aku. satu kolej kat utm skudai, satu fakulti tapi lain-lain jabatan. dia selalu tumpangkan abg aku pg kuliah naik kereta dia.

haha...

sekarang ni? aku dgn dia dah jadik mcm bff. rapat sangat2. betul-betul tak sangka kenal-kenal kat alam maya dan tak pernah jmp langsung (selepas dua tahun baru jumpa!) boleh membuat aku dgn dia rapat glebabi. LOL!

Zulkifly Omar said...

shandye: wow... bagus larr kan kalau macam tu.. ada gak positive side nya kenal dr internet.. huhuhu