Wednesday, January 5

Borak2: Wanita Islam Guna Legging



Penulisan pertama di tahun baru ini, aku nak kongsikan pendapat aku serta minta pendapat korang juga dalam isu seluar "legging" ni. Daripada penilaian aku, seluar legging merujuk kepada seluar dari jenis fabrik yang nipis serta ketat sehingga nampak bentuk betis dan paha si pemakai. Jom lihat iklan ni..



*Klik untuk pembesaran*

Pandangan anda?
Sebenarnya artikel tentang gambar di atas telah aku keluarkan dalam blog aku.. DI SINI..
Jadi, banyak yang komen dan tak kurang plak ada yang beritahu supaya kita tegur si pemakai haruslah dengan sopan dan tidak menggunakan kata2 kesat..
Ye, memang betul tapi sekarang aku rasa ramai yang tak suka ditegur kan?
Malahan ramai jugak blogger yang menulis berkenaan isu ini dan fan page di facebook juga ada..
*Klik untuk pembesaran*

Namun, aku terima komen yang mengatakan bukan Melayu Islam je, Cina Islam, Iban Islam macam mana?
Ok2, biarlah kita ikut majoriti penduduk..
Aku pun tak tahu sape admin page tersebut, tapi pada aku Islam sememangnya sinonim dengan melayu so tak salah pada aku dia buat tajuk seperti itu..
Ini hanya pendapat aku je, setiap orang berbeda pandangan dan aku hormati sape2 pun yang komen artikel ini dalam blog aku..
Terima kasih banyak2.. *Sekurang2nya ada yang baca kan..

(Nota Hatie: Rasanya dah 2 minggu tak menulis kat blog ni.. Haha..)

Mengenai Penulis Entri Ini :
d_tieah juga penulis untuk blog d_hatie. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label d_tieah. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Sumpah AKU BOSAN!!!.

17 comments:

Anisa Hang Tuah said...

tutup aurat,tapi masih menampakkan bentuk badan,kaki dan sewaktudengannya..haisshhh.

nur.sa said...

pasti tiada isu kalau seseorang tu menutup aurat mengikut garis yang betul seperti Islam suruh.

pendapat saya tentang legging. memakai legging macam tu bukan menutup aurat, itu lebih kepada menutup kulit aje. sebab nampak bentuk kaki, betis dan semua. bak kata seseorang saya kenal, Islam suruh tutup aurat, bukan tutup urat. :) hoho.

cikpia said...

aku tak suka pakai. tapi kalau orang lain pakai aku wat dono ja.. =)

Fina Sophie said...

susahnya bila ckp soal feshen ni.. =) legging dahla tengah in skrg ni.. hehe

Syuhairah said...

Salam
Sekarang memang ramai yang bertudung... tapi tak semuanya menutup aurat.. Ramai yang salah tafsir & merasakan dengan bertudung saja mereka dah menutup aurat sedangkan aurat tu bukan sekadar di kepala saja...
Kadang2 nampak macam pemahaman masyarakat kita tentang aurat zaman skarang macam kurang skit la... Mungkin ada yang dah tahu dan faham tapi buat2 tak paham... kalo yg jenis macam ni... moga Allah SWT bukakan pintu hati mereka...

nn said...

Islam sinonim dengan Melayu?

I don't think so. Islam adalah agama untuk semua. Melayu adalah bangsa/kaum. so, Islam definitely bukan kata seerti or sama maksud (sinonim) dengan Melayu.

cuma i perasan ramai orang Melayu suka perasan macam diorang pemilik agama Islam. maybe masa kelas sejarah dulu diorang tak pay attention.


just an opinion :)

Sery Suryani said...

sy pun dh lama sgt tgk fenomena pkai legging nie..
mcm xbpe nk berkenan sgt la..
geli pun ade bile tgk..
tp sy skong la entry nie..

therosputih said...

masyarakat kita selalu terperangkap dgn perkataan fesyen smpai lupa pada hukum berpakaian dlm islam...

sepatutnya, letak islam no satu, kemudian baru fesyen no dua...

buat renungan bersama, termasuklah diri ini...

una berry said...

to NN,
Melayu dan Islam mempunyai hubungan yang sangat rapat di Malaysia ni sebab termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan antara syarat2 seseorang warganegara itu Melayu adalah Islam.

shandye. said...

uhm... motif pakai leggings dan match dgn tudung?

kelakar. banyak je org mcm tu kat fakulti. bila lecturer tegur, tarik muka sampai herot2.

chenta said...

bukan saje isu legging..tapi kalau pakai suar jeans or anything yg ketat2, still sama je dgn isu ni kan??

masa kat U dulu, pernah ada pertukaran student U i dengan U kat indon.then antara yg datang tu, duduk sama hostel dgn i. ada la 2 or 3bulan mcm tu..antara diorang semuanya islam cuma ada yg free hair or tak..bila i tanya yg free hair, dia jawab...

di indon, bila seseorang tu dh mula untuk pakai tudung, diorang mesti tutup aurat dgn sebenar2nya..mengikut garis panduan islam.takde ketat2, takde pakai baju lengan pendek or sebagainya la..so dia kata dia tak ready lg. lau dia pakai tudung tp pakai ketat2 semua, buat pe dia pakai tudungkan...

itu apa yg dia ckp pd i la..tak tahu la semua org indon mcm tu or tak..

terpanjang plak komen..ampun!hehehhe :P

ASaDa RyutaRo said...

dah faham sebenarnya. tapi saje je nak timbulkan isu macam tu.

dah tau tutup aurat tapi nampakkan bentuk badan tu salah, tetap gak nak jugak menyulitkan pemahaman. apa tujuan ntah..

nn said...

@una berry

tau.

dah belajar dah masa 1st year dalam FC memang ada tulis ciri-ciri melayu tu Islam, cakap BM, ikut adat istiadat melayu, or keturunan etc. etc.. tapi tak bermakna bukan melayu tak Islam kan? so, i think, IN MY OPINION, it shouldnt be generalized.

thats all.

Chip said...

Mintak maaflah kalau terlari topik sket...tapi aku nak mulakan dengan menyatakan bahawa Melayu itu Islam BUKAN Islam itu Melayu. Nampak kecik perbezaan susunan ayat dia tapi banyak beza dia.

Pasal komen-komen yang diterima berkenaan fanpage FB tu pun aku tak paham. Dah tentulah Islam tu untuk semua tapi fanpage tu untuk yang Melayu Islam. Kalau fanpage tu untuk semua, takdelah dia tulis dalam bahasa Melayu aje. Tak pasal-pasal pulak si pembuat fanpage tu kene justify diri dia.

d_tieah said...

nn:
Mmg Islam utk semua, tapi ikut majoriti penduduk Malaysia lah..
Sy bckp pasal negara sendiri dan bangsa sy sendiri..
Btw, thanx 4 ur opinion..

Una Berry:
Setuju sgt..

Chip:
Kan..
Sy x ckp pun Islam tu melayu, sy cuma ckp melayu ni sinonim dgn Islam..
Dan ikut majoriti penduduk di Malaysia adlh golongan melayu..
Ye, sy mmg terima komen pasal fanpage tu kat blog sy, but honestly sy terima pendapat blogger lain cuma pd sy, admin page tu tak bersalah.. Ikut suka dialah nak cakap melayu Islam kan?

d_tieah said...

Kpd pengomen2 yg lain, terima kasih atas pendapat kalian..
Sy hormati dan jika ada pengomen yg terima komen balasan balik dr blogger tu, harapnya tak lah melenting..
Masing2 punya opinion k..

Terima kasih sekali lagi atas komen2 yg diberikan.. ~Cool :)

humbleyat said...

wah sudah hangat rupanya kat sini...

seba tu penting kesedaran di kalangan kita tentang penggunaan legging ni..mmg terang scheme legging itu tidak menepati piawai aurat kan?

melayu pula terkenal dengan sifat santunnya..dan kita pula sygkan bangsa kita..:-)be patriotik is good...