Tuesday, January 4

Blog tempat untuk show off??


Blog tempat untuk show off??

I pasti seseorang tu memula buat blog, tujuannya adalah sebagai diari. Tapi ada gak buat blog sebab kawan dia ada blog la, sebab duit la, sebab nak glamor la dan macam-macam sebab lagi. Tapi i nak yang sebab utama ada blog adalah nak ada diari online gitu. Lain-lain sebab i TAKNAK!Hahahha. Boleh gitu? Boleh la ye sebab i yang tulis entry ni. Ok..ok..Kembali semula..

Sambung lagi ye..



I memula ada blog sebab nak tulis diari secara maya plak. Penat asyik tulis dalam buku. Tiap tahun nak kena beli buku baru. Dah tu masa study bukan ada duit sangat asyik nak beli diari tiap tahun. So bila ada blog, apa-apa yang berlaku dalam hidup, semua nak ditulis. Tak kisah la kisah sedih ke, kisah gembira ke, beli pape barang baru ke, pergi melancong kat mana-mana ke. Semua la sekali! Even awal-awal ada blog tu, bukan ada readers pun. Tapi rasa best je tulis sebab pape pun kita boleh tulis.

Lepas tu readers makin lama makin banyak. Ada yang follow blog kita, ada yang komen blog kita, ada juga yang jadi silent reader. Bila dah lama-lama baru la nak mengaku si silent reader ni. Tapi ada gak yang taknak mengaku pastu bila komen guna nama annoy..

Kita plak dari tulis pasal diri, tulis plak pasal tutorial itu ini, tulis pasal iklan itu ini, macam-macam lagi la..Malas nak tulis semua sebab nanti ramai je terasa. Hehehehe. Tapi i buat juga semua tu tau!Hahahaha. So bila topik dah meluas, readers pun dah ramai. Time tu, apa yang kita tulis, akan jadi serba tak kena pada sesetengah readers ni. Pastu komen macam-macam. Pastu terus kata kita show off!

Show off sebab tulis pasal barang-barang yang kita baru beli, tunjuk baju yang kita pakai, tunjuk kita study mana, tunjuk kita kerja sebagai apa, tunjuk berapa banyak pengiklan bagi duit kat kita sebab siar iklan kat blog dia. Macam-macam lagi la..

Tapi niat kita tulis tu bukan la sebab untuk show off kan? Kita tulis sebab blog tu kan diari kita. Kalau kat diari pun kita tulis semua tu apa? Bila kita tulis, boleh jadi rujukan masa hadapan. Kita boleh tahu bila kita beli barang tu, bila kita pergi tempat tu. Cuma bila ada orang yang tak berapa nak suka ni yang fikir bukan-bukan dan cakap kita macam-macam.

Kita hanya "publish" bukan "show off". Rite??

I paling tak suka orang macam ni then bila dia cakap macam tu, lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii laaa i nak tulis banyak-banyak. Biar dia sakit hati. Hahahaha..

Pendapat uols plak macamana??


Mengenai Penulis Entri Ini :
chenta juga penulis untuk blog Suka Hati Sya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label chenta. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Besaaaaaaaarrnye pinggan!.

29 comments:

niieza said...

hahah..
saya mula2 wat blog..nak kumpul semua artikel yg best2 dlm blog..yg selalu kita dpt melalui email...bukan apa..bila kita xbuka email dalam jangka yg lama..mula automatik delete email kita..itu yg ambil insiatif dgn mletakkan dlm blog..pastu alang2 dah kerap guna blog...maka timbul minat nak tulis diary..best sikit..x payah sakit tangan nak menulis kat diari..itu la kesudahan blog saya.hahah..

nn said...

selalu je tulis beli apa and berapa harga. haha. suka hati ah. blog sendiri. taknak baca sudah. tak marah pun :)

dari kelate ke copenhagen said...

semua bergantung pada niat masing2

Lina Rahim said...

saya pun treat blog saya sebagai online diary..seronok treat blog sbg online diary sebab kita boleh letak link, boleh letak gambar, kalau diary biasa tu nak letak gambar nak print/cuci dulu dah pakai duit banyak..haha..(kedekut)

kadang2 ada juga orang yang tulis blog seolah2 kehidupan dia flawless, langsung takde kesedihan,semua indah2 belaka.
tak kurang juga yang judge kita (status kehidupan atau corak pemikiran) melalui apa yang ditulis di blog. bagi saya it is unfair sebab ada juga yang treat blog sebagai humor element dalam kehidupan bz mereka.

apapun, betul juga kata pengomen di atas, nak baca bacalah, tak nak baca sudah.

chenta said...

kaaan??lau tak suke, tutup je blog kita...tak payah nak komen and baca..

nn said...

hehe. teringat pasal gf Khairul Fahmi yang kena kutuk tu. tak pasal-pasal kan. padahal banyak lagi blog lain yang cerita pasal kisah cinta. yang kutuk and menyampah tu memang dasar pendengki and jealous. haha

therosputih said...

sangat setuju ngan komen cik nn tu, betol3...

suka ati kita la, dah nama blog kita...

chenta said...

nn : haaa...!itu pun salah satu contoh readers yg mcm i ckp..bila kita tulis, ckp kita show off la, menyampah la..haish..dengki!

chenta said...

therosputih : dengan i setuju tak?hehehehe

sebab tu title blog i " Suka Hati Sya"

Jelas dan nyata! ^_^

hudadida said...

hehe..same3..
tapi rasenye word yg sesuai digunakan adalah 'sharing' kot..
bkn show off..hehe ;P~
sbb ade rse nk kongsi jd sbb tu diletak kt blog utk tontonan & bacaan..
kecuali yg private-kn blog/web die..
yg tu xmo kongsi la tuh..=D~

Fina Sophie said...

eh memangla show off kan. if ada reader ckp sy ni show off sy tak kisah. sbb mmg show off pun n i am proud i show off benda2 yg sy nak show off. kehkeh. itu satu bentuk pujian tu. lalala.

shandye. said...

yg hairannya... kalau tak suka, kenapa baca? butang [X] warna merah kat hujung penjuru atas sblah kanan tu kan ada fungsinya. d'oh...

kusut said...

pade aku showing off kat blog memang normal lah. tapi sometimes.. some blogger chose the wrong words to express it and terlebih show off sampai pembaca dia rase meluat

tapi hakikat la kot. we can't always please everyone

chenta said...

fina sophie:

pujian?wah...anggap sebagai pujian pun best juga kan?heheheh

chenta said...

shandye : sebabnya dia still nak baca apa yg kita show off...sebab dia takde.."ko ade???"

hahahaha

chenta said...

kusut :

owh..word ye?itula..kadang2 kalau asyik sangat bercerita, mmg akan kuar ayat yg boleh buat org menyampah.tp contohnya macam dia pergi melancong ke jepun. confirm dia akan cite from A to Z sebab nak tunjukkan betapa dia rasa bertuah dan seronoknya dapat pergi jepun..bukan semua org dpt pergi. so bila dia asyik cerita, org plak salah paham..haish!

kita mmg tak boleh nak puaskan hati semua org..so puaskan la hati sendiri..hahaha

KeCiK said...

Ape-de-hal? Show off je brader.

Umpama naik beskal sendiri then out of the blue ada orang laen marah sebab main beskal.

:)

http://aniesandyou.blogspot.com said...

sy stuju! kdg2 rs nk muntah ijau!

chenta said...

siapa yg marah nak beskal tu??hheheheh

chenta said...

niieza : owh..kiranya takde show off la ni?hehehe..eh!tapi semua org bukan show off kan??cuma publish je..hehehhe

teruskan berblog k tak kira apa niat kita ada blog ^_^

chenta said...

dari kelate ke copenhagen :

wah..panjaaaaaaangnya nama ^_^

ye..semua bergantung pada niat kita, juga bergantung kepaa pahaman pembaca kita..

chenta said...

lina rahim :

ye..kita tulis dengan bermacam sebab..1001 sebab kalau nak disenaraikan..kdg2 niat ke mmg betul, cuma orang yg membaca je..takpela..kita bukan boleh puaskan hati semua orang kan??so kalau tak suka, pangkah aja!

chenta said...

hudadida :

cuba bayangkan button publish tukar jadi show off.agak2 orang nak tekan tak?hehehehe :P

yes..sharing tu betul juga.. ^_^

chenta said...

http://aniesandyou.blogspot.com

rasa muntah hijau sebab diorang show off ke??

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha... ikut ngan niat si penulis. kalau memang niat show off, show off la nampaknya. kalau kita tak niat pun nk show off, orang kata kita menunjuk2, pedulikan saja..

enjoy blogging..

syaftome said...

terpulang lah kepada pembaca utk baca atau tidak...

becoz reading is a choice...
and write comment is also a choice...

if we don't want to read and write a comment...just leave, and click that "X" button...

how easy is that...hmmm...
and yet people chose to criticize...

chenta said...

asada : yeah..pedulikan saja..tp kdg2, terasa juga dihatikan? ^_^

chenta said...

syaftome : manusiakan tak pernah puas..tak kisah pd diri sendiri atau orang lain.sebab tu nak kritik aje...hehhe

humbleyat said...

show off..?takde lah,,yg penting jgn lebih2 sudah hehe..berpada2.kita publish and sharing aje kan..he2..
supaya lebih bermotivasi :-)