Thursday, January 13

Berperahu Di Sungai Sarawak cari Kek Lapis

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


Wahhhhhh dah lama sangatkan tak terbitkan entri kat sini. Bercuti panjang sepanjang bulan Disember. Konon-kononnya selepas Krismas kehidupan aku dah lega semula. Ternyata meleset sama sekali. Apa tidaknya, balik dari Dhaka, Bangladesh aku kena demam, selsema dan batuk-batuk yang teruk. Hingga sekarang batuk itu masih belum lega lagi.

Dah lama sangat tak menulis kat sini, minggu lepas, aku terbabas. Lupa pula rutin hidup setiap minggu sebelum ini. Jadinya, kali ini aku akan kongsikan pengalaman aku semasa berperahu di sungai Sarawak. Berperahu?



Sarawak memang terkenal dengan ikan terubuk dan kek lapisnya. Sepanjang ke Sarawak yang entah berapa kali dah buminya aku pijak, biasanya hanya sempat beli ikan terubuk sahaja di pasar Satok. Kalaupun beli kek lapis, aku hanya beli di kawasan waterfront sahaja, tidak pernah sekalipun menjengah ke kilang tempat buat kek tersebut.

Semasa jejakkan kaki di bumi Kuching lagi pada bulan Disember 2010 lepas, aku nekad untuk ke kilang kek lapis. Kek lapis Dayang Salhah. Letaknya di seberang sungai sarawak; Kampung Gersik yang berada di tebingan sungai sarawak, bersebelahan dengan kampung Boyan. Betul-betul di hadapan waterfront.

Naik perahu seberang sungai, tambangnya hanya 50 sen sehala. Sebenarnya aku lebih teruja nak naik perahu tambang lebihi daripada cari kek lapis Sarawak. Tak dapat nak menahan perasaan dah, asyik memandang je orang naik perahu seberang sungai. Jadinya, tunggu apalagi. Cari sahaja alasan untuk berperahu kan? Seminit je masa pun untuk seberang. Aku ke sana kira-kira jam tiga petang. Terus ke kilang kek lapis Dayang Salhah yang diusahakan di rumah sahaja sebenarnya.

Waterfront dari Seberang (kampong Boyan dan Kg Gersik). Waktu malam mesti cantik ni..
Sampai di teping seberang sana, aku ikut kaki sahaja, kemudian tanya orang. Kita akan jumpa beberapa gerai menjual kek lapis di kampung ini, tetapi disebabkan aku nak cari kek lapis Dayang, aku cari juga sampai jumpa. Letaknya di belakang surau Kampung Gersik. Kalau kat gerai tu, kek lapis diusahakan orang lain. Ramai orang yang aku jumpa berpesan untuk beli kek lapis Dayang sahaja kerana rasanya yang lebih sedap. Tak tahulah pula sejauh mana kebenarannya. Aku bukannya kaki kek lapis, mana-manapun pakai rembat sahaja. Namun, alang-alang dah menyeberang, cuba ajelah cari yang paling sedap.


Kek lapis Dayang Salhah diusahakan di rumah sahaja. Bila sahaja masuk, kita akan lihat satu meja yang dipenuhi kek lapis tersedia dipotong dan dimasukkan dalam bekas tertutup. Kita boleh rasa sebanyak manapun yang nak. Rasa sahaja sebanyak mana kita mahu. Banyak jenis dan macam-macam rasa.
Kek-kek lapis pula tersedia di atas rak keliling bilik tersebut. Pelbagai jenis dan rasa. Paling murah RM10 tetapi sekiranya kita nak beli yang agak sedap sedikit, harganya pelbagai. Jadinya…rasa dahulu hingga kenyang (aku rasa sampai nak muntah), kemudian boleh pilih sendiri di rak ataupun minta adik-adik yang kerja kat situ tolong ambilkan.
Seberang sungai semula untuk balik
Mereka akan packing dengan kemas sekiranya kita beli banyak. Masukkan dalam kotak dan tulis alamat sekiranya kita nak masukkan dalam kargo. Bagi sesiapa yang nak beli secara online juga boleh…boleh buat tempahan seperti yang terdapat di web mereka Kek Lapis Dayang Salhah.

Sejarah dan cerita tentang kek lapis Sarawak boleh dibaca di sini

Sekarang Ni, anda tidak perlu lagi ke Sarawak semata-mata hanya nak rasa kek lapis. Order sahaja secara online, nanti tunggu depan pintu je.

Maklumat lanjut pasal tempat ni boleh diperolehi di laman web Kek Lapis Dayang Salhah.

email: sedap@keklapisdayangsalhah.com, keklapisdayangsalhah@gmail.com
Selepas ni, ramailah orang boleh merasa kek lapis sarawak ni ya. Maklumlah, boleh order je secara online, kemudian tunggu depan pintu rumah sambil sediakan minuman panas ;)

 

Mengenai Penulis Entri Ini :
Anyss juga penulis untuk blog Saat Kau Sentuh Hatiku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Anyss. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga .

8 comments:

therosputih said...

entry ni wat i teringin nak ke sarawak jugaklah...walaupun tak suka kek lapis, tp nak jugak lawat kilang tu...=)

http://aniesandyou.blogspot.com said...

i love kek lapis s'wak..kalu mkn x ckp 4..

anyss said...

The Ros Putih: hu hu hu boleh makan FREE berapa banyak pun nak kalau larat...itu yang best tu ;)

anyss said...

aniesandyou: kalau FREE lagilah tak kata apa-apa, kunyahhhhh je ;)

humbleyat said...

kalau beli kek lapis, mesti syg nak makan cepat2..he2..

mneghargai org yg wat kek lapis...:-)

anyss said...

Humbleyat: saya akan makan cepat2, risau orang lain habiskan hu hu hu

r.k said...

ah , lapar kek pulak dah ni . ahhhh .. sedapnya kek lapis .. takmintak resepi ke ? XD

anyss said...

r.k: Alamak! kalau mintak, depa bagi tak?