Thursday, January 13

. Auto Blogwalking? .

...................................................

Dunia Blogger kena jujur dan ikhlas, ryte? Kalau sebut pasal Blogwalking mesti ramai yang kadang-kadang tak tak ade mase nak buat BW. Sama lah macam aien, dan disebabkan ini Traffic Blog kite akan jatuh. Tapi tarakhal kalau Traffic Blog jatuh, sebab kite boleh perbaiki semula kan. Kalau sehari kite dapat buat 1 atau 2 entry, dah kire bagus. Kalau kite sibuk macam mane pun, dapat buat 1 entry pun kire berbaloi. So kalau ade mase kite boleh Blogwalking or Membalas kunjungan Blogger yang datang berkunjung.
Tapi yang tak bestnye, bila wujudnye Auto Blogwalking dalam blog kite. Okey, aien bukan nak membantah penggunaan Auto Blogwalking dalam dunia Blogger. Sebagai seorang Blogger, aien ade ulasan dan pandangan sendiri tentang penggunaan Auto Blogwalking ni. Bagi aien secara jujurnye memang tak adil kalau ianya digunakan. Bayangkan, kalau penuh je Shoutbox kite dengan jejak kasih dari Blogger lain, tapi kite punye traffic tak meningkat pun. Secara tak langsung, kite akan membalas kunjungan mereka yang menggunakan Auto Blogwalking, sedangkan mereka just tinggalkan jejak di Blog kite tanpa meninggalkan komen atau kesan pada Traffic Blog kite.
Bukanlah niat aien mengejar Traffic Blog, Tapi macam mane pulak kalau mereka menggunakan Auto Blogwalking pada Blogger yang mempunyai Traffic Blog yang tinggi setiap hari. Kite semua tahu, Blogger baru pasti akan berkunjung ke "Otai Blog" untuk memperkenalkan blog baru mereka dalam mase yang sama meningkatkan Traffic Blog. So, Blogger Baru mesti lah berkunjung jugak ke Blog lain yang meninggalkan jejak di Shoutbox si "Otai Blog". Dan mungkin salah satu Blog yang dikunjungi adalah Blogger yang meninggalkan jejak secara Auto Blogwalking. Maka, adil ke bagi Blogger baru, meninggalkan jejak tapi Blog mereka Tak dijejaki semula? Kesian..
Cara nak kesan samada wujudnya Auto Blogwalking dalam blog kite di shoutbox, kebiasaannya komen atau jejak yang ditinggalkan tiada Smiley di penghujung ayatnye. Sebab software ni tak ade Smiley atau simbol yang diwujudkan dalam komen mereka. Jaga-jaga cik siti hehe! Aien tak menghalang Auto Blogwalking yang diwujudkan, cuma mungkin ini pendapat dan sepatutnye aien luahkan. Sekian Terima Kasih.
Gosip: Marahlah, serang lah cik aien kalau kate2 sangat melampau :)


Mengenai Penulis Entri Ini :
cik ain juga penulis untuk blog Cik Ain Nabila. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan juga di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label cik ain. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Jangan Give-up Okek!.

8 comments:

therosputih said...

betul tu...kadang2 tgk shoutbox mat saleh mana lak komen nih, komen y takde kaitan pape...apa kes...

ztie said...

komen yg xde papa tu mmg menyemak. Hehe... Tp.. Ntahlah. Nak kata salah xjugak. Betol pun x.. Kalau bW dgn niat mmg nak BW lagi syok. Tambah kenalan baru

||aLeaSaRa|| said...

hye slm sggh pagi jumaat.erm tak fhmlah ttg penggunaan smiley tu.coz'kite jrg nk guna..tak pnh tau dan tak reti nk auto bw ni dan tak minat pun he3..

shandye. said...

sebab itulah kita sebenarnya digalakkan untuk moderate komen kita. kadang2 sesebuah blog itu terlalu kerap dikunjuingi para autoblog-walker ini sehingga ruang komennya dipenuh komen-komen tidak perlu yang berulang sehingga pihak google tersalah kesan itu semua sebagai spam, seperti apa yang berlaku ke atas blog lamaku.

humbleyat said...

means, kena wat smiley selalu la kan bila blogwalking hehe..:-)

kalu guna auto blogwalking, nmpk kurang ikhlas la pulak kan?

r.k said...

auto BW ni kat shoutbox je kan .. sebab tu lah ghua tak pakai shoutbox . tapi kalau kat ruang komen , gi jahanam la . bukannya ghua tak tahu yang tu auto BW , ayat sepesen je . haha

Norasikin said...

Memang frust sebab autoblogwalking ni cuma memberikan traffik sehala je. Hanya untuk pengguna autoblogwalk sahaja yang dapat trafik bila kita membalas kunjungan. Tu sebabnya saya lebih suka komen dalam entri. Sekurang-kurangnya komen saya kekal lama disitu.

Tapi saya letak syarat kat shoutbox saya. Bila memenuhi syarat baru saya membalas kunjungan. Kalau tak cukup syarat, saya anggap autoblogwalk la tu. Dah macam akismet manual lak heheheh

arieDRifke said...

Salam.. Pada pandangan saya,software blogwalking ini sebenarnya tidak semua yang mengarut atau yang tidak boleh digunakan.. ada je software blogwalking yang bagus. Maksudnya yang benar2 bagi traffik... contohnya:

Software percuma blogwlaking separa automatik!! Try check it out...

Jangan salah faham.. Aried antara mereka yg benci orang guna auto blogwalking.. tapi bagi aried, separa automatik mcam software ni bgus... sebab senang kerja n cepat...