Monday, January 10

Asas protokol dan etika majlis rasmi.


Assalamualaikum readers yang dihormati.

pernah tak korang nampak seseorang yang memakai baju Melayu lengkap bersamping tetapi tidak bersongkok, malahan memakai selipar biasa/selipar jepun/crocs bila berada dalam majlis rasmi? saya pernah! pernahkah anda berjumpa atau ternampak wanita yang memakai fesyen-fesyen yang tidak sesuai bila berada dalam majlis rasmi? dan pernahkah anda berada dalam satu majlis, di mana orang yang hadir sama masyaAllah, sangat tidak bersopan?


semester lepas saya belajar ambil kokurikulum pengurusan acara sukan. dan Alhamdulillah, saya akan berkongsi dengan anda semua tentang perkara ini dari semasa ke semasa. dalam pada masa yang sama, kita dapat mempraktikkannya apabila berada di majlis rasmi.

Pendahuluan;
Etika merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun sama ada dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kreadibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis.

Jenis-jenis majlis rasmi

1. Majlis Penuh Istiadat
Istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh menteri

2. Majlis Rasmi dan Formal
Majlis jamuan makan malam yang dihadiri oleh Perdana Menteri untuk seseorang ketua negara asing
3. Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal
Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh sempena hari kebangsaan

4. Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal
Dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri

5. Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal
Seperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta.

okeyy. hari ini kita berkenalan dengan jenis majlis rasmi dulu. entry kemudian kita akan berkenalan pula dengan eleman penting etika dan tatahias pakaian dan gaya [yang ini paling penting]

sekian. :)

Mengenai Penulis Entri Ini :
afifaa. juga penulis untuk blog .wilayah afifaa.. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label afifaa.. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 01012011.

11 comments:

kusut said...

article yg menarik! tapi kene tunggu sambungan la pulak.

tak penah tau pulak baju melayu tapi tak bersongkok tu dikira tak sopan

therosputih said...

dulu masa belajar, kolej buat sambutan jubli perak, panggil sultan selangor datang rasmi, perghhh...sangatla tensen ngan sesetengah y tak ikut protokol, ada y kena sumbat ngan kepala tongkol karang...

Liz said...

terbaik....tengs for sharing..

F@QIHFIQH said...

info yg sangat berguna..*thumbs up*

syaftome said...

hmmm...bagus...
benda baru...haha...
xpernah pun nak ambil tahu...
w/pun selama nie kerja kat unit protokol negeri...hahaha...

ps: tp memang betul...setiap majlis memang ada manualnya sendiri...
xkiralah rasmi atau tidak rasmi...

ps: yg penting...kena sempurna...kalo tak...bos marah nnti...haha... :)

shandye. said...

setuju dengan kusut.

selalu benar ke majlis rasmi dengan berbaju melayu lengkap bersampin dan bercapal (atau berkasut hitam, mengikut kesesuaian dan lokasi majlis semestinya!) tetapi selalu pula tidak bersongkok, melainkan kalau menghadiri majlis rumah terbuka atau makan beradab.

entahlah.

selalunya kalau saya dijemput ke majlis-majlis rasmi saya akan ringan mulut bertanyakan kepada penganjur tentang jenis pakaian yang saya boleh dan tidak boleh pakai.

maharam said...

Salam,
Tahniah. Menarik artikel ini.

Tak ramai yang tahu macam mana nak ikut protokol majlis rasmi. Itu sebabkan ada yang terbabas pakai macam artis ke majlis rasmi, apalagi kalau melibatkan kehadiran "Orang Istana"

Jom baca;
Perpindahan Tempat Kuliah

afifaa. said...

@ kusut; artikel panjang sangat. sabar lah nak menanti sambungannya itu :)

@ therosputih; pelajar. biasa la. susah sangat nak ikut. memang la geram kan, tapi makin ditegur makin menjadi-jadi!

@ Liz and F@qih; no biggie, tapi ada sambungan. teruskan membaca. hee.

@ syaftome; agree! yang penting, jangan bagi bos marah :P

@ shandye; :)

@ maharam; wsalam. sekadar perkongsian yang lect ajar. :)

humbleyat said...

pernah handle protokol program..mmg fussy la..klau kita tak tau cara yg betul2 praktikal..

anyway, tak sabar tunggu next entri..:-)

r.k said...

ghua selalu jadi komiti tapi tak pernah dan tak berani langsung nak hendel bab protokol . takut wo, berat gile ! (setakat usher penah lah XD )

baru ghua tahu majlis biasa yang ada rasmi-rasmian tu adalah majlis tak rasmi tetapi formal .. ooooo

afifaa. said...

@ humbleyat; betul. kalo yang pegang protokol tu laa yang beratnya.

@ r.k; saya pn tak pernah. hehe. tapi kena start belajar la dari sekarang. esok-esok kena handle jugak prog kecik ke, besar ke.