Friday, January 14

Asah Ketajaman Bakat Menulis Anda



Ramai orang dianugerahkan bakat untuk menulis. Ada secara semulajadi, ada juga yang mengasah bakat tumpul berkenaan hingga tajam dan berkerlipan melalui usaha dan kerja keras.

Menulis memerlukan latihan. Bersifat berterusan juga. Bagi anda yang kreatif, terdapat pelbagai cara untuk asah bakat tersebut agar lebih menyerlah dan bersinar. Ada yang menjadikan blog sebagai taruhan agar mereka boleh menulis setiap hari. Lama kelamaan, setiap entri yang diterbitkan itu akan menunjukkan peningkatan mutu kerana bakat menulisnya sentiasa digilap. Itu latihan menulis cara moden yang tidak membosankan. Anda tak sedarpun bakat telah digilap dan mula bersinar.



Ada juga penulis memuatkan hasil karyanya secara online. Pembaca boleh membaca terus di blog atau website, malah di facebook. Mereka ini mempunyai peminat yang tersendiri. Ratu bulan umpamanya, mencipta nama melalui blog penulisannya http://novelratu.blogspot.com/lebih dahulu hingga dilamar penerbit untuk menerbitkan e-novel pertamanya prince charming dalam bentuk novel cetakan.
Anda boleh lihat bagaimana kuasa teknologi dalam memasarkan produk? Walaupun pada peringkat awalnya hanya disiarkan secara berkala di laman blog, Ratu Bulan akhirnya berjaya menyempurnakan impiannya menjadi novelis. Kini beliau telah menulis beberapa buah novel.

Seorang lagi penulis yang berjaya ketengahkan bakat menulisnya secara maya pada peringkat awal adalah Mardina Mohd Jamil, telah terbitkan novel pertamanya Kasih Aryssa. Novel pertamanya ini, asalnya telah diletakkan dalam forum perbincangan maya, Caluk Corner. Akhirnya novel tersebut telah diterbitkan Creative Enterprise pada tahun 2009. Kini, penulis ini masih lagi menunggu dua buah manuskripnya untuk diterbitkan, selain mempunyai blog penulisannya, Dina Karya.


Bagaimana dengan anda? Ada bakat menulis? Yakin dengan bakat penulisan anda? Bagaimana mahu tajamkan lagi kredebiliti dan kreativiti anda? Bagaimana mahu menguji pasaran dan pembaca? Mengapa tidk jadikan dunia maya sebagai gelanggang awal untuk anda kenali pembaca anda? Kenali apa yang pembaca ingini. Kenali juga penerimaan pembaca sasaran anda. mengapa tidak mencontohi mereka?

Masih belum yakin? Tidak mengapa. Sebagai permulaan, anda boleh bina blog sendiri. Tulislah blog itu secara berhemah. Sesekali, apa salahnya masuk pertandingan atau peraduan yang dianjurkan oleh blogger lain. Kalau tak menang, tidak mengapa. Bukan semua orang kenal anda secara maya. Tak perlu malu. Namun, kiranya menang, itu tandanya bakat anda dah semakin mantap. Walaupun hadiah yang ditawarkan bukanlah besar sangat (ramai yang beri hadiah tambah nilai kredit telefon), namun itu sebenarnya adalah pengiktirafan kepada anda. Maksudnya, tulisan anda ada nilai yang tersendiri.

Sejak bulan Disember 2010 lepas, saya nampak ada satu kontes menulis cerita lawak yang dianjurkan editor 100 penulis, Anyss di blognya. Banner kontes ini juga dilekatkan admin di 100 penulis. Jadi apa kata kiranya anda serbu blog Anyss dan masuk peraduan menulis cerita lawak ini secara beramai-ramai? Masa masih ada. Sempat lagi buat satu entri pendek tentang cerita lucu.


The Ros Puteh pun ada buah peraduan juga. Mudah sahaja. Hanya perlu tuliskan mengapa anda nak chasing telefon berkait yang cantik itu. Bukan panjangpun kena tulis, tidak lebih daripada 111 patah perkataan sahaja. Pendek sahaja kan? Apa kata cuba?

Agak-agaknya, Anyss dan Ros Puteh akan berikan saya salah satu broach atau chasing telefon warna pink tersebut tak sebab promosi peraduan anjuran mereka berdua ni?


Mengenai Penulis Entri Ini :
Maharam Mamat juga penulis untuk blog Dunia Menulis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Maharam Mamat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Perpindahan Tempat Kuliah .

7 comments:

therosputih said...

wah...ga ku? hehehe...thanks maharam mamat sbb promote...moga ga tu dapat sambutan menggalakkan...

pss...casing? hehehe...joinlah, mana tau dapat sesuatu...i'll wait for you...hehehe

||aLeaSaRa|| said...

kite sbnrnya minat menulis dan suka berkarya.cuba tgk entri kite mesti pjg berjela he3..tp tak tau mcm mn nk mulakan lgkh.dulu bkerja di klia skrg fulltime housewife.tgh mencari bgmna nk tmbhkan income dgn menulis huhu

Hafriz el-Muhammady said...

sy mcm minat mnulis.. tp xde kyakinan. sbb idea dtg pd wktu2nya..
x konsisten.. cmne nk bt ek?

humbleyat said...

minat sgt menulis..dulu selalu buat karangan kat sekolah panjang dan pastikan lain dari yang lain...:-)
he2..

anyss said...

Salam,

Cadangan yang sangat bagus tu...sila join kontes cerita lawak tu ramai-ramai.

Kalau malas join pun tolong promosi reramai ;)

kusut said...

hm.. selalu harap satu hari nnti aku akan tulis 'kisah cinta teragung' aku sendiri. confidence tu yg aku kurang.

mungkin start small adelah yg terbaik.

cadangan utk join contest anyss tu menarik. minggu ni mungkin aku cuba kumpulkan idea, and hope boleh join kontest tu. jom kite join ramai2

r.k said...

honestly , ghua memang minat menulis sir , tapi sekian lama , ia ditinggalkan . sekarang dekat 100p lah tempat untuk cerekanyawa-cerekanyawa ghua . dekat Separuh Hayat hanya ada pusi dan sajak .

terima kasih 100p !