Friday, January 7

apa salah aku sebenarnya



ini adalah sekadar luahan hati aku, bukan mahu tuding jari kepada sesiapa

aku ada sorang kawan lelaki, kenal since sekolah rendah, pastu sekolah menengah sama2, tingkatan 4 ngan 5, sekelas...dari dulu smpai sekarang, aku anggap dia kawan aku...dulu, mase dia kapel ngan kawan aku, bangkang pun tidak, setuju pun tidak...

bagi aku, zaman persekolahan adalah untuk belajar dan belajar, tak timbul isu cintan2 nih, setakat crush2 tuh biasalah, dah nama remaja, masa tu baru nak pilih identiti yang mcm mana kan...aku sendiri pun ada beberapa kali crush ngan senior2 best kat sekolah...

lepas spm, masing2 ikut haluan masing2, aku ngan cara aku, dia ngan cara dia...jarang2 jumpa, jauh sama sekali ber sms...

sekali, dia sms aku...aku balas, dia balas lagi, aku pun balas jugak...kemudian senyap...esok pun begitu jugak, dia sms aku, aku balas, dia balas lagi, kali ni aku tak balas...

berlanjutan selama beberapa ari, mungkin cecah seminggu dua kot, dah lupa sbb tak pernah nak ingat...buat apa nak ingat...kwn sms, perlu ke ingat smpai bertahun2? lainlah kalau ada isu yang memang akan ingat smpai bila2...

satu hari, dia sms...aku demam...dia suh jaga diri, makan ubat...petang tu, dia sms lagi, tanya dah makan ubat belum, malam pun sama....hai...sejak bila dia amek berat? baru seminggu ber sms, takkan boleh jadi sangat mengambil berat pulak...terus terang, aku tak suka cara dia, sangat melemaskan dan merimaskan aku...

satu ari, dia bgtau dia ada kejutan, bila aku tanya, dia cakap aku akan tahu bila tiba masanya...pastu dia terus senyap...aku malas nak sms dia, sbb aku nyampah ngan sikap dia, cara dia, bahasa dia...pendek kata, semua ttg dia aku tak bape berkenan, tetapi aku tetap berkawan, prinsip aku, apa salahnya utk aku berkawan dgn dia, dia tak buat apa2 yang salah...

perkara pertama yang aku terlintas bila dia cakap ada kejutan, kenapa mamat ni? nak minang aku ke? gile ke apa...

bila tiba masanya, tahulah aku, apa yang sememangnya terlintas di fikiran aku itu betul2 jadi kenyataan, bezanya, aku takde kat umah, tgk kuliah, mak aku yang bgtau aku, dan jawapan aku senang je kat mak aku, jika aku menjadi calonnya, aku berhak utk tahu apa yang bakal terjadi kepada hidup aku, bukan main datang dan mintak aku jadi tunangannya, bukan begini caranya

jika aku hidup di zaman atuk nenek aku, mungkin jawapan aku hanya berdiam diri, tapi ini aku hidup di zaman aku berdiri hari ini...sekurang2nya, nyatakanlah apa yang terbuku di hati kepada aku, bukan main datang je...jika sebelum ni berani sms aku, kenapa tidak sms saja dan bgtau hal ni, kenapa? takut? malu?

persoalan dan ketidakpuasan yang ada dlm diri aku, smpai ke hari ini masih belum ditebus...dia terus senyap...

apa yang aku dengar, dia mahu calon isteri dari kalangan guru, aku termasuk dlm kalangan itu...maka, aku menjadi pilihannya...kenapa? disebabkan kerjaya aku guru, maka kau mempertimbangkan aku? apa yang kau mahu sebenarnya? seorang perempuan sebagai isteri atau kerjaya guru sebagai isteri?

bagaimana dengan aku? aku mahu seorang suami yang benar2 mahu menjadi suami, pelengkap kepada kehidupanku, bukan suami yang mahukan kerjaya aku kerana aku tahu, kerjaya itu tidak kekal, yang kekal adalah aku isteri kau, kau suami aku...

aku benar2 berang dengan tindakan dia...smpai hari ini, dia masih belum menghubungiku, tidak menegur aku, termasuklah ahli keluarganya yang lain...bila lalu depan aku, seolah2 aku ni halimunan, langsung tak ada...tunggul kayu pun ada harga diri...

baru2 ni, aku dapat tau, kau sudah bertunang, dengan seorang GURU...mmg sudah aku jangka...

aku tak kisah kau bahagia ke tak, tp aku cuma nak tanya? salahkah aku jika pinanganmu itu aku tolak? apa salah aku sehingga kau dan keluarga kau memperlakukan aku sebegini?

aku masih lagi menjaga air muka kau sekeluarga, tapi begini layanan yang aku dapat...terima kasih yang tak terhingga...

notakaki : terima kasih sebab bace entry ni smpai habis, dan sangat2 berterima kasih pada mereka yang sudi memberikan pandangan dan pendapat buat aku


Mengenai Penulis Entri Ini :
therosputih juga penulis untuk blog therosputih. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap hari Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label therosputih. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah GA saya nak phone casing.

20 comments:

ch!natsu said...

xperlu fkr apa salah kamu sbnrnya..
biarkan dia..~

Aida Ismail said...

tak salah menolak, dan kadang-kadang kalau kita perhatikan, setiap yang berlaku lagi banyak mematangkan kita. Redha dan yakin pada Allah. InshaAllah, pasti Allah temukan yang terbaik buatmu.

memilih guru sebagai isteri , sangat menarik isu nie.

lelaki yang baik adalah lelaki yang baik agamanya, bagus imannya =)

Zulkifly Omar said...

itu hak masing-masing nak tolak atau tak.. kalau kita dah berkenan.. ikut ja kata hati kan. dah dia yang terlampau yakin pergi hantar org meminang sapa suruh.

ni bukan zaman dulu-dulu semua parent yang buat keputusan.. parent kita skang pun pikir juga apa pandangan anak-anak dorang.. huhu kalau kita takda perasa dengan dia.. buat apa kita terima kan.. huhu

tindakan awak tu dah betul.. xperlu la kisah sangat apa dia pikir.. yang penting kita masih hormat dia.. dan kita masih jaga maruah kita...^^

shandye. said...

aku tak nampak kat mana silap ko. rasanya tindakan ko tu dah betul dan kalau aku di tempat ko pun aku akan buat yg sama.

tak salah menolak kalau hati kita kuat mengatakan yg itu bukan untuk kita sebab aku yakin Tuhan sendiri dah tetapkan dengan siapa kita akan bersama akhirnya. tak gitu?

anyway.... have a great weekend ahead of you! ngee...

kEruL said...

u tak salah dan u da nyatakan prinsip u...
bile bc entry nie teringat kisah sendiri, bile teman lelaki diam seribu bahasa tup2 mintak putus tanpa ade sebarang alasan.
apa salah aku???...sampai sekarang masih tertanya2 sebab sampai sekarang masih tak dpt terima orang baru.
apa salah aku?
anyway...len klu terima kejutan pinangan dari org yang kite suke dengan dari orang yang mmg kite tak sangka akan meminang apatah lagi dari orang yang kita tak berkenan...
ape-ape pun good luck to u, semoga kita berjumpe dengan insan yang mampu menjadi imam kita dan keluarga...amin =)

~~DucKneSs~~ said...

agak memahami perasaan ko.tapi tak separah tu kot.anyway, the problem dah larikan diri dari ko. mungkin tu adalah satu yang positif. [in these era, we HAVE to think +ve, kalu x, kompem naya]

nway, salam persinggahan..singgah2 la umah aku plak..

therosputih said...

aida ismail
ramai antara kawan lelaki yang aku kenal, sume nak pilih calon isteri dari kalangan guru...

aku selalu berpegang pada kata2 itu, lelaki yang baik adalah lelaki yang baik agamanya, baik imannya, dan baik tingkah lakunya...

yakin allah itu maha mengetahui

therosputih said...

zulkifly omar
pertama kali dgr pendapat seorang blogger lelaki psl isu ni...thanks sesangat...

selalu cakap kat diri sendiri, tak perlu nak balas dendam atau geram2 ngan isu ni sebab kalau diikutkan perasaan, tak mustahil jadi mcm laki tu gak kan...apa beza saya ngan dia? hahaha..."sorilah, aku jauh lebih baik dari kau..."-->selalu cakap mcm tu kat diri sendiri, kadang2, rasa mcm psiko la plak aku nih...hehehe

therosputih said...

shandye
sangat lega bace komen kau...thanks sesangat...

therosputih said...

thanks blogger sekalian kerana sudi komen...sangat2 menghargai sume kata2 itu...

terus rasa kuat tetibe...hehehe

Zulkifly Omar said...

xda beza laki ngan perempuan..sama ja dua2...hehehe.. betul la apa awak buat tu... sentiasa pikir yg kita lebih baik dr dia...

zahidah dihaz said...

memilih calon isteri hanya dari kerjayanya? tak setuju..

terus berjumpa keluarga untuk meminang? setuju...

maksudnya di sini ada pro/con...

apa-apa pun fikirkan yang terbaik untuk diri sendiri....semoga kita sentiasa dilindungi dan diberikan yang terbaik oleh yang Esa...

New enter: Ustaz Amirul

therosputih said...

chinatsu
tak fikir dah, tp last2, fikir jugak...nympah...

kerul
terima pinangan dari orang yang kita mmg berkenan memang sangat2 berkenan la, tapi kalu dari orang yang kita tak berkenan, huh...sorilah, mmg tak suka la...

thanks...masih mencari insan yang boleh menjadi ketua dan imam dalan hidup ini...

therosputih said...

duckness
think positive always...selalu cakap, dia lebih berhak untuk GURU yang sesuai dgn dia, tapi bukan aku, itu yang pasti

zulkifly omar
thanks again...

zahidah dihaz
betul tu, sentiasa doakan diri kita mendapat yang terbaik yang telah ditentukan oleh allah, ada hikmah di sebalik semua ini kan...

izfanora said...

bygkan..
ayah, mak, kakak, abg : semuanya pendidik (guru dan pensyarah)

adik : bakal guru

apa yg terjadi dgn aku?

kenapa sy bgtahu begini? ini pendapat sy krna sy berada dlm klgn pendidik. mentaliti mereka yg tidak dlm klgn itu biasanya berkata, "guru punya waktu untuk keluarga. cuti pun byk."

tapi, apa yg anda buat tue betul. pegangan yg kuat. setiap yg berlaku ada pro dan cons. yakin dan berdoa, tuhan pasti tunjuk jalan.

therosputih said...

izfanora
benar...mereka yang bukan guru tatau situasi sebenar guru, tension jugak bila org cakap kerja guru senang, ada byk masa luang, cuba jadi guru selama sebulan? tgk mcm mana?

semua kerja adalah mencabar, kalu tak mencabar, mana ada manusia tahan nak keje...lagi satu, kerja yang paling best adalah bilamana kita kerja, kita rasa seronok je, tak kisahla kerja apa sekalipun, as long as kita rasa gembira melakukannya...

hidup ni kadang2 kita unfair, tp satu tahap nanti, kita akan tgk apa hikmahnya...

kusut said...

manusia ni kadang2 kelakar. dia nampak apa yg dia nak tengok je. kadang2 benda yg tak berlaku pun dia nampak macam nyata.

and kadang2 sebabkan perasaan, kita pun nampak apa yg kita rasa kita nak tengok. betul dan salah nye belum tentu.

tapi kadang2 lagi elok kalau tak dipikirkan sgt perkara2 mcm ni

therosputih said...

kusut
sangat setuju, kadang2 kita dipengaruhi oleh perasaan, sebab tu lah kita kena selalu minta pendapat mereka yang tak terlibat, dengar pendapat, terbuka fikiran...

kadang2 tu terfikir, kadang2 tu ah...lantak kau lah, malas nak fikir...

humbleyat said...

setuju juga pasal.kahwin dgn kerjaya? mmg takpatut..sebab kita perlukan keikhlasan bukab sebb kerja kita..
bila dtgnya ikhlas itu, masatu tak kisah lah kerjaya apa pun..
macam kisah sayang antara Nabi s.a.w dan saiditina khadijah:-)

sukarnya nak jadi saidatina khadijah, pandai membezakan permata dan kaca di kalangan lelaki..!:-)

therosputih said...

setuju benar ngan humbleyat