Thursday, January 20

Apa Nak Buat Bila Cuti?


Hari ni Taipusam. Cuti ya kawan-kawan. Memang seronok cuti, tak payah pergi kerja. Boleh rehat puas-puas. Namun, tak kan hanya nak melingkar macam ular sawa kenyang je sampai lupa nak mandi.

Kalau cuti sebegini, walaupun sehari (malasssssnyeeee nak kerja semula hari Jumaat tu!), paling tidak, nak juga kita lakukan sesuatu perkara. Apa nak buat ya?

Bagi yang malas nak pikir, aku nak cadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan;




Kemas Rumah
Apa kata kalau manfaatkan hari cuti ni untuk kemas rumah, sapu habuk dan sampah, mop lantai, kemas dapur, basuh baju segala. Selain suasana rumah akan lebih kemas, teratur, bersih dan ceria…boleh juga kurangkan lemak-lemak yang terlebih kata mana-mana tu kan…maklumlah, selama ni nak bersenampun tak sempat kan (atau tu sahaja alasan yang sengaja dicari).

Masak
Asah bakat anda memasak. Kalau sebelum ini tahu masak air, apa salahnya masak megi me pulak. Esok lusa kalau ada cuti lagi, boleh belajar masak telur mata kerbau pulak. Tak kanlah nanti pergi rumah bakal mak mertua, masak cekodokpun tak lepas ;)

Cuci kereta, motor, longkang, tandas,…apa sahaja yang boleh dicuci
Aktiviti ini juga boleh mengurangkan kapasiti lemak dan kalesterol dalam badan. Boleh hindari tempat pembiakan nyamuk juga ;)

Seterika semua pakaian dalam almari
Kalau kita seterika semua pakaian, lebih jimat elektrik. Lagi pula, kan bagus kalau semua pakaian kerja kita seterika siap-siap. Bila pagi, bersemangat sikit nak pergi kerja. Kalau rasa baju anda tidak begitu cukup untuk diseterika, boleh coling-coling saya. Apa salahnya bantu saya beri semangat untuk ke tempat kerja barang seminggu dua. Ya tak? Errrrrr dapat pahala tau!

Jogging
Apa kata pergi jogging di taman ke, padang ke…sambil berlari-lari anak macam champazi kejar kutu, bolehlah jamu mata sekali. Udara memang segar, mata juga boleh disegarkan. Pada masa yang sama, bolehlah berinteraksi dengan orang sekampung ke, setaman ke, setasik ke…kan eratkan silaturrahim tu ;)

Window shopping
Ini memang aktiviti yang sangat disukai ramai. Walaupun tak ada duit, masih ramai juga melangut dan menyepahkan diri di pusat beli belah. Jamu mata dan uji ketahanan diri untuk meningkatkan kesabaran agar tidak berbelanja. Aktiviti sebegini juga bagus. Selain menghabiskan seposen dua kat tandas, paling tidak anda boleh menyemakkan lagi kepadatan sedia ada kat pusat beli belah.

Mmmmmm sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh kita buat bila hari cuti sebegini. Selain berehat di rumah, terbongkang depan tv sambil peluk bantal busuk, ada baiknya kita buat sesuatu kan? Kalau nak tahu apa lagi yang boleh dibuat…aku cadangkan korang bolehlah baca blog ni: Saat Kau Sentuh Hatiku. Kata tak tahu nak buat apa bila cuti macam ni, kan bagus kalau baca blog aku hu hu hu


Mengenai Penulis Entri Ini :
Anyss juga penulis untuk blog Saat Kau Sentuh Hatiku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Anyss. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Beli Belah Sakan di Tengah Dhaka .

10 comments:

||aLeaSaRa|| said...

hye!lepak umah kg best kot!masa nilah nk belek2 majalah,nak selongkar segala khazanah mekap yg dah expired he3..

therosputih said...

lupa lak ari ni ada certain kawasan cuti thaipusam...hehehe

chenta said...

sy tak cuti..bagi sy jeles la ni..uwaaaa!

shandye. said...

kalau cuti dan duduk di rumah; semestinya dihabiskan dengan menonton dvd atau membelasah xbox. oh, dan mungkin juga mandikan kucing-kucing aku yang masyham! hahaha...

kalau cuti dan berada di kampus; tiada yang lebih indah selain tidur lebih masa! tak gitu?

r.k said...

Nikmatilah cuti selagi boleh , ada je orang kat luar tu tak cuti bila orang lain cuti . :)

humbleyat said...

wa..tak cuti pun khamis tu, kene kerja hu walaupun tgh demam..:-)

anyss said...

aleasara: waaaaa banyak yang boleh diselongkar tu ;)

therosputih: Ish! ish! ish!

chenta: Ohhhhhh! tumpang simpati. Tapi...saya pun keja jugak walaupun cuti. acilah kan ;)

anyss said...

shandye: qada tidur memang best

anyss said...

r.k: betul! betul! betul!

humbleyat: moga cepat sembuh

faridah said...

tengah cari idea nak buat apa neh cuti 3 hari ne...

sayang pulak kalu memerap duk umah tak g jalan....erm