Monday, January 17

Antara Elemen Penting Etika



Assalamualaikum readers yang dihormati.

Sudahkah anda mengikuti sesi lepas yang mana saya memperkenalkan tentang majlis-majlis rasmi? Jika belum, alangkah moleknya jika anda membaca perihal jenis majlis itu dahulu sebelum berlabuh ke arah topik yang paling penting dalam asas protokol dan etika majlis rasmi.


Antara elemen penting etika ialah tertib perkenalan, berjabat tangan, perbualan sosial, tatahias pakaian dan gaya, kesesuaian pakaian bagi pelbagai majlis, hiasan, minyak wangi dan yang terakhir ialah kesihatan, kebersihan dan kekemasan.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang, jika masa mengizinkan, saya akan menerangkan satu persatu elemen penting etika. Hari ini, kita masuk ke dalam satu topik yang pertama iaitu :

TERTIB PERKENALAN

a) Prinsip perkenalan
• Perkenalkan lelaki kepada wanita
• Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting
• Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya.
• Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua

b) Keberkesanan dalam perkenalan
• Kedua pihak bersedia untuk memperkenalkan dan menerima perkenalan
• Sebut nama dengan jelas dan betul
• Perlakuan yang tertib
• Pandang ke arah mata orang yang akan diperkenalkan
• Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaik-baiknya akui
• Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu
• Elakkan perbuatan seperti menepuk bahu dengan kuat atau menggengam dengan kuat
• Bercakaplah dengan perlahan tetapi jelas

c) Tertib memperkenalkan
• Izinkan saya memperkenalkan………….
• Puan………inilah encik…..
• Boleh saya memperkenalkan…….

d) Cara menjawab dengan sopan
• Apa khabar?
• Bertuah dapat berkenalan!
• Hello!

e) Larangan semasa menjawab perkenalan
• Elakkan bertanya tentang asal usul tempat/ daerah/ bangsa/ agama
• Elakkan bertanya tentang pangkat atau kursus
• Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara
• Elakkan menjeling dan menoleh ke tempat lain
• Elakkan memandang jijik kepada orang yang diperkenalkan
• Elakkan member senyuman sinis/ tidak ikhlas.

Sekian sahaja untuk sesi kali ini. Diharapkan agar kita semua dapat mengaplikasikan segala yang tertera di atas apabila menghadiri sesuatu majlis. Terima kasih :)



Mengenai Penulis Entri Ini :
afifaa. juga penulis untuk blog .wilayah afifaa.. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label afifaa.. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Hukum Menggantung Gambar.

7 comments:

syaftome said...

nice info...
i liked it so much...

afifaa. said...

tunggu sambungan erh. pakaian lagi best. heee :)

therosputih said...

sambungan yang dinanti...boleh diaplikasikan nih...thanks for sharing...

afifaa. said...

welcome :)

anyss said...

Salam,
Betul! betul! betul! acara bersosial begini memang patut dipelajari, baru tak canggung kalau kena masuk majlis tertentu, apalagi kalau ramai orang2 besar...

Jom join;
Kontes Cerita Paling Lawak sedunia

r.k said...

part kalau tak dengar nama tu , tanya lagi sekali memang betul . kang salah panggil kang .. hehehe

humbleyat said...

teringat waktu student dulu, jadi model utk etika makan malam di "hotel" :-)mmg knowledge yg sgt berguna..