Thursday, January 13

"Andai satu hari aku lupa diri"


Kira-kira pukul 6 petang waktu UK, selesai YM dengan kawan baik yang di Malaysia. Banyak benda yang dikongsi, diceritakan. Katanya, dia mahu berubah, mahu menjadi lebih peramah, dah dia juga tidak mahu lagi kedekut untuk memberi senyuman. Sedang asyik tengah chatting semua, tiba tiba Aisyah *bukan nama sebenar* tulis "I need someone to push me" . And I asked her "Who's that someone?" , she then replied "Anyone, you maybe". And I said "Sure dear, aku boleh tapi nak push macam mana, itu yang aku kena tahu" 

Aisyah : "Time aku down kau kena bagi nasihat untuk aku, time aku tengah relax kau kena ingatkan aku masa itu emas, time aku happy kau kena ingatkan aku yang langit tu tak selalunya cerah"

Aida : "InshaAllah Aisyah, aku pun sama, kena ada orang ingatkan. Tapi kan nasihat aku untuk diri sendiri dan untuk kau, dalam satu hari cari masa untuk baca Al-Quran dan tafsir, ambil kisah dari Al-Quran, banyak benda yang kita boleh belajar, ibaratnya kau kena ingatkan diri kau"haa, aku tak baca lagi Quran hari ni, kena baca!" tapi ada orang cakap, bila kita nak berubah Allah datangkan kita banyak ujian. tapi kita juga kena ingat, ujian yang datang tu sebab Allah sayang kita dan juga ianya salah satu cara untuk menghapuskan dosa dosa yang lalu dan sekaligus membuatkan kita ingat padaNya"

Aisyah : "Aku rasa nak nangis..."

Aida : "Jangan la sampai nangis syah, ada satu malam lepas aku mengaji aku tiba tiba takut bila fikir kalau Allah tak ampunkan aku. Aku nangis. Aku takut syah. Aku mungkin anak yang baik untuk Ma dengan Abah aku, tapi itu tak bermakna aku tak ada dosa lain. Sampai satu masa aku rasa bersyukur sebab aku dah break up, sebab Allah nak jaga aku. Malah Allah juga nak temukan aku pada orang yang boleh ingatkan aku padaNya"

Aisyah : "Kata kata kau buat aku fikir, aku sangat takut akan kematian. Aku takut Da..."

Aida : "Mungkin ada sebab kau tak couple dengan Hazmi, sebab Allah nak jaga kau. Apa jaminan kita yang syurga itu untuk kita. Tak ada kan? melainkan bagi orang orang yang benar benar beriman kepadaNya. Tapi Allah bagi jaminan barangsiapa yang memohon keampunan dan bertaubat serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi, Allah akan hapuskan dosa yang lalu"

Aisyah : "Aku harap bukan setakat malam ni je aku tekad nak insaf. Tapi Da, lari dari problems is not a good solution, right?"

Aida : "It might not always be a good solution to run away and ignore the problems, but sometimes yes. Tapi depends pada masalah tu sendiri"

Aisyah : "Da, thank you sangat sangat dengan kata-kata kau. Aku nangis, terharuuu...."

Aida: "Ya Tuhan, jangan la sampai nangis. Hehehe. Aku pun nak mintak tolong kau, andai satu hari aku lupa diri, andai aku tak dapat bezakan baik dan buruk, aku nak kau tegur aku, boleh syah?"

***

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al 'Asr 103: 1-3) 

Mengenai Penulis Entri Ini :

Aida Ismail juga penulis untuk blog Antara Mimpi & Realiti. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail.

5 comments:

therosputih said...

i've been touch from the inside...sob sob sob...

Aida Ismail said...

peringatan untuk diri sendiri juga. InshaAllah. =)

humbleyat said...

suka dengar bicara mcm ni..worth in the eyes of Allah...:-)

r.k said...

apsal bersyukur break up ek .. ha ...!
sometimes , bila kita sengsorang , takde sapa , take apa nak buat . that time kita akan diingati . Sama-sama lah kita berdoa rahmatNya . :)

zahidah dihaz said...

"Sampai satu masa aku rasa bersyukur sebab aku dah break up"

saya pun sama jugak...sangat-sangat bersyukur sebab dah break up... walaupun kadang-kadang terfikir jugak bila nak ada couple lagi....

nice sharing...


New entry: Terima kasih kawan