Friday, January 21

Ada Alahan Antibiotik?S.O.S


Perasan tak , jika setiap kali berjumpa doktor, mesti ada soalan “Ada alahan antibiotik?”.Selama ini saya cuma membayangkan alahan ini tidaklah seserius mana.Mungkin bersin,gatal-gatal kulit.Rupanya lebih dari itu.

Tahun baru 01.01.2011 memulakan segalanya apabila adik demam dengan suhu yang agak tinggi.Hmm..Hari ahad, klinik mana sahaja yang buka kan?Majoritinya tutup sempena tahun baru.Rasa kecewa mula menular bila lihat adik saya demam menggigil di dalam kereta.

Nak tak nak, kami pergi ke klinik di Bandar.Klinik 24 Jam.Lega sikit.jumpa doktor, dapat ubat dan MC, pulang ke rumah.

Hari ke -3 selepas itu, adik saya mengadu, badannya panas dari dalam. Keluar bintik-bintik putih di lengan, dagu dan leher macam menggelupas.Teringat simptom yang saya kena dulu,demam HFMD (Demam Kuku Mulut akibat direct contact dengan baby-demam paling teruk , tak larat nak berjalan, isk isk..Itu dugaan saya.Nak berpijak kaki ke lantai pun rasa macam pijak duri.Kalau nak berjalan tu memang kena berpaut dan ada sokongan).

Tapi jelas simptom kali ini sangat berbeza. Pada mulanya ingat dia ada alergi makanan.

Sejurus balik dari kerja, solat maghrib, berniat nak hantar ke klinik lain.Tapi saya pula yang jatuh terlentang selepas ambil air wudhu.Gelap mata kejap.Mahu lebam besar di bahu dan kaki (pantang disentuh). Mata saya pula ada bayangan macam rancangan tergendala kat televisyen pula.

Dugaan betul. Tapi saya harus kuat walau sakit macam mana pun sebagai ketua keluarga sekarang.Pegang stereng kereta pun dah tak betul.Tapi alhamdulilah sampai ke klinik untuk re check up.

Doktor kata, mungkin kena alahan antibiotik, dan menasihatkan supaya berhenti makan antibiotik demam. Jika berlanjutan sehingga hari ke-3, datang balik ke klinik.

Dan apa kami buat bila balik rumah, cuba juga mencari air penawar, tapi ustaz yang kami nak jumpa itu tiada dan alternatif terakhir, kami sekeluarga buat bacaan yaasin 40 kali untuk menyejukkan suhu badan adik pada malam keesokannya.Mandi dan minum air tu sebelum check up ketiga.Sejuk sikit badannya

Kali ke-3, pergi ke klinik, dan keputusannya harus berjumpa doktor pakar sakit kulit dan satu suntikan diberi Kami bergegas pula ke hospital pada keesokannya.Doktor pakar kata, nasib baik berhenti makan ubat antibiotik tu, kerana jika berterusan boleh masuk ICU.Berderau darah kejap.


Jadi appointment seterusnya bulan depan untuk mengesahkan kandungan ubat antibiotik tadi.

Doakan adik saya cepat sembuh ye sebab sekarang ni seluruh badannya masih menggelupas. Kalau ada sesiapa yang tahu mengenai alahan antibiotik, kongsikan maklumat tu bersama-sama ya.

Nota: Maaf kalau ayat tidak tersusun sedikit.tanda hati yang sedang resah T.T



Mengenai Penulis Entri Ini :

humbleyat juga penulis untuk blog Naluri Kehidupanku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat . Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Humbleyat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Horlicks Itu Ada Sentimentalnya.

7 comments:

shandye. said...

soal antibiotik dan alahan tidak boleh dipandang enteng.

kadang-kadang sebelumnya kita tidak alahan kepada sesuatu, tetapi selepas baik daripada sesuatu (contohnya demam), badan kita akan membentuk suatu alahan terhadap sesuatu.

ambil contoh adik lelaki saya. dia pernah demam (disyaki H1N1) dan doktor berikan dia sejenis antibiotik. selepas dia habiskan antibiotik dan kembali pulih seperti sedia kala, sebulan selepas itu tubuhnya membentuk suatu alahan aneh terhadap kacang.

mengetahuinya juga amat mengejutkan. dia bangun suatu pagi untuk sediakan roti bakar bersama lepa kacang untuknya sebagai sarapan. selepas gigitan pertama, telan, tak sampai seminit dia menggelupur di lantai, ruang trakeanya tiba-tiba sahaja menyempit. mujur kami sekeluarga ada di rumah ketika itu.

dia dikejarkan ke hospital dan setelah membuat siasatan lanjutan, doktor mengesahkan antibiotik itu yang menjadi pemangkin kepada alahn terhadap kacang itu terbentuk.

aku tanya kepada doktor, adakah kes sebegini kerap terjadi.

dia bilang jarang tetapi hanya akan terjadi ke atas penyakit berklasifikasi 'baru' dan tubuh masih menganggap kuman yang singgah itu baru dan belum pernah ditemui. oleh sebab itulah secara automatiknya tubuh akan membentuk mekanisma pelindung untuk mencegah kuman itu kembali. namun kesannya, 'pelindung' itu turut datang bersama-sama alahan.

apa-apapun, rujuklah doktor untuk informasi lebih lanjut.

syafiqsulaiman said...

semoga cepat sembuh ye...

r.k said...

adik lu sakit dah pegi cek , lu sakit sampai terbabas pitam pegi cek tak ? diri sendiri pun kena jaga gak love .

ikut je cakap doktor tu , at least sekarang dah tahu punca . semoga takda apa yang buruk jadi . Amin .

therosputih said...

saya alahan ubat selsema,apatah nama ubat tu, dah lupa...doktor pun konpeeyus, nasihat doktor...kalu selsema, amek vit c bebanyak...

humbleyat said...

shandye:
terima ksih byk2 atas info.
dulu sy ingat alahan mcm ni tak serius sgt, rupanya so serius.

Insha Allah, ada pemeriksaan selanjutnya dr dr.pakar..nasib baik mereka byk membantu..

humbleyat said...

syafiqsulaiman:
Insha Allah..:-) teriam kasih atas doanya

r.k:
u got the point whether i cek ke tak kan..Insha Allah, diri sendiri mmg kena syg..

amin..atas doanya..

humbleyat said...

the ros putih:
klu selsema, sy bykkan makan limau aje:-)