Thursday, January 6

3 Perkara Pelik Bin Ajaib di facebook


Kenapa tak ada 'Dislike'?

Memang la kalau kita tengok dan teliti betul betul, tak akan ada button 'Dislike'. Dah kalau tak suka dengan status, photo, atau link yang di post, lebih baik diamkan diri. Tak payah nak ada 'Dislike' semua. Kadang-kadang jika kita fikirkan balik, ada bagusnya 'Dislike' tak ada, kalau pun ia nya ada, mungkin akan mengundang kekecohan, contohnya "kau, kalau dah tak suka tak payah la nak kecoh kecoh, nak click 'Dislike' bagai, buat bodoh sudah". Kalau dah rasa tak puas hati sangat, nak cari jugak button 'Dislike' tu, anda jangan risau, ada ada, cuma tersembunyi sedikit la. Caranya mudah :

1. Click 'Like' pada mana mana status, photo atau link yang ada lihat di 'Home'
2. Setelah di 'Like' , akan terpampang 'Unlike'. Dan tak perlu segan silu, sila click sahaja 'Unlike'. 
3. Kini sudah menjadi 'Unlike' 
4. FREE & EASY

Senang kan? 

psstt : Unlike and Dislike are two different things. =D



Kenapa nak 'Like' pada page KEMATIAN?

Yang ni lagi satu masalah, sungguh la hairan dengan sikap segelintir orang. Bila ada sahaja kisah kematian, artis contohnya, akan mula meng 'create' | Al-fatihah buat Ali Bin Abu | . Selang berapa minit, berderet deret pengguna Facebook 'Like' group tersebut. Dah la 'Like', di suggest pulak. Benda ni ada bagusnya, sebab kalau yang macam katak bawah tempurung, boleh la sedikit sebanyak tahu berita macam ni. Tapi kalau difikirkan balik, apa yang kita dapat? Apa maksud 'Like' tersebut? dan sekali lagi ingin diutarakan, apabila berita kematian yang sampai di telinga anda, anda menulis status 'Al-fatihah buat Ali Bin Abu', adakah anda benar benar sedekahkan Al-fatihah buat arwah? atau sekadar lafaz Al-fatihah semata-mata?. Ada sedikit sebanyak membuat pembacaan mengenai isu bacaan Al-fatihah atau ayat-ayat Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah, dan ada juga yang mengatakan perkara tersebut merupakan Bida'ah Munkar. Walau bagaimanapun, ia nya hanya sekadar niat untuk berkongsi. Wuallahualam. 

Keterangan lanjut boleh click SINI

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,

 "Apabila seorang manusia meninggal maka terputus amalnya kecuali yang tiga, sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya."

Kenapa ada 'Unfriend'?

Cuba perhatikan betul betul, Facebook kini telah bertukar wajah. Kelihatan ceria? atau serabut jiwa raga? Okey, bukan nak bercerita mengenai wajah baru Facebook, tapi yang lebih indah adalah dengan button 'Remove from friend' kini diganti dengan 'Unfriend'. Apakah yang berlaku? Mungkin agenda Facebook adalah untuk memecah belahkan kita semua. Tapi kan, fikir lagi fikir lagi. Apakah fungsi sebenar 'Unfriend', dah kalau dari awal bukan friend, buat apa nak add dan approve semua. Selesai add dan approve orang yang tidak dikenali, cukup seminggu mula la nak remove dan 'unfriend' balik. Friends dekat facebook mencecah ribu, tapi kawan yang betul betul kawan agaknya sampai ke 100 orang? Sama-sama la kita renung.

Mengenai Penulis Entri Ini :

Aida Ismail juga penulis untuk blog Antara Mimpi & Realiti. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail.

12 comments:

d_tieah said...

Aku sk lps like aku unlike balik..
Haha..

Aida Ismail said...

It happens to me jugak, kadang kadang =D

LaYar_LaRa said...

stuju ngan aida...tapi sya akn lg pelik bila ada facebooker yg like pada link/status /pic yg di up sendiri...cam syok sendiri jew...:)

therosputih said...

setuju ngan isu alfatihah tu...dan selalu ingatkan diri bila tulis sedekahkan alfatihah buat arwah, dlm ati, ingatkan terus, aku bukan sedekah perkataan tu, tp sedekah ayat fatihah, pastu terus baca surah alfatihah...

Fina Sophie said...

layar_lara, stuju dgn awak. pelik, weird, funny. apa kes like status sendiri? lol whatever XD

nn said...

pasal dislike tu, kengkadang maybe ada orang tertekan like. tu yang tak boleh unlike. haha. kalau tak suka something tu... tak payah tunjuk kot? entahlah.


pasal setakat sebut alfatihah tu... dulu macam leka juga pasal benda ni. tapi sekarang everytime baca pasal kematian kalau nak komen alfatihah, baca dulu alfatihah. huhu

pasal unfriend tu pulak, kengkadang kalau orang gaduh dengan member or breakup dengan couple, diorang unfriend kat facebook. boleh dikatakan macam berpecah belah tapi memang dah ramai cakap facebook ni sebenarnya lebih banyak mendatangkan masalah...

Aida Ismail said...

@LaYar_LaRa : Lupa nak point out that matter. betul betul, then ada je yang upload pic sorang sorang, lepas tu pergi tag pulak kawan kawan lain. I was like 'whatttt' happening? LOL

Aida Ismail said...

@therosputih : itu lah, sebab perasan ada yang terleka dengan hanya melafazan Al-fatihah tanpa benar benar membacanya. tapi kena ingat kesahihan sedekah al-fatihah mungkin Bida'ah. Wuallahualam. kena tanya yang lebih arif kot pasal hal nie.

Aida Ismail said...

@fina sophie : LOL, tahu takpe, macam macam ada dengan dunia facebook nie =P

Aida Ismail said...

@nn : just nak bagi point pasal unfriend. kalau la break up tu memutuskan silaturrahim, dah dosa dah satu. kenapa tak boleh nak act professional yeh? it might and may hurt tapi konsep redha kan penting =D tapi betul, that 'unfriend' button may function that way, tak dapat dinafikan lagi. hehehe =D

shandye. said...

hanya memilih unfriend kalau org tu annoying dan menyemakkan wall feed aku.

to be honest, aku approve je whomever yg add aku (provided that aku dgn dia tuh ada mutual friend or penah jmp or something like that-lah). tp aku pantang gle org yg terlalu aktif kemaskini status dan buat itu ini di fb sampai penuh wall feed aku. lepas tu pulak, sibuk nak like itu ini dan komen itu ini (walaupun tak ada kena mengena dgn dia!)

makanya aku unfriend je dgn org mcm tu. tak rugi apa2. mmg la rasa mcm cruel or unprofessional. dan ada gak kawan2 yg tanya... nape tak block atau hide je mamat/minah tu?

entahlah. aku masih dasarkan sebab kenapa aku unfriend dia sbb dia annoying. hahahaa...

humbleyat said...

hu2..setuju sgt term unfriend itu kurang sesuai...biasanya dalm 400 hanya 100 yang betul2 closed dgn kiat kan?

tapi harap di 100p ni semuanya friend kan?jgn unfriend yerkk..