Monday, December 27

Khairul Fahmi yakin tiada masalah laser di Gelora Bung Karno

(ni cerita bohong, jangan baca)


Khairul Fahmi Che Mat (lahir 7 Januari 1989 di Kota Bharu, Kelantan) adalah kiper Malaysia saat ini bermain untuk Kelantan FA di Malaysia Super League dan pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia. Beliau ketika ditanya menyatakan keyakinannya untuk menghadapi Skuad Garuda di Stadium Gelora Bung Karno.


Selain itu, mengenai hal laser juga tidak menjadi masalah. Kata-katanya membuatkan wartawan berasa ingin tahu bagaimana datangnya keyakinan yang begitu tinggi pada Kiper Malaysia ini. Persediaan kali ini katanya tidak terlalu teruk memandangkan Skuad bolasepak negara telah berjaya mendapatkan 3 gol di tempat sendiri.


Sempat juga Khairul Fahmi memecahkan rahsia sebenar keberaniannya untuk lantang menyatakan keyakinan sedemikian rupa.

; kacang lupakan kulit



Assalamualaikum readers yang dihormati.

di sebuah kampung, tinggal seorang mak cik tua (Mak cik Yah) yang mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. ketiga-tiga anak sudah bekeluarga. Mak cik Yah ni mengidap penyakit nyanyuk. 
Tapi, kesian, sebab selalu kena marah dengan anak-anak beliau.

Kalau balik ke rumah anak pertama, kena marah sebab Mak cik Yah kencing di atas katil. Lupa nak pakai pampers. Lepas tu, dihantar balik ke rumah anak bongsu. Kat rumah anak bongsu ni, selalu bertikam lidah antara dua beranak ni. bising riuh satu kampung. Kesian.


Dewasa Secara Holistik

Menyelongkar semula entri-entri lama di blog saya, saya melihat bagaimana kehidupan itu berubah dan menulis tentangnya memang sesuatu yang memuaskan. Otak kita, seperti yang kita ketahui, mampu menyimpan berbilion data tetapi menjadi masalah untuk mengingatnya semula.

Lalu menulis blog sering diumpamakan sebagai menulis diari. Ia menyimpan memori dan menyimpan pemikiran yang kita pernah ada suatu ketika dulu. Bukanlah penulisan blog yang ingin saya isukan di sini tetapi bagaimana kita semakin mendewasa dan harus atau saya patut katakan "mesti" belajar menjadi dewasa dalam erti kata sebenar.


Malaysia Terkam Indonesia Di Bukit Jalil


Salam...

TAHNIAH!!!

Kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana telah memenangi perlawanan akhir pertama menentang Indonesia dengan jaringan...

3-0

Bekalan yang agak selesa untuk dibawa ke Indonesia 29 Disember ini...
Semoga kejuaraan untuk edisi kali ini akan menjadi milik negara kita...

Kita Bercakap Tapi Tidak Pernah Mendengar


Semua orang petah bercakap, sesuka hati tanpa mengambil kira pandangan orang lain, tanpa ambil peduli hati dan perasaan orang lain. Tapi tahukah anda, tahukah kita, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik, yang memahami kehendak dan keperluan orang lain. Tanya diri anda, "Adakah aku seorang pendengar yang baik?" Fikir dahulu sebelum menjurus kepada sebarang jawapan. Renung kembali kepada segala tingkah laku anda sebelum ini. Adakah pernah kita melakukan perkara yang sepatutnya ketika berkomunikasi? Kerna pasti, komunikasi mempunyai dua saluran. Satu saluran untuk bercakap dan satu lagi adalah untuk mendengar. Ada tikanya kedua-dua saluran ini tidak digunapakai dengan efektif, sudah pasti komunikasi itu tidak akan berkesan.

Tuhan jadikan kita dengan satu mulut, vokal suara dengan dua telinga, saluran terima semestinya dengan pelbagai makna. Dalam hal ini, pasti ramai yang sudah berjaya mentafsir ciptaan yang sangat berguna ini. Dalam kehidupan manusia. Apa-apapun ia membawa erti bahawa kita perlu banyakkan mendengar daripada bercakap. Tapi konsep mendengar di sini bukan hanya dengan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ianya lebih ke arah memahami erti dan mesej yang hendak disampaikan. Termasuklah raut wajah dan body language yang membawa seribu makna.


Satu Impian Lebih Baik Dari seribu Mimpi


Assalammualaikum & hai...

nak sharing2 ngan semua....harap suka la yer...dapat ni dari FB tapi rasanya artikel ni dari web iluvislam.com

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian, 
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan, 

Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat. 
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu ‘ 
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA 
di atas kegagalan anda semalam 
binalah bangunan hidupmu buat hari esok 
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan 
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam, 
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi 
membenam lembah-lembah air mata kehampaan. 
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan. 
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang. 
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan, 
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan. (penulis) 
Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia 
( Al-Mu’minun :1-3 )