Friday, December 17

The Awesomeness of Jumaatday

gif animation creator


الجمعة. Friday. Jumaat.

Why Jumaatday is so awesome?

Semasa gua sekolah, gua paling suka Jumaatday. Kalau sekolah pagi, boleh balik awal, as early as 12.00PM. Kalau petang boleh masuk lambat, as late as 2.00PM. Hari biasa gua balik naik bas awam, sekali naik 50sen. Ada rezeki dapat tempat duduk sebelah awek. Takde rezeki kadang-kadang berdiri kat tangga bas sambil kepala terjulur keluar juga gua relakan. Dah macam konduktor bas pon ada gua rasa. Tapi Jumaatday memang wicked. Abah gua tak larat dengar alasan gua penat berdiri dalam bas semata-mata untuk ponteng solat Jumaat. So abah ambik inisiatif ambik gua selepas sekolah setiap Jumaatday.

Jumaatday waktu persekolahannya singkat dan pendek. Bila waktu persekolahan pendek, secara matematiknya waktu belajar kurang. Bila waktu belajar kurang, mata pelajaran untuk hari tu juga kurang. Bila mata pelajaran kurang, buku yang perlu di bawa juga kurang. Bila buku kurang maka ringan lah beg gua pada hari tu.

Bila Jumaatday menjelma, menu kantin sekolah tak macam biasa. Nasi ayam FTW. Masa sekolah rendah gua dapat RMT, so setiap Jumaatday mesti dapat air susu kotak perasa cekelat. Berbeza sekali dengan menu tipikal nasi lemak, nasi goreng dan air sirap.


Manisnye Racun ni

Assalamualaikum

Hari yang tenang dan mendung. Alhamdulillah semalam hujan turun di Bangi. Sebagai hamba-Nye kita patut bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah kerana negara kita jarang mengalami krisis air sebagaimana beberapa negara lain di dunia. Tetapi, adakah kita bersyukur?

Kali ini Si Tukang Tulis ingin berkongsi satu lagi topik bersama sahabat semua. Seperti yang diketahui ramai, kita rakyat Malaysia sangat sinonim dengan gula. Kehidupan seharian kita berkisarkan tentang gula. Dari teh tarik hingga ke gulai kuih-muih. Macam-macam air berkabonat menjadi pilihan, Coca-cola, pepsi dan sebagainya. Kesannya, ramai yang menghidap kencing manis (diebetes melitus type 2) dan ada juga yang hilang nikmat kaki kerananya...semoga dijauhkan. Untuk menjauhinya, kita masih berat untuk melupakan gula maka kita bertukar kepada artificial sweetener atau gula tiruan.




Menumpang Kasih atau Merampas Kasih?


Entah kenapa minggu ini saya seperti menjadi penyelesai masalah.Lagaknya seperti kaunselor sahaja.Huhu..Majoriti semuanya melibatkan perasaan .Tiap-tiap hari berpusu-pusu mesej dari sahabat-sahabat yang saya kenali, tak cukup tangan saya nak membalas mesej-mesej dan panggilan mereka.Nasib baik guna pakej pascabayar,berbaloi-baloi..Hehe..