Friday, December 10

6 sebab cinta anda gagal



Bercinta. Tapi gagal? Itu sebenarnya perkara biasa, lumrah kehidupan, ada yang gagal ada juga yang berjaya. Sama la konsep nya dengan exam. Kalau yang bersungguh-sungguh belajar untuk capai 10A SPM, semestinya tidak mempunyai masalah. Tapi kalau hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Cikda pasti, anda akan menemui jalan buntu. 

Ramai yang mahu hubungan yang mereka bina, kekal hingga ke jinjang pelamin. Tapi ingatkah anda bahawa sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah dari Allah s.w.t. Sebab itu kita selalu dengar orang tua-tua cakap, kita hanya merancang tapi yang menentukan sesuatu itu Allah. Hebat kan kuasa Allah? Allah merancang sesuatu di luar pengetahuan kita, tanpa kita sedar, Allah dah sediakan yang lebih baik untuk kita. 

Sebenarnya cinta kita tak gagal, tapi kita yang mencari sebab untuk menggagalkan cinta kita. Benda yang boleh dibincang, tapi kita tolak ke tepi. Bila emosi menguasai diri, macam tu lah. Jadi sekarang ni, kita nak salahkan siapa?? Orang lain? Tak payah, salahkan diri sendiri lebih baik.

Cinta atau Keluarga?


"Kenapa tiba-tiba saja saya melontarkan soalan ini? Kerana ada orang yang membuang cinta kerana keluarga dan ada juga orang yang membuang keluarga kerana cinta.
Orang yang cintanya sesuci embun, tetapi terhalang oleh keluarga sanggup membuang cinta tersebut biarpun sakit kerana sayangnya kepada keluarga melebihi nilai cintanya. Manakala orang yang mengagungkan cinta pula rela membuang keluarga kerana keagungan cintanya mengatasi keagungan cinta Romeo dan Juliet.

Bapak awak best !



Hai awak , awak sihat ? Awak dah makin sombong kan sekarang . Buat tak tahu je dengan saya . Awak ni kenapa ? Merajuk eh .