Friday, December 3

Melentur Rebung jangan sampai Buluh dibengkok



" Mah , siapkan baju abang untuk esok " , mudah dan padu arahan Zakaria kepada isterinya . Zahid , anak bongsu Zakaria tertarik dengan kata-kata bapaknya . " Bapak nak kemana esok , Aid nak ikut " . Zakaria hanya tersenyum mendengar luahan minat anak bongsunya itu , " Boleh , tapi Aid kena siapkan baju untuk esok , bapak taknak lambat . Pergi siap sekarang , lepas tu tidur nanti lambat pula bangun " . Kali ini panjang arahan Zakaria .


67 I ♥ U


assalamualaikum. hai. hello. selamat pagi kepada rakan2 editor 100penulis dan juga pembaca semua. anda sedang dilamun cinta? kalau ya, hari ni puteri_kebayan nak kongsi ungkapan "i love u" dalam pelbagai bahasa. so, tak lah boring sangat kan. asyik duk "i love you" je, sesekali tukar bahasa tu. kalau tak dilamun cinta pun takpe. masih boleh terus baca. kerana cinta tak semestinya kepada kekasih hati tapi cinta pada-Nya, cinta pada ibu bapa, guru, kawan-kawan dan sebagainya.

okey.. jom~


Budi Bahasa Secara Maya



Budi Bahasa Budaya Kita. Kononnya. Sepatutnya. Namun, bagaimana kita berbudi bahasa secara maya?

Semua orang kelihatan sopan dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi secara berdepan. Penuh dengan tertib, bersopan santun. Bersusila. Bagaimana pula bila berkomunikasi secara maya? Masihkah begitu?

Walaupun anda hanya berada di hadapan komputer, namun, apabila anda menjelajah dunia secara maya, anda sebenarnya sedang mempamerkan siapa diri anda berdasarkan budi bahasa anda. Hanya menggunakan perkataan.

Bagaimana mahu berbudi bahasa secara maya?